Selasa, 4 Januari 2011

Gelagat adik-adikku…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan kepada hamba yang kerdil ini. Hanya kepada Mu daku mengabdikan diri dan hanya kepada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis. Internet buat hal kat rumah, ana terpaksa ke Cyber Café untuk post artikel nie. Banyak juga kerja yang tergendala bila internet tak berfungsi nie. Apa pun, akan dicuba sebaiknya untuk selesaikan segala urusan sebelum ana pulang ke kampus nanti.

Alhamdulillah…semalam adalah hari pertama persekolahan buat adik-adik ku. Dari sekolah menengah hinggalah ke tadika. Sebelum nie ana selalu tulis pasal Anis Syakirin, kali nie ana mahu tulis tentang abang, kakak dan adik-adiknya pula.

Tidak menyangka ana dapat lihat gelagat diaorang di hari pertama persekolahan. Selalunya ana sudah berada di kampus kala ini. Ada hikmahnya apabila banjir melanda kampus baru-baru nie. Tersenyum sendiri takkala mengenangkan adik-adikku ini. Hehe…

Ana tengok Malaysia Hari Ini (MHI) semalam. Mereka buat liputan di sebuah sekolah untuk melihat adik-adik di tahun satu memulakan alam persekolahan di peringkat rendah. Berbagai gelagat dapat lihat. Terkenang sewaktu ana sebaya dengan mereka. Alhamdulillah tak nangis…hehe…

Dua tiga hari sebelum sesi persekolahan bermula. Masing-masing sibuk menyediakan peralatan untuk ke sekolah. Baju di gosok, lencana di jahit, alat tulis tersusun dalam beg, kasut dan stoking tersusun dalam stor, dan banyak lagi. Tetiba rindu pula zaman persekolahan…(“,)


Malam sebelum persekolahan bermula, adik-adik ana mula buat perangai. Hehe… Kebetulan pula malam tu ada cerita menarik yang ditayangkan di tv3. Bila suruh tidur, masing-masing bagi alasan. Siap ada limit masa lagi.

“Kejaplah k.ngah…pukul 10 Din tidur lah. Eh..eh…tak, pukul 10.30 ye…hehe”. Adeh la…siap buat tawaran tu nak tidur pukul berapa.

Bukannya apa, diaorang nie selalu tidur lewat, takut terlena dalam kelas nanti. Duduk senang lenang dekat rumah, boleh main puas-puas. Dah buka sekolah nie, lainlah plak jadual dan aktiviti dorang.

Ana pun cubalah pujuk adiknya plak lepas si abang tak berjaya di pujuk…hehe…

“Tajudin, tidurlah…esok dah sekolah.”.

“Tu Kak Ati tak tidur lagi”, tangannya menunjukkan kepada kakaknya yang sedang menonton televisyen. Menjawab pulak si kecik nie…Hehe..

“Err…kejap lagi Kak Ati tidur lah tu” payah jugak nak layan si kecik nie, petah berbicara walaupun umur baru 5 tahun.

Last sekali, dia pun ajak ummi ana yang terlena di sofa masuk tidur dengannya. Selang beberapa minit, dia keluar. “k.ngah, nak susu…hehe”

Ana dah tergelak, ingatkan dah lena budak tu.  Pergi dapur buatkan susu untuk dia. Selang beberapa minit, dia keluar lagi. “k.ngah, nak kencing…hehe”.

Adoi…penat layan kerenah si kecik nie. Yang tu tak pe lagi. Lepas tu, abang dia pulak buat hal. Dah elok masuk bilik nak tidur, dia keluar dari bilik bagitahu tak boleh tidur. Ana pun buat tak tahu jelah. Malas nak layan, sambung tengok cerita.

Dua tiga kali dia keluar masuk bilik. Kejap masuk, lepas tu keluar bagitahu tak boleh tidur. Terus ana tutup lampu kat ruang tamu dan masuk bilik. Lepas tu ana dengar orang ketuk pintu bilik. Si abang nie memang buat hal, dia ketuk pintu bilik ummi bagitahu tak boleh tidur…hehe…

Macam-macam kerenah. Mungkin tak sabar nak mulakan sesi persekolahan agaknya, tu yang jadi macam tu…hehe..

Paginya pulak, Alhamdulillah diaorang tak buat perangai. Ana dengar jelah dua beradik tu berbual.

“Abang Din, bila Taju boleh pakai baju nie” adiknya menyoal sambil melihat pakaian seragam abangnya yang serba putih.

“Lambat lagi…nanti abang tahun 5 baru Taju boleh pakai baju nie” abangnya menjawab.
“owh…nanti hari-hari Taju boleh pakai baju nie lah?”

Abangnya mengangguk. Ana dah tergelak dah. Dua beradik nie memang rapat. Kalau beli barang permainan atau apa sahaja untuk si adik, mesti untuk si abang dan kak Anis kena beli jugak…hehe..

Nie lah si kecik tu. Namanya Ahmad Tajudin Bin Suardi, umurnya baru 5 tahun dan baru sahaja masuk ke sekolah tadika. Walaupun umur dia baru 5 tahun, tapi cepat matang.

Aksi spontan depan kamera...(^_^)
Kalau tengok dia bercakap, mesti tak percaya umurnya baru 5 tahun sebab pemikirannya macam orang dewasa. Mungkin sebab selalu duduk dengan abang dan kakak dia yang dah besar-besar..hehe..

Yang nie pula abangnya. Namanya Sirajuddin Bin Suardi, umurnya pula 9 tahun. Pelajar tahun 3 Sekolah kebangsaan Kelaboran. Kami sekeluarga panggilnya Din @ abang din.

Same je dua beradik nie...(^_^)
Ana terkenang sewaktu adiknya masih dalam kandungan ummi.

“K.ngah, bila adik nak keluar nie? Tak sabar nak main dengan dia.” Tanya sirajudin.

“Nanti adik keluarlah tu. Din nak jadi abang dah. Abang tak boleh manja dan nangis, kena jaga perangai baik-baik. Kalau tak, adik tak nak kawan nanti…hehe”.  Ana bercoloteh dengannya.

Sekarang nie Tajudin pula tak sabar nak tunggu adiknya keluar dari perut ummi. Alhamdulillah, ana bakal dapat adik seorang lagi. Doakan moga semua urusan dipermudahkan ye…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXXXXX

Rasanya belum terlewat untuk ana ucapkan tahniah kepada adik ana dua orang nie. Kedua-duanya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR & PMRU dan berjaya menewaskan keputusan kakak dan abangnya…hehe..

Namanya Baihaqi Bin Suardi, umurnya 16 tahun. Pelajar tingkatan 4 Sains Maahad Muhammadi Tumpat. Kami sekeluarga memanggilnya Aki @ adik-adiknya memanggil Abang Qi.

Di Taman Kaktus, Cameron Highland...(^_^)

Dia mendapat 4A, 4B & 1C dalam PMR baru-baru nie. Setakat nie, dia yang paling cemerlang dalam PMR kerna berjaya menewaskan keputusan PMR kakak dan abangnya.

Agak terkejut sebab ana tengok dia selamba je. Nak tengok dia duduk study pun susah. Abah ana bagitahu, “cukuplah tu dapat 4A, padan dengan main game. Kalau tak main game mesti 9A…hehe”.

Ana pun bercanda,“pemeriksa silap tanda kot, betul ka dia dapat 4A? angah tengok dia tak study pun, main game ada lah…hehe”. Nada macam tak puas hati je kan? Hehe…

Apa pun, ana bangga dengannya. Balik dari sekolah, ana tengok dia angkut buku-buku teks. Pelajar Maahad ambil banyak subjek, 20 mata pelajaran ke atas. Ana tanya dia,“dapat kelas mana?”.

“4 Sains”. Sepatah je…tapi ana dapat lihat senyumannya terukir di bibir. Moga semangatnya terus membara untuk mengejar cita-cita dan impian yang diidamkan..ameen ya robb…(^_^)

Ini pula adiknya. Namanya Nur Izzati Binti Suardi, umurnya 15 tahun. Pelajar tingkatan 3 Maahad Muhammadi Tumpat. Kami sekeluarga memanggilnya Izzati @ adik-adiknya memanggil Kak Ati.

Khusyuknya...(^_^)
Dia mendapat 10A dalam PMRU (Penilaian Menengah Rendah Ugama). Setakat nie dia yang pecah rekod akademik dalam keluarga kami sebab selalu dapat full A dalam peperiksaan. Tak tau lah kalau dia dapat kekalkan prestasinya dan tewaskan result PMR Baihaqi. Hehe..

Dia ada bagitahu ana. “tak taulah PMR nanti, takut tak dapat masuk kelas sains atau akaun”. Ana tersenyum dengar dia cakap. Ana yakin dengan kemampuannya. InsyaAllah dapat buat yang terbaik. Lagipun dia nie macam kakak sulung ana, kuat study.

XXXXXXXXXXXXXX

Itulah sedikit sebanyak coretan tentang keluarga ana. Hidup kami sekeluarga seperti orang lain juga, kadang-kala cerah dan kadang-kala mendung. Alhamdulillah…semuanya nikmat dan kurniaan dari Allah s.w.t..

Kakak dan dua orang adik ana sudah kembali ke kampus. Hanya ana seorang yang masih bercuti. Sahabat ana bercanda,“hai…lamanya cuti…hehe”.

Ana gelak,“biasalah…bagilah peluang, rasanya nie lah kali pertama balik lewat sejak masuk uum.” Setelah Rakan Masjid di bubarkan, tiada lagi panggilan kecemasan meminta ana segera kembali ke kampus untuk menguruskan orientasi. Ada hikmahnya…(“,)

Ana selalu menyakat adik ana yang kecik, “Taju, k.ngah naik bas malam nie boleh?”
“Tak boleh!” selamba je dia jawab..hehe..

“la…nape plak tak boleh?” ana tanya lagi.

“Sebab k.ngah selalu gi lama”. Terus ana tergamam.

Kalau dia buat perangai, ana ugut dia. Hehe…“Taju…buat lagi, k.ngah tinggal naik bas”. Terus dia tak buat…hehe..

Pernah satu ketika, laptop ana rosak. Kebetulan kami sekeluarga mahu keluar ke pusat membeli belah. Ana letak laptop dalam beg, nak bawa ke kedai untuk dibaiki. Terus dia tanya,“k.ngah nak gi mana bawa beg nie?”

“Nak tinggal Taju lah…naik bas”. Terus dia menjerit, tak bagi ana pergi. Tak pasal-pasal kena pujuk dia pulak. Dapat khutbah free dari ummi sebab menyakat dia…hehe

Agaknya dia benar-benar terasa ana lama tak balik. Jika difikir semula, ada benarnya. Kesian plak… Mana tidaknya, waktu cuti adalah masa ana menyertai berbagai program untuk menambahkan ilmu dan pengalaman.

Harap-harap dia mengerti satu hari nanti yang kakaknya ini bukan miliknya seorang. Dan ana juga berdoa moga adik-adik ana mengikut jejak langkah ana. Punya niat dan memilih jalan untuk berjuang di jalan Allah s.w.t..

Moga-moga kami sekeluarga tetap bersatu dan sentiasa berada dalam landasan Islam. Menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Moga kami dapat bersatu di akhirat kelak…amen ya robb..

My Family...(^_^)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus