Isnin, 3 September 2012

Repairing The World With Love ♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Ubah dunia dengan cinta.
Cinta yang lahir dari hati.
Hati yang disaluti dengan Iman.”

Alhamdulillah wa syukrillah. Minggu yang teramat sibuk sudah berlalu pergi. Badan pula sudah direhatkan secukupnya. Kembali mengatur rentak dalam kondisi hati yang cuba ditarbiyah secukupnya setelah tercalar sedikit…(^^,)

Ada yang minta ana ulas dan perbanyakkan penulisan berkaitan dengan hati. Ana cuba raikan permintaanya, cuma tidak tahu dari mana hendak mula…:p

Ana pernah menonton satu cerita. Kisah seorang anggota polis yang cuba mencari siapa yang membunuh isterinya. Hidupnya jadi tidak terurus dan sentiasa tertekan kerana hatinya penuh dengan dendam dan kebencian. Keinginannya untuk membalas dendam terhadap kematian isterinya membuatkan dirinya seperti ‘mayat hidup’.

“Jasadnya hidup. Tetapi hatinya mati!”

Suatu hari, dia terserempak dengan seorang lelaki yang merupakan seorang penulis novel. Lelaki ini mengajak anggota polis tersebut untuk singgah minum kopi di rumahnya. Lelaki itu merupakan anak angkat kepada seorang hartawan perniagaan tetapi tetap merendah diri dengan apa yang dimilikinya.

Saban hari, lelaki ini sentiasa menjemput anggota polis tersebut ke rumahnya samaada minum pagi atau makan tengahari. Bukan sahaja dihidangkan dengan makanan yang enak, malah disajikan juga dengan ‘makanan rohani’.

Satu minggu berlalu, anggota polis tersebut menghidu sesuatu yang sangat wangi dalam rumah penulis tersebut. Akhirnya dia temui sejambak bunga yang diletakkan di pintu utama rumah.

“Wanginya bau bunga nie”, kata anggota polis tersebut.

Lelaki itu senyum seraya berkata, “bunga itu sudah pun ada sejak kali pertama saya ajak awak ke sini dan awak baru dapat menghidu baunya hari ini?”.

Anggota polis itu terdiam.

Lelaki itu menjemput anggota polis tersebut ke bumbung rumahnya. Di situ, terhias indah sebuah taman bunga dengan pelbagai jenis bunga dan bau harum yang sangat menenangkan.

“Taman ini saya gubah dan hias untuk isteri saya. Tetapi sayangnya dia tidak sempat untuk melihatnya. Sehari sebelum dia meninggal akibat kemalangan jalanraya, dia pernah berkata kepada kepada saya. “Hanya hati yang penuh dengan cinta sahaja akan dapat menghidu bau dan merasai wangian bunga ini”. 

“Saya juga pernah melalui hidup yang gelap gelita seperti awak. Saya tidak makan, tidak minum dan asyik bersedih dengan kematian isteri yang amat saya cintai sepenuh hati hingga jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam hospital. Sebaik sahaja sedar dari koma, saya terhidu bau yang sangat wangi dan menyenangkan. Dari situ saya teringat kata-kata isteri saya. Maka, saya tetap teruskan membina dan mengubah taman ini supaya cinta isteri saya sentiasa hidup dalam hati saya.”

"Redhalah dengan pemergiannya. Carilah pembunuh itu kerana awak kasih kepadanya dan mahu beri pengajaran kepadanya. Bukan kerana mahu membalas dendam atas kematian isteri awak. Mesti awak dapat temui petunjuk atau bukti dengan mudah bila hati awak penuh dengan kebaikan dan ingin tegakkan keadilan", luah lelaki itu sambil menepuk bahu anggota polis tersebut.

*********************************

Pengalaman yang dilalui sendiri juga banyak mengajar diri ini untuk mentarbiyah hati dengan sebaiknya. Masih ana ingat, saat itu terlalu banyak sangat program yang perlu dilaksanakan. Masalah juga datang bertubi-tubi tanpa sempat ana mencari masa untuk ‘bernafas’ dan mengatur rentak dengan teratur.

Ketika itu, emosi bercampur baur antara dengan kebaikan dan kebatilan. Terasa mudah sangat nak marah dan prasangka buruk dengan orang sekeliling. Apa yang dibuat untuk atasi masalah tersebut jadi serba tak kena!

Satu hari ketika berbincang berkaitan program yang hendak dilaksanakan beberapa hari lagi, hati terasa sedikit lega dengan masalah yang sudah dapat diatasi. Ketika itu angin sedang menyapa lembut dan hati ana merasa ada suatu perasaan yang damai menyapa dalam hati.

Ketenangannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Air mata mula bertakung. Hati jadi muhasabah sendiri, “Allahu Allah, baru kini ku merasai kelembutan dan kedamaian sang angin. Kenapa sebelum ini ku tidak pernah merasainya sedangkan saban hari sang angin menghembus lembut ke arahku. Allah, apakah hati ini penuh dengan kebencian hingga tidak mampu untuk merasai kehadirannya?”.

Sejak dari hari itu, ana belajar untuk tetap menghargai dan menerima apa sahaja yang hadir dalam hidup. Cuba jadikan ianya pelangi yang mewarnai hidup ana walaupun ianya berat dan sukar untuk dihadam pada mulanya.

Namun, lama kelamaan hati ini mudah untuk mengukir senyuman hingga masalah juga turut ‘tersenyum’ saat dia datang menyapa walaupun kehadirannya tidak pernah diminta...(^^,)

Merasai kehadiran sang angin with my kelisa dakwah...(^^,)

Begitu juga kehidupan kita dalam sehari-hari. Masalah seringkali datang menyapa, ujian juga tidak pernah bagi ‘signal’ apabila ianya datang bertamu. Bagaimana kondisi hati kita saat melaluinya? Kita yang tentukan sebab bahagia itu pilihan.

 “Hati yang penuh dengan dendam, amarah, hasad dengki, benci dan prasangka buruk tidak akan pernah merasai kebaikan hati dan keikhlasan insan yang berada disekelilingnya”

**************************************

Tekan untuk tumbesaran...:p

Begitu juga dengan kisah ini. Bila hati kurang dengan kasih sayang dan penuh dengan rasa amarah. Kita jarang sedari dan mendengar suara hati insan lain serta seringkali meminta orang lain terlebih dahulu memahami hati kita.

“kita tidak mampu ubah hati orang lain untuk bersangka baik. Tetapi kita dapat tarbiyah hati kita untuk bersangka baik dengan orang lain”.

Repairing The World With Love…
.:: Cinta High Class ::.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)

Isnin, 27 Ogos 2012

Cintaku Pada Tudung Labuh


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Tekan untuk tumbesaran...:p

Tengahari tadi, kakak sulung ana bagitahu yang muka Amirah Fasihah sama dengan adik perempuan, Farhah. Itupun abang ipar ana yang perasan semasa dia membelek album lama kami sekeluarga yang dahulu kala. hehe!

“Eh, Amirah Fasihah….”. kata abang ipar.

Maka, ‘misi’ kami mencari siapa yang muka hampir sama dengan Amirah Fasihah semasa kami bayi…:p

Satu persatu gambar dibelek dan meneka ini siapa sebab muka hampir sama semuanya semasa kecil. Bila tengok semula, kami ketawa sebab comel dan cute je…:p .

Akhirnya kami jumpa yang muka Amirah Fasihah sebijik macam muka abangnya. Macam fotostat seluruh muka…:p Memang menggamit nostalgia. hehe!

Sebenarnya kami nie kacuk banyak sangat. Separuh sini, separuh sana. Keturunan itu, keturunan ini. Itupun Tok Mek, ummi dan abah yang cerita salah silah keturunan kami. Semoga Allah pelihara keturunan ini. ameen ya robb~

Okey, masuk kepada tajuk utama artikel nie ya…:p

Semasa tengah belek album lama, ana perasan akan sesuatu iaitu tudung labuh ummi. Ada gambar lama ummi tatkala menuntut di Maktab dan sebelum kahwin lagi. Manis sungguh dengan tudung labuhnya.

Apabila sudah berkahwin dengan abah dan mempunyai beberapa orang anak, ummi tetap setia dengan tudung labuh dan jubahnya sehingga kini. Rupanya baru ana sedar, mata ini melihat wanita pertama yang bertudung labuh adalah ummi ana sendiri. MasyaAllah…^^

Ana mula bertudung labuh seawal usia 12 tahun. Ketika itu, ana dapat tawaran untuk masuk ke sekolah agama dan keinginan untuk pakai tudung labuh semakin membara. Apatah lagi ummi ana sendiri bertudung labuh.

Teringat pula kisah yang ana pernah nukilkan dalam blog nie. Ada beberapa sahabat yang datang ke rumah ana. Dalam kalangan mereka ada yang bertudung labuh. Sewaktu sahabat yang bertudung biasa mahu mendukung Amirah Fasihah, dia menangis. Tetapi apabila sahabat yang bertudung labuh mahu mengambilnya, cepat sekali dia hulurkan tangan. MasyaAllah.

Mungkin dia ingat, yang bertudung labuh itu adalah kakak-kakaknya. Ana perolehi ibrah melalui peristiwa itu apabila Amirah Fasihah hulurkan kain tuala untuk dijadikan tudung buatnya. Tudung labuh yang kakaknya pakai berjaya membuatkan dia mahu berjinak-jinak untuk pakai tudung. 

Tidaklah ana bagitahu yang bertudung biasa ini tidak elok. Asalkan ianya labuh hingga memenuhi tuntutan syariat, ianya tetap manis dipandang. Cuma, yang bertudung labuh dan dihiasai dengan akhlak peribadi yang baik, sangat-sangat istimewa di mata ana…^^



Sewaktu ana tulis berkaitan tudung labuh di dinding facebook, ada sahabat yang hantar pesanan dalam facebook dengan meluahkan perasaan tentang rasa tidak puas hati terhadap insan yang bertudung labuh.


Ana tersenyum sendiri saat membaca bait-bait ayat yang tertulis. Tidak terusik sikit pun rasa untuk melatah atau marah dengan kata-katanya walaupun ana sendiri bertudung labuh sebab apa yang dilalui oleh beliau, ana juga rasainya sendiri.

Lantas, ana respon mesej yang dihantar beliau. Dengan menyebut nama Allah dan memohon moga Allah berikan ilham untuk ana berbicara dari hati ke hati dengannya walaupun melalui facebook.

Tekan untuk tumbesaran...:p

Alhamdulillah, hatinya terasa lega apabila membaca bait-bait kata yang ana kongsikan.  Ana berdoa moga Allah hadirkan insan-insan bertudung labuh yang punya akhlak dan peribadi yang baik-baik buatnya. ameen~

Hati terasa begitu gembira dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan yang memasarkan tudung labuh setelah mendapat tahu dari pelanggan setia bahawa kebanyakan yang order tudung labuh dengan ana mahu berjinak-jinak untuk pakai tudung labuh. MasyaAllah~

Jika ditanya kepada ana, apa yang ada pada tudung labuh? Ianya adalah perisai iman dan amanah buatku. Apabila terasa mahu buat benda lagha dan keburukan, terasa malu sangat dengan tudung labuh yang dipakai. 

Ditambah pula dengan niqab yang dipakai. Semakin terasa malu untuk pamerkan akhlak dan peribadi yang buruk kerana ianya akan mencemarkan imej Islam yang dibawa. 

Sedikit demi sedikit, ianya berjaya mentarbiyah hati dan iman ini dalam diam untuk sentiasa perbaiki diri dan hubungan dengan Allah serta manusia. Cinta ana terhadap tudung labuh sangat mendalam.

Apabila ada yang minta untuk ana tukar tudung apabila mahu ikuti latihan memanah, ana berkeras untuk tetap setia dengannya dan berjaya buktikan insan bertudung labuh mampu lakukannya.

Paling terkesan apabila layanan masyarakat sekeliling. Ada yang melayan bak sang puteri. Apabila berjalan di jalan dan bertembung dengan lelaki, pasti dia akan berhenti dan memberi ruang sebesarnya agar tidak tersentuh.

Tidak kurang juga ada yang menghina dan mencaci. Itu layanan tarbiyah yang Allah hadirkan untuk melihat setakat mana Iman mampu bertahan dalam mengejar redha Allah.

“jika terlalu senang, murah pula harganya.
Yang susah itulah mahal harganya”

.:: Jom Labuhkan tudung kita wahai wanita Islam…(^^,) ::.


“JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)”