“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani”
Hari nie dah tak ingat
hari keberapa tak sihat.
Tapi rasa macam seminggu
dah 😂.
Sebelum jatuh sakit nie,
memang muncul beberapa petanda yang saya bakal jatuh sakit. Cuma malas nak
fikir dan tak kisah sangat memandangkan masih berbaki tiga hari lagi Ramadan.
Antara petanda tu, gusi
bengkak. Bila gosok gigi, akan mula berdarah. Berlarutan dalam tiga hari juga
la macam tu sampai rasa tak nak gosok gigi, Huhuhu… 1 syawal baru rasa okey
sikit dan mula banyak minum air kosong. Bila gusi bengkak dan berdarah, 1 je
saya fikir bakal berlaku nanti iaitu demam panas. Bila badan panas dan suhu tiba-tiba
naik, memang gusi akan bengkak dan berdarah.
Ais memang saya elak dan
minum air kosong je bila pergi beraya rumah saudara mara. Tapi 5 syawal, rasa
terliur sangat. Ditambah plak cuaca panas, minta husband beli ice mocha. Malam
esoknya dah mula rasa tak sedap badan. Pagi esok tu demam selsema. Malam,
husband pergi ambil ubat homeopaty. Alhamdulillah dah makin surut demam. Senyum
sampai telinga 😁.
Saya sangat yakin, tiap
apa yang berlaku, Allah mesti cipta sesuatu untuk bagi ‘signal’ pada kita.
Maksudnya asbab atau petanda sebelum sesuatu tu berlaku. Selalunya bila kita
dengar khabar ada orang meninggal, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa? Sakit
apa? Walaupun kita tahu ajal itu di tangan Allah, Malaikat Izrail melakukan
tugas tanpa tertangguh walau sesaat, pasti ada asbab yang menyebabkan berlaku
kematian.
Sama juga macam apa yang
berlaku pada saya.
Dah ada petanda / punca
nak demam. Layan juga nafsu nak minum ais. Sekarang, merasalah padahnya
sendiri. Huhuhu…
Begitulah juga berlaku
pada arwah tok ayah saya Januari tahun lepas. Abah bagitahu, arwah tok abah
asyik sesak nafas dan keluar masuk hospital, pergi sedut oksigen. Lepas tu,
kena tahan dalam wad sebab doktor nak check darah. Rupanya, paru-paru arwah tok
ayah sudah dijangkiti kuman dan sedang merebak menuju ke organ lain. Masa
melawat arwah tok ayah, saya nampak tanda yang menunjukkan arwah tok ayah bakal
pergi menemui Allah.
Masih saya ingat senyuman
arwah tok ayah waktu melawat di hospital. Dari jauh, raut wajahnya yang sudah
tua, tersenyum lebar memandang ke arah saya dan suami. Tangannya terus dihulur
untuk bersalam sebaik saja kami sampai. Senyuman itu terus melekat dalam
ingatan saya. Hanya itu satu-satunya kenangan manis terakhir yang saya ada
bersamanya 💗.
Dua minggu selepas keluar
masuk hospital, kuman sudah merebak hampir ke seluruh organ. Sudah cuba pelbagai
cara tetapi tetap melalui jalan buntu. Akhirnya, kuman menyerang otak
membuatkan arwah tok ayah koma. Jantung masih berdegup dan bergantung pada
mesin penyokong hayat.
Doktor bagitahu sudah
tiada apa yang boleh dilakukan sebagai kudrat seorang manusia perubatan, hanya
keajaiban dari Allah saja yang mampu menyembuhkannnya. Tanda akhir kematian
sudah jelas nampak pada arwah tok ayah. Kaki, hidung, telinga semuanya sudah
luruh atau jatuh ke bawah. Dua hari lepas koma, arwah tok ayah pergi untuk
selamanya. Wajahnya bersih sangat, seperti sedang tidur pun ada. Tersenyum
manis seolah-olah sudah tahu apa yang bakal diterimanya. MasyaAllah…
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
(Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu)
"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan
sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"
Allah Lebih Tahu 😊