Zaman saya
dulu, exam untuk pelajar tingkatan 3 adalah PMR sebelum ditukar ke PT3. Masih
segar diingatan, abah hantar saya ke sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas untuk
ambil result PMR. Bila abah call tanya result, saya cakap nanti la bagitahu
bila abah sampai.
Petang, abah
datang ambil. Masuk dalam 'perut' van, abah tanya lagi. Malu nak bagitahu abah
sebab saya dapat 2D + 5C + 1B + 1A. Dah la duduk kelas hujung sekali, dapat
plak result teruk. D tu adalah bahasa arab & English. Disebabkan result
teruk tu, abah decide untuk saya pindah ke Sek. Men. harian biasa dan bukan
lagi Maahad.
Saya
memberontak dan marah dengan abah sampai saya cakap kat Ummi. "Angah nie
bodoh sangat ke sampai nak angah tukar sekolah?". Ummi pujuk, bagitahu
bukan macam tu maksud abah. " Angah tak boleh bawa subjek Arab, jadi abah
risau effect pengajian angah". Lama saya tak bercakap dengan abah sebab
nak marah 😔.
Bila saya
masuk tingkatan 4 di Sek. Men. Keb. Tumpat, saya pilih untuk masuk kelas aliran
akaun walaupun saya boleh masuk kelas aliran sains. Abah suruh ambil kelas
sains, saya buat bodoh je (sebab masih lagi rasa nak marah). Lama kelamaan,
rasa marah tu hilang bila saya mula dapat hikmah atas tiap takdir yang Allah
aturkan.
Rupanya,
saya lebih HARGAI ILMU berbanding ketika di Maahad dulu. Selesa + hanyut +
banyak main dari belajar bila duduk dalam kalangan 'orang baik-baik'. Nak dapat
ilmu masa di Sek. Men. Keb. Tumpat sangat la sukar sebab cikgu-cikgu benci nak
masuk kelas saya sebab ada rakan sekelas yang sangat kurang ajar dengan guru
sampai saya menangis di bilik guru asbab pujuk cikgu supaya masuk kelas,
mengajar 😭.
Asbab dari
kisah ini, hati saya mula ditarbiyah secara tidak langsung. Saya mula sedar
tentang KEPENTINGAN ILMU dan kenapa saya dihidupkan di dunia. Tak sangka,
tempat yang saya 'benci' berjaya mendidik saya. Benarlah orang kata, bila Allah
nak bagi hidayah, tiada siapa yang mampu halang walaupun orang tu tengah menari
dalam kelab disko.
Bermula saat
itu, saya terus dahagakan ilmu.
Rindu bau
buku.
Bercinta
dengan buku.
Siapa
sangka, budak yang dulunya dianggap bodoh, akhirnya berubah. Dan sekarang tengah
berjuang untuk habiskan pengajian Master. Abah, bila ada orang tanya beliau,
saya tengah kerja apa sekarang? Abah akan jawab dengan penuh bangga, anak saya
tengah sambung master sambil buat bisnes. Sebak saya dengar abah jawab macam tu
😭.
Ibu bapa, kadang-kala
tahu apa yang terbaik untuk anaknya.
Cuma kita
jarang mengerti kecuali bila tiba masa yang sesuai untuk kita faham.
Allah Jua
Lebih Tahu 💝