Rabu, 11 Mei 2011

Kem Succes Dunia Akhirat (KESDA)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah, syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerna masih memberi kesempatan untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindu, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian. Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Maka dengan itu Sahsiah Management mengambil peluang ini untuk mengadakan program yang mendidik jiwa dengan aktiviti yang bermanfaat untuk pengisian hati.

Sedikit pengenalan tentang Sahsiah Management bagi yang belum mengetahui tentangnya. Sahsiah management diasaskan bersama oleh 4 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Wawasan Al-Hidayah Al-Islamiah, Sungai Petani iaitu Harith (Abg Chik), Abdullah (akhi), Siti Khalijah (Kak Long) dan Nurul Ain (Kak Ngah). Sahsiah kini telah berdaftar pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan pendaftran PG0222589-H.

Kerosakan remaja hari ini disebabkan penyakit hati yang sentiasa tumbuh segar di dalam diri generasi muda hari ini. Antara penyakit hati yang menyerang jiwa generasi muda kini ialah derhaka kepada ibu dan bapa, gila hiburan, naluri seks memuncak, penagihan dadah, memuja budaya barat, hasad dengki, iri hati, keras hati, gila dunia, fahaman tidak bertuhan, penakut, kecewa dan sebagainya lagi.

Hati sebagai asset utama mengarahkan anggota pancainderanya untuk tidak bertindak mencapai matlamatnya walaupun kadang-kala melampaui batas kemanusiaan dan undang-undang. Lebih malang lagi ia semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu. Pokok kepada ubat hati ialah kembali kepada Allah dengan diri dan hati yang ikhlas kerananya melalui agamanya (Islam).

Bagi menyelamatkan jiwa generasi muda kita hari ini yang semakin dijajahi oleh gejala negative, maka dengn rasa kesedaran dan keikhlasan nurani tercetuslah penubuhan “Sahsiah Management” sebagai satu wardah perjuangan mendidik dan memberi bimbingan dan kesedaran dalam jiwa generasi muda masa kini dengan Visi “Ke Arah Melahirkan Generasi Harapan”.


Sahsiah Management berpengalaman dalam menganjurkan program-program mendidik jiwa sebelum ini. Maka, kali ini sekali lagi Sahsiah Management mengambil peluang cuti sekolah yang bakal tiba dengan mengadakan Kem Succes Dunia Akhirat (KESDA). Berikut adalah butiran program:-


Yuran penyertaan RM 100 merangkumi penginapan, pengangkutan, makan dan minum, buku progam dan sijil penyertaan selama 3 hari 2 malam berada disana. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web Sahsiah Management atau boleh hubungi urusetia di talian 017-4692628 (Akhi’ Abdullah).

Maka, bagi para pembaca yang punya adik beradik, sepupu, anak saudara, atau kaum kerabat yang masih bersekolah, bolehlah ajak mereka semua untuk sertai Kem Succes Dunia Akhirat. InsyaAllah ana juga akan turut berada disana untuk sama-sama menjayakan program ini jika Dia izinkan.

Mohon juga jasa baik dari para pembaca sekalian untuk sebarkan kepada yang lain. Moga peroleh manfaat untuk dikongsi bersama…(^_^)


blog comments powered by Disqus