Sabtu, 28 Mei 2011

Langkah Tercipta

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada hamba ini, moga hamba ini termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis. Masih berada di Kolej Matrikulasi Perlis dan bakal berangkat pulang ke kampung halaman malam nie. Doakan moga ana selamat sampai ye sahabat pembaca sekalian..ameen ya robb…[^_^]

Semalam, ana duduk koreksi diri. Mengimbau kembali perjalanan hidup ana sebelum ini. Masih tertanya, adakah benar jalan dan langkah yang ana pilih di kala ini? Membuat keputusan untuk berada di jalan da’wah, menukar bidang dari perakaunan yang paling ku minat suatu ketika dulu kepada Pentadbiran Muamalat.

Menghabiskan masa, tenaga, dan wang ringgit dengan program-program kemasyarakatan, motivasi dan kerohanian di sekolah-sekolah, kepimpinan kampus, dan banyak lagi. Jiwaku mula beralih untuk mendekati masyarakat takkala melihat anak-anak muda semakin jauh dari roh Islam yang sebenar, hanyut dibuai nafsu duniawi.

Hampir tersungkur ditengah perjalanan, air mata laju sahaja mengalir, hati yang terasa pedih dan perit menanggung susah dan derita. Entah berapa kali akal berfikir untuk segera berundur namun hatiku sekali-kali berkata tidak!

“dunia da’wah bukan untuk orang yang manja”

Setiap kali terasa lemah dan letih dengan “permainan” dunia, air mata yang membasahi pipi, DIA memujukku dengan “bahasa”Nya yang tersendiri. Dapat ku rasai kehadiranNya melalui pertolongan dan petunjuk yang DIA berikan. Lalu ku bangkit semula.

Pernah sekali ku nekad untuk berundur, sudah penat dengan orang sekeliling yang hanya pandai berkata-kata! tetapi langsung tidak boleh diharap. Menuduh sebarangan tanpa usul periksa, memfitnah sesuka hati asalkan nama dan jawatannya tidak tergugat.

Lalu DIA menghadirkan insan yang meminta bantuanku. Meminta supaya dia diberi kekuatan, semangat dan solusi untuk masalah yang dia hadapi sedangkan dikala itu diri ini juga sedang di uji. Takkala dapat membantunya, hati terasa begitu puas, minda kembali tenang dan langkah mula disusun dengan teratur…Subhanallah...

Dan ku katakan pada diri, “bagaimana mungkin aku boleh terfikir untuk berundur sedangkan masih ramai yang memerlukan bantuan daripadaku…gilakah aku pabila terlintas di minda untuk berundur? Maafkan hamba Ya Allah…”.

Maka ku sujud menghadapNya dan memohon ampun kerna terasa menyesal dengan keputusan mahu berundur dari dunia da’wah. Seolah-olah mementingkan diri sendiri sedangkan bakat dan kelebihan yang DIA berikan bukan percuma, ada harga yang perlu dibayar.


Lalu hati bermonolog sendiri, “sudah bertahun-tahun ku bersabar dan teruskan langkah walaupun terasa perit untuk ditelan, maka kenapa kali ini begitu mudah sekali terfikir untuk berundur…bersabarlah wahai sang bidadari hingga nafas yang terakhir…”

Ana yang sahabat lihat kini tidak terbentuk dengan sekelip mata, malah mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Liku-liku kehidupan yang ditempuhi sejak dari kecil lagi membuatkan diri ini punya motivasi yang tinggi, entah bila pula bakal kembali terbaring lesu di atas katil.

Ku berdoa dan terus berdoa moga dicabut nyawa dalam keadaan sedang berjuang di jalan Allah s.w.t…dikurniakan hati yang benar-benar ikhlas kerna DIA dan memilih kampung akhirat untuk terus bersemangat dalam mencari keredhaan Allah s.w.t…ameen…

“langkah tercipta meninggalkan jejak dibelakang. Walaupun aku sendiri, aku tetap perlu berdiri”

Doa yang sahabat-sahabat titipkan membuatkan diri ini terus bersemangat untuk berada di jalan da’wah. Moga hati ini terus hidup subur dengan roh Islam..ameen.. wallahua’lam.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus