Rabu, 4 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir Kakakku sayang…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat idola hidupku yang sentiasa dicintai, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Catatan kali nie adalah yang teristimewa buat kakak sulung ana. Insan yang paling banyak berkongsi kisah suka dan duka bersama ana sejak dari kami kecil lagi. Jika dilihat gambar kami yang masih kecil, mungkin masing-masing ingat kami nie adalah kembar. Mana tidaknya, pakaian kami sama, potongan rambut, barang-barang permainan dan sebagainya. Semuanya sama….(“,)
Tambahan pula kami selalu berdua, kemana-mana pasti berdua hingga belajar di sekolah juga yang sama. Di mana ada kakak ana, di situ ada ana. Jarak umur ana dan kakak, satu tahun sahaja. Kami sekeluarga memanggilnya dengan gelaran “kakak”. Sungguh pantas masa berlalu, kini umur kami berdua sudah pun masuk 20-an. Masih teringat masa kecik-kecik dulu, selalu bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena antara kami berdua..hehe..
Terlalu banyak kisah yang kami lalui bersama, banyak berkongsi cerita. Walaupun seringkali bergaduh, kasih sayang antara kami tidak pernah kurang sebab kakak ana nie selalu doakan ana dalam diam dan juga lakukan yang terbaik untuk ana dalam diam. Cuma ana je yang selalu cemburu dengannya…ish..teruk betul ana kan..hehe..
Alhamdulillah…akhirnya kami mengukir perjalanan hidup kami sendiri, kakak ana melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak dan seterusnya menyambut pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang Fizik perubatan dan kini sedang menyambung master dalam bidang dan universiti yang sama.
Dia menjadi ikon dalam keluarga kami. Menjadi permulaan buat kami adik-beradik. Mana tidaknya, anak sulung mesti menjadi role model buat adik-adik dibawahnya. Setiap perkara, mesti kakak dulu yang merasainya. Dan adik-adik mengikuti jejak langkahnya.
Sewaktu kakak ana SPM, dia menjadi pelajar terbaik di sekolah. Ana menjadikan dia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya sepertinya. Walaupun kami sering mendapat benda yang sama, bidang kami berdua terus berbeza sejak masuk sekolah rendah.
Ana lebih suka bersukan berbanding kakak ana yang sukakan seni suara seperti nasyid, tilawah al-Quran dan sebagainya. Ana memilih untuk mengikuti bidang perakaunan manakala kakak ana memilih bidang sains. Kami juga berbeza dengan gerak kerja da’wah, ana memilih untuk mengislahkan yang Muslim, tetapi kakak ana memilih untuk berda’wah kepada non-Muslim.
Kerna itu ana sering katakan kepada sahabat seperjuangan ana, kami berbeza dari sudut pemikiran, pengalaman juga ilmu. Hikmahnya adalah, apabila kami bergabung menjadi satu pasukan dengan ilmu yang berbeza yang masing-masing miliki, menjadikan kami pasukan yang unik. insyaAllah…suatu hari nanti..ameen…
Jujur ana katakan, kami memang berbeza walaupun dari kecil diberi benda yang sama. Mungkin kerna perjalanan hidup kami berbeza, langkah kami berbeza tapi punya matlamat yang satu iaitu mencari redha Allah s.w.t.
Bangga punya kakak sepertinya. Langkah kami juga diikuti oleh adik-adik yang lain. Alhamdulillah…ku berdoa moga “saham” ini diberi kepada abah dan umie kami nanti…kerna penat lelah mendidik anak-anaknya yang terlalu banyak kerenah nie..ameen..
Petang nanti, ana akan bertolak ke USM untuk menghadiri konvo kakak ana. Tak sabar pulak rasanya…tambahan pula dapat jumpa abah dan umie ana. Nantikan kisah pengembaraan ana ke sana nanti ye…insyaAllah..
~Selamat Hari Lahir Kakakku sayang~
Ku doakan…………..
Moga dengan pertambahan umur mu,
Makin bertambah Iman dalam diri mu..
Moga tiap langkah mu dipayungi dengan redha Allah s.w.t…
Diberi kesembuhan dari penyakit mu,
Juga kekuatan, kesabaran, kecekalan dan keihklasan dalam melaksanakan amanah sebagai HAMBA.....Ameen…..
Wahai pembaca sekalian…ameenkanlah doa ana ini buat kakak ana…..
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus