Khamis, 28 April 2011

Kuasa KePEMIMPINan Al-fateh

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga diri ini termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan dan ruang kepada hamba ini untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian. Mengejar masa kerna ana bakal bertolak ke Kuala Lumpur beberapa minit sahaja lagi. Namun keinginan untuk menulis mesti dipenuhi terlebih dahulu…hehe

Alhamdulillah ana berjaya menghabiskan sebuah buku yang sarat dengan pelbagai pengetahuan ilmiah tentang seorang pemimpin atau raja yang disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w…

“Konstantinopel jatuh di tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera”

Subhanallah, sebuah buku yang dikupas dengan mengikut bab dan penulisan yang tersendiri. Ana begitu mengenali penulis buku ini kerna beliau pernah hadir ke UUM bagi menyampaikan ceramah. Latar belakang keluarga dan diari kehidupannya sering ana ikuti melalui facebooknya. Moga Allah s.w.t. merahmati penulis buku ini dan keluarganya..ameen ya robb..


Buku ini amat sesuai buat pemimpin bagi sesebuah organisasi, persatuan, kelab dan sebagainya kerna ia juga dikupas dari sudut kepimpinan. Setelah membaca buku ini, ana menyedari banyak lagi yang perlu ana belajar bagaimana untuk memimpin sesebuah organisasi. Alhamdulillah, Allah s.w.t. pertemukan buku ini dengan ana sewaktu pesta buku yang dianjurkan oleh UUM.

“membongkar formula dan rahsia pembinaan manusia seunggul pembebas Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh”

Banyak ilmu yang ana dapat dalam buku ini namun tidak mampu untuk di kupas semuanya. Yang dapat ana berkongsi sedikit dengan pembaca sekalian adalah semangat seorang sahabat Rasulullah s.a.w.

Merupakan perintis pertama misi pembebasan Konstantinopel iaitu Abu Ayyub al-Ansari (587 hingga 668 Masihi). Sahabat Rasulullah s.a.w. ini mengerti bahawa beliau tidak mampu menjadi individu yang tergolong dalam pasukan yang disyaratkan Nabi s.a.w..

Lantaran itu, takkala beliau ditanya oleh panglima tentera Islam, Yazid bin Mu’awiyah, “apakah yang engkau mahu wasiatkan sebelum kematianmu wahai sahabat besar nabi?”

Beliau menjawab, “aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata, ‘Lelaki yang soleh mati  mensyahid dan dikuburkan di bawah kubu kota Konstantinipel’. Maka aku meminta supaya semadikan jasadku di bawah benteng Konstantinopel ini. Satu hari nanti aku dapat mendengar bunyi derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera. Pada saat itu aku dapat mengetahui yang hadis Nabi Muhammad s.a.w. sudah terlaksana”.

Subhanallah….bergetar hati ana takkala membaca bait kata-kata ini. Akhirnya wasiat Abu Ayyub al-Ansari ditunaikan seperti yang beliau mahukan.

Teknik dan Kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fateh mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn diakui sebagai antara teknik peperangan terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Akhirnya pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Umat Islam.


“tiada percetakan dalam kepimpinan. Pemimpin tidak lahir di dalam bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung umat”
(Almarhum Bapak Mohamad Nasir)
blog comments powered by Disqus