Isnin, 20 Disember 2010

Coretan Pena…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam kepada hamba ini, moga hamba ini sentiasa dalam redha dan rahmat Mu. Hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui lagi dicintai, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, masih dalam proses rawatan untuk mendapatkan kesembuhan sepenuhnya. Amat terkejut semalam takkala umie pulang dari klinik dan berkata kepada ana, “pucatnya muka”. Dan reaksiku seperti biasa, just smile…(^_^)

Maklumlah, baru terasa nikmat mengunyah dan menelan makanan dengan selesa tanpa rasa takut dan sakit. Berkat hari-hari yang dilalui dengan penuh kesabaran, khabar gembira yang telah Allah s.w.t. janjikan buat mereka yang bersabar semakin menghiasi hari-hariku…alhamdulillah…

“Setiap musibah yang berlaku akan hadir hikmahnya, setiap kesakitan yang berlaku akan hadir ubatnya”

Ana genggam kata-kata ini sekuatnya walaupun kadang-kala tidak berdaya untuk menempuhnya. Apa pun yang berlaku, ana percaya dan yakin pada Allah s.w.t… takkala tidak berdaya untuk bangun dari katil, ana sering memandang langit dari jendela. DIA cuba menghiburkan ana melalui bahasaNya sendiri, dan akhirnya ana tersenyum sendiri…(“,)

Sebelum ana teruskan coretan, ana mohon jutaan kemaafan buat para pengunjung juga pembaca setia kerna membuatkan kalian tertunggu-tunggu coretan ana seterusnya. Laptop ana baru sahaja siap di baiki juga badan ini baru sahaja dapat beroperasi dengan baik. Alhamdulillah…


Pesanan yang ditinggalkan dalam FB dan telefon yang belum berbalas. Akal yang masih ligat memikirkan untuk mencari semula kajian dan dokumen yang telah musnah. Pasti hari-hari ana akan bertambah sibuk setelah berehat hampir satu minggu.


Perasaan rindu itu kadang-kala menyapa untuk menulis. Namun kudrat tidak mengizinkan juga risau sekiranya tidak memberi apa-apa manfaat buat pengunjung yang mengharapkan sesuatu dari penulisan ana.

Coretan artikel yang diupdate berkisarkan pengembaraan ana sebagai hamba Allah s.w.t. dan mencari bekalan ke destinasi abadi dan ana benar-benar berharap penulisan ana mampu memberikan sedikit saham tika disana nanti…insyaAllah…amen

Jika mahukan ilmu yang lebih mendalam tentang hadis, tafsir, sirah, tauhid, tasawuf dan sebagainya, blog ini bukanlah dalam katageri tersebut. Jika mahukan pengetahuan tentang kesihatan, isu-isu semasa, perniagaan dan sebagainya, blog ini juga bukanlah dalam kategori tersebut.

Ana takut untuk mengulas tentangnya kerna takut tersilap melainkan ana sudah benar-benar arif tentang hal tersebut. Hadis mahupun tafsir yang diulas menggunakan akal sendiri tanpa ada gurunya yang benar-benar ahli mengundang padah dalam diam. Dan semua itu akan dipertanggungjawab di mahkamah Allah s.w.t..

Ana lebih gemar memanggil blog ini sebagai diari kerna kebanyakan diari yang ditulis oleh kebanyakan orang adalah tulus ikhlas dari hati….Ia, dari hati.


“Pengarang yang baik menulis dengan hati bukan dengan otak. Hati mengurus dan menghubungkan ilmu dengan rasa spirituil manakala otak hanya memperkasakan info....
(Akademik Penulis PTS)

Dan ana sentiasa berharap hati ini dihiasi Iman & taqwa kepadaNya supaya ilham yang hadir adalah suci dan ikhlas kernaNya. Tiada yang lebih berharga dan tiada yang lebih bernilai dari mendapat keredhaan dan rahmat Allah s.w.t…(^_^)


Jika sahabat pembaca sering membaca coretan ana yang sebelumnya, kebanyakannya adalah berbentuk motivasi diri. Ia…kerna ana juga perlukan motivasi juga kekuatan untuk meneruskan perjalanan sebagai hambaNya yang sentiasa dalam serba kekurangan.

Ana cuba membantu diri ini khususnya jua orang lain melalui detik-detik kesukaran dalam hidup. Ana tahu bagaimana rasa ketika semangat jatuh diparas yang cukup membimbangkan sehingga menjejaskan kesihatan dan rutin kehidupan serta merasakan hidup yang dilalui sudah tidak ada ertinya. Kerna ana juga melaluinya.

Ada beberapa orang teman yang selalu tanya pendapat ana setelah membaca coretan yang ada dalam diari ini. Alhamdulillah ada yang yakin dan percaya dengan ana. Namun mesti juga diakui, ana juga seperti yang lain. Kelebihan yang ada pasti akan hadir kekurangan.

Pendapat yang diutarakan kepada ana, ana cuba jawab setelah membuat penilaian sebaiknya. Ianya hadir dari hati yang ingin membantu untuk sama-sama berganding bahu mencari solusi untuk menyelesaikannya. Sejujurnya, jika sesuatu itu tidak pernah ana atau orang disekeliling ana lalui. Ana akan katakan ana tidak dapat beri jawapan. Walaupun hanya pendapat, ia memberi pengaruh kepada orang yang bertanya.

Ana juga mengharapkan doa dari kalian supaya diri ini terus istioqmah dan maju dalam bidang penulisan. Ana tempang tanpa doa dari kalian. Seperti yang ana ungkapkan dalam artikel sebelumnya.

“usah memperlekeh kuasa doa kerna ia punya kuasa luar biasa yang tidak terfikir oleh akal”

Moga coretan pena dalam diari sang bidadari akan terus memberikan manfaat jua motivasi dan semangat baru kepada mereka yang membaca dan mahu mengambil ibrah darinya. insyaAllah…


.:KeMBaRa SuFi Di BuMi TuHaN:.

Ayuh kita sama-sama mengembara mencari bekalan ke destinasi abadi…(“,)



blog comments powered by Disqus