Semasa
di tingkatan 2 awal bulan Februari, saya dapat panggilan telefon daripada abah
mengatakan abah dan ummi dapat pindah sekolah ke Kelantan selepas berpuluh kali
percubaan dibuat untuk pertukaran sekolah. Sebelum ini, abah dapat kelulusan
pindah sekolah, tetapi ummi tidak. Jika ummi yang dapat kelulusan pindah
sekolah, abah pula tidak. Maka, hasrat itu terpendam selama 8 tahun sehinggalah
saya berada di tingkatan 2.
Waktu
tu memang kelam kabut la sebab adik beradik saya sudah 8 orang dan 6
daripadanya sudah pun bersekolah. Abah dan ummi sibuk sangat-sangat dengan
urusan perpindahan nie termasuklah cari rumah sewa baru di Kelantan.
Seingat
saya, hampir seminggu jugalah tak datang sekolah asbab berpindah dari Pahang ke
Kelantan. Bila tiba di Kelantan, sudah jumpa rumah sewa yang sesuai berdekatan
dengan sekolah, kami 6 beradik terus daftar masuk sekolah.
Tetapi
sayang, saya susah nak serasi dengan sekolah baru. Antara faktornya adalah
selalu lupa hari (Kelantan cuti minggu hari Jumaat dan Sabtu, sedangkan Pahang
cuti minggu hari Sabtu dan Ahad), bahasa loghat Kelantan yang kadang-kala saya
susah nak faham bila terlalu pekat 😅. Tetapi
faktor paling besar adalah saya susah untuk serasi dengan subjek yang terlalu
banyak (akademik + agama) hingga perlu ambil berpuluh subjek ketika itu.
Dulu
pelajar Maahad perlu ambil peralihan iaitu satu tahun digunakan untuk belajar
basic arab dan subjek agama yang lain sedangkan sekolah agama saya dulu just
ajar bahasa arab komunikasi saja dan elektif, bukan subjek teras. Pun tiada
subjek hafalan untuk Peperiksaan Menengah Rendah Ugama (PMRU). Masa tu, rasa
sangat-sangat stress disamping semua kawan-kawan saya lebih tua dari saya 😌.
Sudahlah
sedih terpaksa berpindah sekolah dan berpisah dengan kawan serta cikgu yang
sudah rapat dengan saya, terpaksa pula hadapi semua secara tiba-tiba. Akibatnya
saya hilang minat untuk belajar. Sudah la banyak main sebelum nie, ditambah
pula hilang terus minat nak belajar.
Jadi,
saya pergi sekolah setakat penuhi rutin harian saja. Pagi bersiap pergi
sekolah, tengahari balik, malam tidur. Begitulah setiap hari sampai tiba waktu
peperiksaan, banyak subjek hafazan yang fail. Saya jadi selesa dan tak kisah
pun dengan apa yang berlaku di sekeliling. Ada family, ada duit poket yang
parents bagi, cukup makan pakai dan tempat tinggal, ditambah pula dengan ada
ustaz dan ustazah yang sering ajar subjek agama, jadi saya sangka Malaysia ini
aman damai sejahtera saja 😌.
Jika
difikir semula, membazirnya hidup saya dulu. Lambat sangat kesedaran tu tiba
sebab saya SELESA dengan semua yang saya ada. Allahu Allah. Hinggalah tiba satu
hari dimana saya ambil result PMR sewaktu di tingkatan 3. Result sangat teruk
dan saya terus menerus kecewakan abah dan ummi yang mahu melihat anaknya
berjaya dalam akademik.
Semasa
penghujung tahun di tingkatan 3, rumah yang abah bina atas tanah sendiri siap
dibina dan kami berpindah sekali lagi. Sehingga sekarang, kami sekeluarga
tinggal di sana. Bila pindah rumah, terpaksalah pindah sekolah sekali lagi
sebab sekolah Maahad saya dulu sangat jauh dari rumah sebab berlainan daerah /
jajahan di Kelantan.
Abah
membuat keputusan nak hantar saya ke Sekolah menengah harian biasa dan bukan
lagi ke Sekolah maahad selepas saya gagal dalam subjek bahasa Arab. Mulanya
saya memberontak dan marah pada abah.
Tapi
akhirnya saya melihat hikmahnya. Satu persatu Allah buka dan tunjuk jalan pada
saya yang merubah saya menjadi seperti yang kalian lihat hari ini. Jika bukan
asbab pindah sekolah dan keluar dari zon selesa, saya takkan sedar dan tahu
betapa teruknya dunia di luar sana yang sedang kita hadapi dengan pelbagai
masalah gejala sosial melanda anak muda belia dan remaja.
Semuanya
kerana saya masuk ke Sekolah Menengah harian biasa dan duduk di kelas hujung
sekali asbab result PMR lepas yang teruk. Dari situ, saya jumpa TIGA BUDAK
SERANGKAI yang sangat dasyat kehidupan mereka. Itulah detik permulaan yang
menyedarkan saya betapa perlunya ilmu dan asas agama yang cukup dalam diri.
Allah Lebih Tahu 💗