Sabtu, 4 Disember 2010

Tautan Mahabbah…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam kepada hamba ini, hanya kepada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat idola hatiku yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih punya waktu untuk update “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie walaupun masih dalam keadaan sedang berjihad dengan exam. Esok adalah last paper ana untuk semester nie, Alhamdulillah…doakan moga segala urusan ana dipermudahkan ye…ameen ya robb…(“,)

Makin bertambah rasa cinta, rasa kasih dan sayang kepada sahabat-sahabat ana. Makin rasa sedih untuk berpisah dengan mereka semua. Detik-detik itu makin mendekati ana. Tidak tahu bagaimana keadaan ku takkala detik-detik perpisahan itu menjelma dua hari lagi. Ana akan pulang ke kampung halaman pada  6Hb nanti.

Penulisan ana, dua atau tiga artikel ini berkisahkan tentang kami semua. Kisah yang mungkin akan kami ingat apabila sudah menamatkan pengajian dan sudah masuk ke alam perkerjaan dan alam rumahtangga. Memori ini akan disingkap kembali satu demi satu, mungkin akan dibaca nanti oleh anak dan cucu kami…hehe…(jauhnya mengelamun, huhu…)

Jika di baca pada facebook ana, banyak tag dari sahabat-sahabat. Rasa sungguh bertuah di anugerahkan rasa mahabbah ini oleh Yang Maha Esa. Bukan suatu yang mudah untuk bertemu sahabat-sahabat yang sanggup susah dan senang bersama. Alhamdulillah Ya Allah…

Dua hari lepas, hari lahir abah tersayang dan semalam hari lahir sahabat ana pula. Sekadar menyambutnya dengan makan bersama pada petang semalam ditambah sebiji kek buat dirinya. Pada mulanya, dia yang mengajak kami untuk makan bersama di café kolej. Amat simple tetapi membuatkan dia terharu dengan “kejutan” kami yang tidak seberapa.


Sedapnya...(",)
Pada mulanya kami mahu duduk di meja yang berada di bawah pokok, tetapi risau hujan pula nanti. Lantas, kami memilih untuk duduk di hujung sekali. Masing-masing mengukur senyuman diantara kami, langsung tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memandang gelagat kami.

Setelah semua sahabat-sahabat berada di meja, dengan lafaz basmallah Diana Dahlan merasmikan kek hari lahir dengan memotongnya. Dia ada cakap sebelum tu, “terharunya, rasa nak nangis je…”. Ana pun cakap, “jangan nak mula ye, kalu tak malam nie tidur kat luar…hehe”.Bukan apa, kalau dia dah mula menagis. Orang lain pun akan turut serta la…huhu.

Kami semua ini sudah pun berada di semester ke-5 dan ke atas, bakal menyusul sahabat-sahabat yang bakal praktikal tidak lama lagi. Ana juga masih berbaki satu tahun disini. Sungguh cepat masa berlalu, yang pasti…terlalu banyak yang ana pelajari tidak kira dalam buku mahupun pengalaman untuk meneruskan “pengajian” dalam “university kehidupan” pabila sudah tamat belajar disini nanti.

Diana Dahlan dengan kek hari lahirnya...(",)

Doaku buatmu sahabat, “Ya Allah, berkatilah umurnya yang telah berlalu dan bakal berlalu ini. Berikanlah dirinya kesihatan dan umur yang diredhai untuk meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Mu Ya Allah. Peganglah hatinya dengan sentiasa diberikan hidayah oleh Mu. Kukuhkan Iman dan jiwanya untuk sentiasa berpegang teguh pada agama Mu. Jagalah dia kerna hanya Engkau sebaik-baik penjaga…ameen ya robb..

Wahai sahabat pembaca sekalian, ameenkanlah doa ini buat dirinya.

XXXXXXXXXXXXXX

Dan kisah hari ini pula, ana pergi lagi ke tempat air terjun bersama sahabat-sahabat pagi tadi. Sebelum nie kami pernah rancang nak pergi lagi tetapi terpaksa dibatalkan akibat dilanda banjir beberapa minggu lepas. Kali ini baru berkesempatan untuk ke sana lagi…Alhamdulillah…Masing-masing teruja, termasuk ana….hehe..

Sebaik sahaja tiba, kami terus membeli makanan. Hajatnya mahu bawa bekalan sendiri, tetapi tak teringat pula. Biasalah, musim jihad Ilmu masih melanda kawasan kampushehe…

Sambil menunggu yang lain siap, ana melihat air mengalir. Makin banyak dari kebiasaan, mungkin hujan yang kerap sebelum nie agaknya. Kaki terus melangkah, terasa angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke arah kami, ditambah pula dedaun pepohon disekitarnya melambai-lambai seolah-olah menyambut kehadiran kami mengunakan bahasanya tersendiri.

Ya Allah…tenangnya rasa….hanya DIA yang tahu. Terasa alam sedang berbicara denganku. Tenang pabila mendengar bunyi air mengalir, ku pejamkan mata. “aku mahu jadi seperti air ini, kecil atau besar batu yang menghalang…akan ditempuh jua…”. (seteguh Khalid al-Walid).

Ini pula sedikit gambar yang diambil untuk diabadikan dalam diari ini, menjadi kenangan buat kami semua. Menjadi bukti dan saksi bahawa hati-hati kami ini pernah bertaut…ya.. Tautan Mahabbah fillah…(“,)

Tautan Mahabbah...(",)

Terasa lucu pabila mengenangkan saat-saat yang dilalui bersama. Diantara kami ini berlainan negeri, bahasa, percakapan jua makanan. Apabila bertemu, macam-macam boleh dengar. Bahasa Kedah + Perak + Kelantan + Sabah = ??? tak tahulah, yang pasti kitaorang faham dan dapat berkomunikasi dengan baik..huhu.

Diantara kami juga punya kemahiran yang tersendiri. Masing-masing perturunkan ilmu kepada sahabat-sahabat yang lain. Bahagia sangat rasa. Yang pasti, kami sama-sama saling berpimpin tangan menuju redha Allah s.w.t….insyaAllah…(“,)

Apa yang akan ana rasa pabila membaca kembali coretan ini agaknya? Moga ikatan ukhuwah ini akan terus berkekalan. Kata-kata sayang dan rindu sering meniti di bibir masing-masing. Terasa tidak mahu berpisah….namun perjuangan mesti diteruskan.

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

XXXXXXXXXXXXXX

Ku luahkan rasa kasih dan sayang buat kalian, sahabatku…

Ukhuwah yang dibina atas nama Allah s.w.t.
Tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi,
Tetapi akan selalu berkongsi air mata dikala suka & duka,
Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam,
Keceriaan sahabat bagai pelangi yang tidak akan hilang…
Kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal didunia…(“,)

blog comments powered by Disqus