Rabu, 1 Disember 2010

Memori Bersama…(“,)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman & Islam yang telah Engkau kurniakan kepada hamba ini, hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah…terasa damai dihati walaupun terasa mahu melihat air mengalir pagi tadi…(“,)…moga hati dan jiwa ini terus tabah untuk agamaNya…ameen..

Ana tersenyum sendiri mengenangkan memori yang dilalui bersama sahabat-sahabat pagi tadi. Kami pergi ke rumah mak angkat salah seorang sahabat yang mengadakan walimahnya hari ini. Nampak simple tapi amat bermakna buat ana dan sahabat-sahabat kerna salah seorang dari kami akan berpisah dari “team surau”.

Detik-detik akhir di hujung semester nie, kami cuba merakam sebanyak mungkin memori bersama. Ya…sebanyak mungkin, supaya ianya sentiasa kekal dan segar untuk dikenang bersama.

Indah sekali ukhuwah ini…subhanallah… tidak terhitung nilainya anugerah yang telah DIA kurniakan buat kami. Banyak yang telah kami lalui bersama, terlalu banyak. Sahabat yang sama-sama memimpin tangan menuju redha Ilahi. Jika salah seorang jatuh di antara kami, kesemua akan meminjamkan bahu dan menjadi pendengar setia. Juga saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.

Ya Allah…terasa tidak mahu masa-masa ini berlalu. Mahu semahunya sentiasa berada pada detik-detik ini. Kami ini sudah diibaratkan seperti adik-beradik. Mana tidaknya, hampir setiap perkara lakukan bersama. Berkongsi coretan dan cerita dalam kehidupan yang dilalui sehari-hari. Semuanya dilakukan dengan penuh kasih sayang antara satu sama lain.

Dan memori hari ini yang sudah pun terukir dan terpahat di minda masing-masing akan dikenang pada hari-hari yang akan mendatang. Bila lembaran sirah perjuangan disingkap kembali, pasti kami akan tersenyum selebarnya mengenangkan memori bersama.


Siapa diantara kami yang dahulu mendirikan Baitul Muslim ya?

Sebaik sahaja gambar ini diambil, ana ajukan soalan kepada sahabat-sahabat, “siapalah dalam gambar nie yang akan menikah dulu ye..hehe?”. Masing-masing mengatakan satu sama lain. Tak mengapa, saat itu akan tiba jika DIA izinkan. Pasti soalan yang telah ana tanya kepada mereka akan bermain semula di minda…(“,)

Kepada sahabat yang bakal menjalani praktikal nanti. Jangan bersedih hati, inilah lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Masih terkenang saat ana bertemu dengan akak, bersama-sama dalam gerak kerja da’wah walaupun berlainan wadah. Berkongsi pendapat juga pandangan dalam mengislahkan kampus.

Tidak kurang juga sama-sama berjuang dalam mencari ilmu. Mengambil jurusan yang sama walaupun berlainan tahun. Sama-sama berkelana mencari secebis dari Ilmu Allah s.w.t. buat pengukuh keimanan dalam diri. Sungguh indah memori ini…

Sedikit gambar sepanjang berada di rumah mak angkat salah seorang sahabat dari kami. Moga kerinduan antara kami terubat takkala melihat foto-foto ini.

Memori Bersama...(",)

Tiada kata yang mampu ana coretkan lagi buat dirimu. Hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t. supaya diteguhkan Iman mu sehebat nama yang menjadi sebutan para muslimin dan muslimat. Juga ku titipkan doa semoga dirimu sentiasa dalam jagaan Allah s.w.t. kerna hanya DIA sebaik-sebaik penjaga.

Bersama Kak Sumaiyah...(",)

Kenangan yang terukir hari ini akan menjadi penawar rindu dikala kita berjauhan nanti. Segala memori indah yang telah kita semua lalui bersama sahabat-sahabat, ku doakan moga ianya akan berulang kembali. Selamat menjalani praktikal Kak Sumaiyah…moga terus tabah dalam mengatur langkah menuju redhaNya…(“,)

blog comments powered by Disqus