Sabtu, 15 Januari 2011

Campus Life…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…masih diberi keizinan untuk mencoret sesuatu dalam diari kesayangan ana yang sudah beberapa hari ditinggalkan kesepian, hehe… Tidak kurang juga ada yang rindu untuk membaca coretan ana yang seterusnya…(^_^)

Badan yang masih keletihan selepas menghadiri kursus di Langkawi membuatkan ana membiarkan seketika diari ini kesepian. Mood untuk menulis tertinggal di Langkawi kot…huhu

Takkala menulis artikel ini, masih kedengaran pekerja kontrak mengecat blok tempat ana menginap dan membaiki tombol pintu yang rosak. Kedengaran juga sahabat-sahabat sibuk mengemas bilik masing-masing yang sudah berhabuk dan berdebu setelah ditinggalkan hampir sebulan lamanya.

Kerinduan untuk bertemu semula dengan sahabat-sahabat akhirnya terubat. Masing-masing menceritakan pengalaman sewaktu bercuti. Terukir senyuman di bibir takkala bersemuka antara satu sama lain…(^_^)

Ana masih teringat kali pertama menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Amat kagum dengan keluasan kampus ini dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Percaya tak kalau ana bagitahu yang masih ada tempat dalam kampus nie yang belum ana jelajahi? Hehe…


Sewaktu masih menuntut di matrikulasi, ana dan sahabat yang lain tidak mahu belajar disini. Cukuplah sudah berada di Utara, Perlis selama satu tahun. Akhirnya, rezeki ana untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda tetap di Utara…hehe..

Sudah banyak perubahan yang berlaku dalam kampus, beberapa bangunan sudah siap di dirikan. Begitu juga dengan sistem pentadbiran yang sudah diubah yang kadang-kala mengundang berbagai emosi di hati kami sebagai pelajar.

Namun, itulah campus life…pasti akan ada dugaannya. Kita yang berusaha untuk menempatkan diri ke universiti, jadi seharusnya cubalah yang terbaik untuk masa depan masing-masing.

Tergiang-giang lagi pesanan pensyarah undang-undang ana pada semester lepas. Katanya, “hargailah apa yang kamu miliki sekarang sebagai pelajar. Fikirkan kenapa kamu mesti berada dan tinggal dalam kampus nie. Pasti kalian akan rindu untuk kembali menjadi pelajar setelah bekerja seperti saya. Itu yang saya rasa kini”

“Macam saya, selepas bekerja balik rumah duduk sorang-sorang. Kalau di kampus dulu ada sahabat-sahabat. Makan sama-sama, study sama-sama, buat assignment dan ke kelas sama-sama…jadi, hargailah apa yang ada di depan mata kalian. Berjuanglah sebaiknya untuk masa depan masing-masing”

Pensyarah ana kini sedang menyambung pengajian di peringkat PHD. Dia begitu meminati bidang akademik. Mungkin kerna itu semangatnya terus membara untuk terus mencari ilmu. Ana juga banyak belajar darinya. Moga Allah s.w.t. membalas segala ilmu dan nasihat yang telah dia titipkan buat kami semua.

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kehidupan ana juga pasti akan sibuk selepas ini. Perancangan mesti di atur sebaiknya supaya tidak ada lompang dimana-dimana, tidak kira dalam urusan akademik mahupun da’wah.

Hidup sebagai pimpinan kelab, aktivis da’wah juga pelajar membuatkan hari-hari ana penuh dengan aktiviti. Makin meningkat semester, makin banyak lagi dugaan yang bakal dilalui selepas ini.

Setelah Rakan Masjid dibubarkan, hati ana kadang-kala terbit rasa kerisauan sekiranya kelab-kelab lain menerima nasib yang serupa. Namun, semangat untuk terus melangkah dan berjuang menegakkan kalimah Allah s.w.t. semakin menebal.

Tamparan hebat yang diterima pada semester lepas membuatkan ana tersedar dari lamunan. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan supaya sentiasa kukuh berdiri dan tidak tergugat dengan anasir-anasir yang cuba menjatuhkan.

Berita-berita “panas” yang sampai ke telinga ana membuatkan diri ini tidak senang duduk. Namun, itulah dugaan dalam jalan da’wah. Pasti akan sentiasa dihamparkan dengan permaidani mehnah dan tribulasi.

Moga diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan disini dan dimana sahaja tidak akan berundur walau diancam dengan pelbagai ugutan. Doakan kami wahai pembaca sekalian…

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kuliah ana akan bermula pada hari Isnin nanti. Adik-adik junior sudah memulakan kelas pada hari ini. Minggu pertama masih dalam keadaan santai kerna berada pada minggu add/drop iaitu minggu untuk menambah atau menggugurkan subjek yang pelajar mahukan. Semuanya nampak bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan kuliah.

Moga Allah s.w.t. memberkati mereka yang sedang berjihad dalam mencari ilmu dan mempermudahkan segala urusan kami semua…insyaAllah..

Campus life is begin…(^_^)


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus