Sabtu, 16 April 2011

“Universiti Kehidupan”

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, hanya kepada Mu daku bersujud. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerna masih memberi kekuatan kepada hamba ini untuk menukilkan sesuatu dalam diari kesayangan ana nie.

Meninggalkan diari hampir satu minggu tanpa sebarang artikel, dan ana rasa ada pembaca yang kadang-kala datang menziarahi untuk melihat samaada diari ini diupdate. Ana mohon maaf sekiranya membuat pembaca tertunggu-tunggu.

Melalui hari-hari yang telah berlalu ibarat satu tahun lamanya walaupun hakikatnya hanya satu minggu. Pelbagai dugaan dan ujian yang telah ana lalui hingga membuatkan badan terasa tidak begitu berdaya dan hanya mampu bertawakal kepadaNya.

Takkala mencoret artikel ini, air mata bertakung di kelopok mata. Kerna janji DIA, orang yang mengaku beriman kepadaNya akan sentiasa diuji. Tetap berdoa dan terus berdoa moga diri ini mampu melalui semua ini dengan hati yang tulus ikhlas.

Menjadi penuntut di “university kehidupan” tidak semudah yang disangka kerna gurunya adalah pengalaman yang mengajar “silibus” kehidupan. Manakala “hakim” yang menentukan penuntutnya memperoleh “ijazah” adalah Allah s.w.t…

Ana cuba untuk menulis pada malam semalam namun tidak mampu teruskan niat tersebut kerna hati yang sering berbicara manakala akal ligat mencari ayat untuk menterjemahkan melalui penulisan dalam setiap artikel sebelum ini berada dalam kondisi yang cukup kritikal. Lalu ana tutup laptop dan tidur kerna terasa kaku untuk meneruskan penulisan.

Mungkin ada yang perasan bahawa ana kini melalui ujian yang cukup berat takkala membaca status yang tertulis di facebook ana. Benar…ana sedang melalui ujian yang cukup berat. Sakit kepala yang tidak berhenti menyerang dan badan begitu lemah sekali. Tetapi usah risau, ana sudah mampu tersenyum…(◕‿◕)

Mahalnya menjadi penuntut dalam “university kehidupan” ini adalah bilamana kita melaluinya dengan penuh kesabaran dan sentiasa yakin dan tawakal kepadaNya bahawa ada jalan penyelesaian yang menanti kita di penghujung perjalanan.

Benar….ia tidak semudah yang disangka, bertalu-talu ujian itu hadir yang ingin menjatuhkan kita. Masih ku ingat pesan seseorang, “takkala ada insan yang meludah di muka mu, laplah ludah itu dan ucapkan alhamdulillah sambil senyum…”.

Semua itu pasti menuntut kesabaran yang cukup tinggi seperti yang ana tulis dalam artikel sebelum ini “insan yang ikhlas kerna Allah s.w.t. tidak akan terkesan dengan kritikan mahupun pujian”.

Doakan ana dan sahabat-sahabat yang lain mampu menghadapi semua ini dengan penuh keikhlasan dan Allah s.w.t. tunjukkan jalan kebenaran…(^_^)

Hadiah yang bakal menanti kita sahabat-sahabat..(^_^)


blog comments powered by Disqus