“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang telah Engkau berikan, moga hamba yang kerdil ini sentiasa bersyukur kepada Mu. Hanya kepada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih diberi kesempatan untuk menulis. Agak lama juga ana memikirkan coretan artikel seterusnya untuk dikongsi bersama pembaca sekalian.
Ada permintaan dari seorang sahabat yang mahu ana segera update diari nie. Katanya sudah rindu untuk membaca coretan seterusnya walaupun baru sahaja menerbitkan artikel yang sebelumnya. Tidak kurang juga ada yang mahu membaca kata-kata semangat yang bakal ana coretkan untuk artikel seterusnya.
Alhamdulillah, ana hargai semua itu. Ana mahu cuba yang terbaik walaupun kadang-kala ada rasa getar dihati. Takut sekiranya artikel yang diharap-harapkan tidak memuaskan hati pembaca sekalian. Apa pun ana berdoa moga artikel yang diterbitkan sentiasa memberi manfaat buat pembaca sekalian..ameen..
Ana begitu gemar membaca kata-kata hikmah atau kata-kata motivasi tidak kira siapa yang menulisnya kerna ia sentiasa mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Lagi pula, ana sukakan kata-kata yang simple tapi punya maksud yang mendalam.
Sedang tercari-cari kata-kata hikmah untuk dikongsi bersama sahabat di facebook, ana terjumpa kata-kata ini. Pada mulanya tidak mengerti apa yang mahu diperkatakan. Setelah direnung sedalamnya, banyak pula hikmah yang ana perolehi.
“Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan”
Apa pandangan dan tafsiran kalian takkala membacanya? Sewaktu membacanya buat kali pertama, ana melihat hikmahnya. Daripada membuang masa menunggu eletrik berfungsi kembali, daripada merungut dan menyumpah seranah kerana berada dalam kegelapan, ada baiknya berusaha untuk mencari cahaya dengan menyalakan lilin dan meneruskan kerja yang tergendala.
Namun, setelah direnung berkali-kali. Ana peroleh tafsiran yang berbeza iaitu rasional dan tidak kalah pada emosi.