Ahad, 8 Ogos 2010

Travelog Mahabbah (USM) Part 2


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba yang kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…masih punya kesempatan untuk menulis. Banyak perkara yang berlaku beberapa hari ini. InsyaAllah mampu dihadapinya. Ana ingin menyambung semula catatan pengembaraan ana di hari kedua ana di USM sewaktu hari konvokesyen kakak tersayang ana.
Masih segar diingatan ana kala itu. Waktu itu kakak ana dan teman sebiliknya sibuk memakai jubah konvokesyen. Ana dengar sahajalah diorang bercakap, dari hari semalam lagi mereka menyatakan susah untuk mengosok jubah tersebut. Bila diorang pakai, macam tak kena cara pula.
Kakak ana pun cakap, “nie yang tak mau konvo, susah benar nak pakai jubah nie”. Mak teman rakan sebiliknya pun menjawab kata-kata kakak ana, “sabarlah sikit, bukan mudah untuk pakai jubah nie..sudah tiga tahun menunggu dan hari itu tiba pada hari nie…”
Ana pun menyampuk, “kan dah kena, hehe….” Kakak dan teman sebiliknya pun gelak. Jujur bagitahu, memang susah nak pakai jubah tu. Kena pin sana sini, nak tergelak jugak bila teman sebilik kakak ana bagitahu. “kinah, kalu nak gi tandas…dengan jubah-jubah nie sekali kena angkut..hehe..” Mana tidaknya, sudah di pin jubah tu pada baju yang entah berapa banyak sampai topi pun di pin.
Kalut jugak pagi tu sebab abah dan umie dah sampai awal lagi kat USM dan nak jumpa dengan anak kesayangannya sedangkan kakak tengah “berjuang” untuk pakai jubahnya..hehe..
Alhamdulillah…akhirnya berkat kesabaran, semuanya selesai. Sebelum kakak ana masuk ke dewan untuk menerima ijazahnya. Kami sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Gambar ini ana masukkan untuk tatapan buat adik-adik ana yang tidak dapat bersama kami.
Lihatlah gambar kakak kita adik-adikku sayang…moga hari bahagia kita juga akan tiba nanti..ameen.. tersenyum bangga abah dan umie ana…(“,)
 Selepas itu, ana pun bawalah hero dan heroin nie jalan-jalan ke tapak ekspo. Mulanya nak rest dalam bilik kakak je, tapi 1 jam lepas tu. Hero dan heroin nie menangis, nak pergi kat umie dan abah. Kalu seorang tak mengapa lagi, tiga-tiga sekali menangis….
Ana bawalah diorang jalan-jalan kat tapak ekspo sambil tunggu abah, umie dan kakak ana keluar dari dewan, macam-macam gelagat boleh tengok. Dah lama tak dengar suara diorang bising. Hari tu dapat merasa…huhu..
Adik-adik ku..hehe.. Yang buat ana tergelak tu, adik bongsu ana. Dia cakap, “kak ngah, pinjam kamera.” Ana bagi je lah, mungkin nak tengok gambar yang baru ambil tadi. Sekali tengok, dia tangkap gambar abang dia. Terkejut ana, umur baru 4 tahun tu. Cantik pulak dia ambil. Abang dia plak ambik gambar dia.
Bila ana tengok gambar yang dua beradik tu ambik, memang tergelaklah..hehe.. kanak-kanak zaman moden, kecil-kecil lagi dan pandai. Dah tahu adik-adik ku pandai tangkap gambar, ana mintalah diaorang tangkap gambar ana pula…hehe..
 Nie gambarnya…
Yang pernah datang rumah ana, memang kenal lah perangai hero dan heroin nie. apa pun, Alhamdulillah segalanya selesai. Dihari bahagia buat keluarga kami. InsyaAllah, kami adik beradik yang lain akan menyusul pula…ameen..
blog comments powered by Disqus