Rabu, 19 Jun 2013

Bercuti



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani”

سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Pagi tadi, ana minta adik lelaki (bawah ana, yang nombor 3) bawa ana keluar. Ana minta dia yang ‘drive’ memandangkan ana rasa badan masih belum mampu untuk memandu sendiri.



Dia duduk depan dan ana duduk di kerusi penumpang bahagian belakang. Rasanya, itulah kali kedua ana duduk di belakang dan memberi orang lain pandu ‘kelisa dakwah’. 

Ana jarang berikan orang lain pandu. Penat macam mana sekalipun, selagi ana mampu, ana akan pandu. Jadi, apabila ana berikan orang lain pandu. Itu tandanya ana letakkan kepercayaan padanya untuk memandu dengan hati-hati dan selamat atas izin Allah.


Teringat pula sewaktu ujian JPJ dan penguji duduk disebelah. Sewaktu pegang stereng kereta, ana katakan pada hati, “Lulus atau tidak, itu hal yang kedua. Yang penting, aku mesti pergi dan balik dengan selamat,”.

Bila adik ana pandu, ana ambil peluang untuk hayati pemandangan sekeliling yang jarang ana nikmati. Anggap diri pergi ‘bercuti’ buat seketika walaupun hakikatnya hanya keluar atas urusan kerja.

Ada hal yang membuatkan ana senyum apabila melihat gelagat manusia yang dilihat. Uniknya perasaan dan emosi manusia. (^^,)

Dia buka aircond dan ana minta dia alihkan kedudukan supaya aircond tu terasa di tempat duduk belakang. Akibat terlalu dia ‘fokus’, kereta hampir terlanggar kenderaan diarah bertentangan.

Ana hanya jawab, “takpalah, tak biasa lagi kan…”.

Alhamdulillah sempat mengelak. hehe.

Sewaktu tiba di pusingan bulatan, ada seorang pakcik yang sedang menaiki motor membuat aksi seperti seorang anggota polis trafik sedang menahan kenderaan supaya berhenti.

Walaupun hakikatnya pakcik tersebut mahu melalui jalan yang bertentangan dengannya. Adik ana terus cakap, “Allah… Pakcik, kalau ya pun, agak-agak la..”.

Ana dah ketawa. hehe

Salah satunya disebabkan aksi pak cik tu. Gelagatnya betul-betul membuatkan ana ketawa. Ada bakat untuk menjadi salah seorang anggota polis trafik. Dah la ikut laluan yang salah, boleh pula tahan kereta lain sebab dia sorang nak lalu. hehe

Ketika ana ketawa, ana dapat rasakan sesuatu.

Rasanya sudah lama ana tidak ketawa seperti itu. Selalunya ketawa yang dibuat-buat semata-mata mahu melepaskan beban yang ditanggung. Tapi tadi, terasa ianya lahir dari hati ana sendiri.

Sepanjang jalan, ana senyum dan menghayati setiap jalan yang dilalui.

Indahnya dunia jika hati sedayanya untuk ikhlas terhadap perkara yang dibuat.

Impian dan matlamat hidup ana cukup tinggi. Tinggi melangit dan ana cuba untuk mengapainya selagi hayat dikandung badan.

Namun, ana terlupa akan sesuatu.

Terlupa untuk nikmati setiap langkah yang dibuat. 

Dan tadi, ana belajar suatu perasaan yang sangat indah. Suatu ungkapan yang selalu ana sebut dan ucap.

“sentuhan dari hati, pasti terkesan jua pada hati”.

Jika mahu melakukan apa pun tugas. Ianya mesti dilakukan dengan penuh rela. Pastikan hati benar-benar rela untuk melakukannya. 

Supaya nanti, apabila hati terasa penat atau lelah akan sesuatu. Kita masih mampu untuk senyum walaupun hakikatnya rasa itu sangat pedih apabila dikenang semula.

Cuma, yang pasti.

Dan sangat pasti.

Ana tidak mampu untuk hidup tanpa Allah.


Novel hidup setiap insan berbeza,
Walau sehebat dan seteruk mana pun kita,
Jangan pernah lari jauh dari Allah.

Perjalanan masih jauh.
Moga sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya.

“Sesungguhnya, Allah lebih Mengetahui”

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus