Isnin, 30 November 2009

Tak pe kak ngah…berkat..!


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumiNYA juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya, juga kepada sahabat-sahabat baginda serta para anbiya’ yang selalu dirindui…
Lama juga ku fikirkan, apa yang perlu ku nukilkan untuk tatapan pembaca kerna idea datang dan pergi…maklum la, masih dalam mood aidil adha. Namun, ada sesuatu yang ingin ku kongsikan. Harap-harap, sahabat yang masih sudi membaca artikel yang ku nukilkan ini memperoleh manfaatnya…amen…(^_^)
Semalam merupakan hari yang sibuk buat familyku kerna umie terima tempahan untuk membuat roti terlalu banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat sedangkan umie & abah punya rancang lain semalam. Tapi disebabkan kesungguhan pelanggan tersebut yang menelefon pada jam 1 pagi semalam untuk menempah roti membuat umie menerima tempahan tersebut.
Pagi itu, bermulalah operasi kami seisi keluarga. Bermula dengan menimbang bahan, menguli tepung, membentuk adunan menjadi bulat sehinggalah membakarnya. Jangka masa untuk menyiapkannya mengambil masa 4 jam tetapi bergantung pula brapa kilogram yang dibuat.
Memang seronok bila memikirkannya kerna bagiku disinilah wujudnya ikatan ukhuwah yang erat antara kami sekeluarga serta timbulnya kasih sayang. Ku pernah ditanya, “roti nie sedap, apa resepinya?”
Ku menjawab dengan senyuman dibibir,“sama je macam orang lain buat cuma ditambah dengan perencah istimewa…iaitu kasih sayang…”
Benar, jika difikirkan…perniagaan roti yang ana & umie mulakan dulu hanya menerima tempahan di sekolah dan hanya beberapa kedai kopi sahaja. Tapi sekarang, permintaan pasaran semakin meningkat. Alhamdulillah….
Ku imbau kembali kenangan dulu, masa tu ana jual kepada teman-teman sekolah dan rupa-rupanya ada cikgu daripada koperasi sekolah berminat untukku sediakan roti @ pizza untuk dijual di koperasi sewaktu rehat. Bila dikhabarkan berita itu kepada umie, bermulalah operasi kami membeli bahan dalam kuantiti yang banyak. Balik dari sekolah, ku akan menimbang bahan tersebut dan menyiapkan bersama-sama dengan umie selepas umie balik dari mengajar.
Ilmu untuk membuat roti, umie perturunkan kepadaku sehinggalah kepada adik-adik dibawahku selepas ku meneruskan pengajian ke matrikulasi dulu. Kami membuat perniagaan kecil-kecilan nie untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga yang tak mencukupi.
Semalam selepas siap membuatnya, bekas yang digunakan perlu dibasuh. Lenguh tangan & kakiku membasuhnya sebab banyak sangat. Bila umie balik dari acaranya, dia bertanya kepadaku..“kak ngah tolong basuh semua ke bekas-bekas tu?”
Ku menjawab,“ ye la umie, nak harapkan sorang lagi tu..sampai kiamat pun tak siap
Umie pun menjawab kembali dengan gelak tawanya,“tak pe lah kak ngah, berkat..!”
Ku tersentak…memang benar, banyak berkatnya bila ikhlas. Ku teringat sewaktu di tingkatan 5, lepas habis waktu sekolah ana akan mengikuti kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah. Balik sahaja, terus ku timbang bahan-bahan untuk membuat roti. Petangnya, ku buat dengan umie & adik-adik..malamnya pula, ku wajib menghadiri kelas tambahan juga pihak sekolah yang anjurkan. Penatnya, tidak mampu ku ungkapkan…tapi ku seronok melakukannya.
Sehinggalah waktu sebenar peperiksaan SPM, ku masih membantu umie membuatnya. Terasa juga kekurangan masa untuk study, tapi ku teruskan kerna tidak sanggup membiarkan umie membuatnya sendirian dan kena menjaga adik bongsuku yang baru lahir waktu itu. Namun terselit keyakinan dalam diriku, ada keberkatan di sebalik semua itu kerna doa seorang ibu amat mustajab.
Bila ada sahabat-sahabat yang melihat sahaja gambar seisi keluargaku, terus mereka mengatakan…“bahagianya dapat family macam nie
Tapi mereka tidak tahu, bukan mudah untuk memujudkan “Rumah ku, Syurga Ku”. Ada dikalangan sahabat-sahabatku yang ibubapanya bergaduh, nak bercerai, suka marah dan pukul anak-anak semata-mata untuk melepaskan kemarahan sehingga baginya rumah tersebut ibarat “neraka dunia”.
Percayalah, anda mampu menghadapi semua itu kiranya mampu bersabar dan tidak memberontak sebagai tanda protes dan tidak menyukainya. Jangan dibalas kemarahan dengan kemarahan sebaliknya cubalah membalas dengan kesabaran dan doa. Ku juga masih mendidik diri dan hati untuk bersabar dan memberi yang terbaik.. “What you give, you take back”. Walau seburuk mana pun mereka, mereka tetap ibubapa kita.Cubalah wujudkan suasana Islam di dalam rumah walaupun anda seorang yang melakukannya. Mungkin ada yang akan berkata,“awk senang la cakap sebab bukan awk yang alaminya”.
Ya benar, ku hanya mampu memberi saranan dan sokongan serta berdoa agar dikau diberi kekuatan kesabaran yang melipat ganda untuk menghadapinya. Juga diberi sifat keredhaan yang tinggi untuk menerima ketentuanNYA…anda yang melakar sejarah hidup anda, bukan orang lain dengan izin dariNYA…jadi renung-renungkanlah…

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI YANG ABADI...(",)

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat untuk menulis saat ini juga selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya juga buat para sahabat baginda yang sentiasa dirindui…
Alhamdulillah…sempat juga ana menulis, sahabat-sahabat bloger ana dah ramai yang menyampai salam aidil adha di blog masing-masing. Jadi, ana pun tak ketinggalan untuk melakukan hal yang sama untuk kita saling mengingati sejarah pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail serta mengambil iktibar, pengajaran dan tarbiyah untuk dihiasi dalam kehidupan seharian kita..insyaAllah…
Beberapa hari yang lepas, hati ini tidak ada perasaan untuk meraikan hari kebesaran Islam ini memandangkan keadaan cuaca yang selalu hujan  dan ku tahu ada hikmah yang DIA nak tunjukkan tetapi hari ini, bila mendengarkan takbir memuji ilahi serta melihat hamba-hamba Allah s.w.t. di  Tanah Suci terasa diri “disentuh”  kerinduan untuk ke sana juga sambil hati merasakan besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan kaum kerabatnya…Subhanallah…
Moga-moga kita semua diberi kesempatan untuk sampai kesana juga…amen…
Kepada sahabat-sahabat, Salam Aidil Adha ana ucapkan…maaf kiranya ada silap dan salah…marilah sama-sama kita hayati dan merenung hikmah disebalik pengorbanan yang telah dilakukan…moga-moga peroleh manfaat…insyaAllah…(^_^)





Selasa, 24 November 2009

Warkah Buatmu Teman……


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kenikmatan untuk terus berada dalam nikmat iman & Islam…juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya serta para sahabat baginda…
Sudah beberapa hari keinginan untuk menulis hadir tetapi jiwa ku tidak bersedia untuk meluahkannya melalui kata-kata, risau sekiranya ia bercampur dengan emosi dan seterusnya mengundang ketidaksenangan pembaca yang masih sudi membaca tulisanku yang tidak seberapa ini. Artikel ini ku tuju kepada akak seniorku yang sedang menjalani praktikal tetapi ku tidak pasti samaada dia membacanya.
Beberapa hari yang lalu, ana berYM dengannya. Selepas perbualan tersebut, ku duduk bersendirian dan merenung kembali perjalanan hidupku yang telah berlalu. Terlalu banyak pengalaman yang menduga ketabahan, kekuatan serta keimanan hamba yang kerdil lagi hina ini. Berkali-kali di uji, namun ku masih mampu berdiri walaupun kadang-kala hampir jatuh tersungkur di pertengahan perjalanan. Dialah yang selalu memberi semangat, dorongan serta kekuatan kepadaku tika kaki ini lemah longlai dalam meneruskan perjalanan.
Tidak ku bilang brapa kali air mata pejuang ini tumpah dihadapannya kerna terasa sudah tidak mampu untuk meneruskan wasiat perjuangan yang telah diberikan oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang terdahulu daripadaku. Namun, dia tidak pernah jemu memberi kata-kata hikmah serta kiriman doa kepadaku sejak di kampus sehinggalah praktikal sekarang.
Katanya,“Dik..dalam perjuangan nie, kita tidak akan sesekali dihamparkan permaidani merah untuk menyambut kedatanganmu dengan penuh penghormatan tetapi kita akan dihamparkan dengan kain rentang yang penuh dengan duri yang akan menghalang serta melukakanmu sepanjang berjalan diatasnya…tapi akak percaya dan yakin dengan kemampuanmu…teruskanlah dik walau sesukar manapun kerna apa ertinya sebuah perjuangan tanpa pengorbanan…
Kata-katanya mampu menyembuhkan “kesakitan” yang ku lalui dalam meneruskan perjuangan Rasulallah s.a.w. dan para sahabat dengan izin dari_NYA…dan sekarang, keimanannya di uji untuk melihat samaada tarbiyah yang telah menghiasi dirinya sepanjang menuntut dikampus mampu kekal dalam dirinya. Ku doakan semoga imannya masih kukuh sepertimana yang ku kenali.
Dia ajukan 1 soalan kepadaku semasa berYM dengannya,“bagaimana jawapan ukhti bila ada orang cakap, “awk x pe la sek agama, kami nie sek biasa je…jahil…x mcm awk, bnyk ilmu..”?
Ku berkata kepadanya,“Allah s.w.t. tidak pernah memilih dalam memberi pahala & dosa kepada hamba_NYA, tiap perbuatan ada balasannya. Semuanya sama sahaja “dimataNYA”….”
Dia membalas,“benar, mereka yang belajar di sek agama adalah suatu bonus buat dirinya. Tapi kadang-kadang mereka yang tahu agama nie lebih teruk walaupun tahu akan hukumnya, malu jugak akak dibuatnya…
Ku berkata lagi,“sebab tu sya pernah cakap kat sahabat-sahabat, sya lebih respect kepada mereka yang belajar di sek agama bilamana mampu kekal begitu bila keluar dari kepompong islamik
Lebih kurang begitulah perbualan kami. Sebenarnya panjang lagi perbualan kami dan selebihnya ku akan simpulkan.  Ku ceritakan perihal Khalifah Umar Al-Khatab. Sebelum memeluk Islam, beliau begitu memusuhi Islam sehingga sanggup berbuat apa sahaja asalkan pengikut Rasullah s.a.w. tidak bertambah. Tetapi sekarang lihatlah kehebatannya bila hatinya diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. pabila terbaca ayat-ayat cinta dari_NYA sehingga Rasulallah s.a.w. pernah berkata,“sekiranya masih ada Nabi selepasku, orang itu adalah Umar al-Khatab”. Dan diberi gelaran Singga Allah s.w.t. kerna kehebatannya dalam peperangan. Subhanallah…
Tapi renunglah pula, seseorang yang telah bersama Rasullah s.a.w. di awal da’wah baginda iaitu bapa saudaranya. Tetap tidak memeluk Islam walau diakhir hayatnya kerna hidayah itu milik Allah s.w.t. dan hanya DIA yang berhak untuk memberi kepada sesiapa yang dikehendaki. Tugas kita hanyalah menyampaikan. ku teringat kata-kata seorang penceramah tika mendengar ceramah “Kenapa Saya Memeluk Islam”.
Katanya,“sya pernah ditanya, sudah brapa ramai yang sya Islamkan…? Sya pun kira, satu..dua..tiga..dan sya jawab…kosong…”sambil jarinya menunjukkan bentuk bulat.
Katanya lagi,“bukan sya yang Islamkan mereka tapi Allah s.w.t. dan sya hanyalah insan yang membantu mereka menemui jalan_NYA dan selebihnya terletak pada “tangan_NYA” untuk memberi hidayah tersebut kepada mereka.”
Kata-kata Brother Shahkirit pada waktu itu benar-benar membuatkan ana berfikir panjang. Kata-kata itu menerjah di fikiran ana sewaktu berYM dengan akak senior tapi tidak terluah. Dia juga ada bagitahu yang ku mungkin lebih mengerti kerna ana pernah berada di dua alam persekolahan menengah yang jauh beza ibarat langit dan bumi iaitu pernah bersekolah di sekolah agama juga di sekolah aliran biasa.
Benar, ana dapat lihat sahabat yang dulunya begitu menjaga maruah dirinya tika berada di sekolah agama dulu boleh berzina dengan teman lelakinya hanya kerna lelaki tersebut menyatakan mahu memilikinya sepenuhnya sedangkan dia tahu hukuman yang bakal diterima sekiranya melakukan dosa tersebut.…Nauzubillah…
Juga, ana dapat lihat mereka yang berada di sekolah aliran biasa yang benar-benar berminat untuk belajar ilmu agama dan boleh berdebat dan melontarkan pandangannya berkaitan sesuatu hukum malah sedaya yang mungkin menjaga peribadinya walaupun bukan berada di kalangan ahli agama..Subhanallah 

Semua ini berlaku atas kehendak_NYA kerna bagiku, ilmu Allah s.w.t. sudah bertebaran di muka bumi ini dan hanya orang yang terpilih sahaja dapat memilikinya. Jadi, walaupun ilmu itu kita miliki tapi tidak berguna kiranya tidak diamalkan ibarat "pohon yang tidak berbuah"

Akak…terus terang ku katakan…bukan mudah untuk menjaga iman kita saat berada di kalangan mereka yang hanya Islam pada kad pengenalan atau nama kerna tiap pancaindera kita boleh melakukan maksiat pada tiap saat sekiranya kita tidak menahannya. Tapi percayalah, seandainya hati kita terlalu mencintai Allah s.w.t….kita akan terasa semakin dekat kepada_NYA kerna mata kita akan selalu menangis disebabkan terlalu takut kehilangan cinta_NYA juga takut sekiranya dicabut hidayah dari hati kita..
Maka, sentiasalah beri hati kita dengan “santapan rohani” supaya tidak “kebuluran” dan makin dekat_NYA…bagaimana caranya??? Hanya dirinya sendiri tahu bagaimana caranya. “Doa merupakan senjata orang mukmin” jadi gunakanlah sebaik mungkin dalam meneruskan pengembara menuju destinasi abadi.
Rahmat Ujian- Mestica
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



Ya Allah…Engkau permudahkanlah perjalanan sahabatku ini dalam menempuh ujian yang telah Engkau berikanlah, kuatkanlah imannya, tenangkanlah jiwanya, kukuhkan perasaan cintanya kepada_MU dan berikanlah keredhaan_MU dalam tiap langkah kakinya supaya nikmat Iman & Islam serta hidayah_MU kekal bersemadi dalam dirinya…amen....


Jumaat, 20 November 2009

Latihan Aktivis Da'wah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) Siri 1


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Allhamdulillah…syukur ku panjatkan ke hadrat illahi kerna masih memberi hamba ini untuk terus mengembara lagi di bumi_NYA untuk mencari bekalan untuk menghadap_NYA nanti…insyaALLAH… syukur juga masih punya keinginan untuk terus menulis dan menyampaikan walaupun sedikit, moga-moga pembaca yang membacanya sama-sama peroleh manfaat…insyaALLAH…
Hari ini, ana dengan ahli keluarga ke bandar mencari barangan keperluan harian untuk 1 bulan. Bagi ku, acara ini wajib ku ikut kerna ada misi yang perlu ku lakukan memandangkan cuti semester yang agak panjang. Umie & abahku selalunya ke KB Mall, Pantai Timur, Maidin, The Store dan tempat-tempat yang murah lagi berkualiti. Erm…kalu anak Kelantan mesti tau…(^_^)
Sampai je kat sana, ku mulakan misi tersebut selepas minta izin dari abah untuk merayau-rayau satu bangunan dari tingkat atas sampai bawah. Slalunya, coklat adalah perkara pertama yang akan ku cari cari bila sampai je kat tempat beli belah sebab ana suka makan coklat tapi sekarang tak lagi. Misi pertama ku tadi adalah ke “lubuk” ilmu. Ana akan cari buku-buku yang sefikrah dengan jiwa ini bagi membasuh kembali jiwa ini supaya lebih terikat dengan “kekasih hati”. Sejak ku keluar dari “dunia kegelapan”, diri ini betul-betul menghargai ilmu yang datang walaupun ilmu tersebut sebesar biji sagu. Pemikiran ku perlu diasah dengan ilmu, jiwaku perlu ditarbiyah selalu agar iman tidak berada di tahap bawah dan kritikal dan hatiku perlu di beri santapan rohani sekerap yang boleh supaya cinta ku kepada_NYA tidak berkurang walaupun setitis air. insyaALLAH…
Misi kedua inilah yang ingin ku kongsikan bersama pembaca…ana dan dua orang adik perempuan ke tingkat atas sekali. Ku berkata kepada adik perempuanku, “nak ikut x?”.
Adikku menjawab,“gi mana?
Dengan mimik muka yang seram, ku menjawab“ke satu tempat…kalu nak ikut, jom…kalu x, turun bawah kat abah”.
Adikku menjawab lagi,“macam menakutkan je…”
Ku tersenyum.
owh, kat sini rupanya…ada satu lagi tempat kat hujung sana”. Kata adikku sebaik saja kami sampai ke tempat orang bermain bowling
dah pernah datang sini?” tanya ku.
erm…dapat tau kat umie & abah mai cini habis la….nie kali pertama” Jawab adikku.
aku sebenarnya tengah cari beberapa tempat untuk wat LANDAS, tapi rasanya kat sini bersih…Alhamdulillah…” jawabku pula sambil kaki melangkah ke pusat snoker.
Kosong…erm…maybe sebab hari nie hari Jumaat, sebab tu tak ramai”. Kataku dalam hati.
Sebenarnya, ana sedang mencari dan meninjau “sarang maksiat” untuk ku bawa bakal-bakal aktivis untuk membuka mata mereka tentang masalah yang semakin kritikal melanda bakal pewaris “takhta kerajaan” zaman ini. Supaya mereka sedar bahawa mereka punya tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan dan bukan hanya bergantung pada pihak berkuasa untuk menanganinya.
Telah ku masukkan catatan yang lepas berkaitan LANDAS atau nama penuhnya “Latihan Aktivis Da’wah Lapangan Isu-isu Sosial”. Hari ini, wakil-wakil aktivis LANDAS dari semua bahagian utara akan mengadakan uzlah selama 3 hari bagi mencipta modul LANDAS, supaya  gerak kerja da’wah ini lebih tersusun. Ana tidak menyertai mereka kerna ada urusan lain yang perlu diselesaikan, harap-harap modul tersebut dapat disiapkan sepanjang acara tersebut berlangsung…moga berjaya wahai pejuang…amen…
Ku punya keinginan untuk menubuhkan team LANDAS di Kelantan dan perancangannya masih dalam perbincangan. Jadi, bagi sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada team ana. Boleh berikan penyertaan anda kepada ana di poohalia@yahoo.com , ana juga perlukan maklumat berkaitan tempat-tempat yang dijadikan “sarang maksiat” oleh remaja bermasalah dan boleh salurkan maklumat tersebut ke email tadi.
Mesti ada pembaca yang tertanya-tanya, apa itu LANDAS?  Kami bukanlah penguatkuasa yang pergi ke tempat-tempat maksiat dan menangkap mereka yang  melakukan jenayah syariah tetapi mendekati dan mendengar luahan hati mereka kerna tiap dari mereka punya cerita tersendiri bagaimana boleh terjebak dengan gejala sosial. Di samping memberi nasihat dan kata-kata perangsang dan membantu mereka untuk kembali ke semula ke jalan_NYA. Kami menggunakan teknik “hemoi” atau bahasa mudahnya sesi kaunseling. Perjuangan ini bukan mudah & punya halangan yang tersendiri, namun ianya tidak akan dapat ditangani tanpa ada yang sanggup mencurahkan tenaga, wang dan masa untuk mendekati remaja sebegini.
Kali pertama ku sertainya, terasa getar di hati bila berhadapn dengan pasangan couple yang sedang bermadu asmara, penghisap gam  yang sedang khayal di alam fantasinya serta ke pusat karaoke yang penuh dengan berbagai jenis manusia. Hati ini ibarat dihiris dan dicincang halus pabila melihat remaja Melayu yang beragama Islam lebih ramai terjebak dan melakukan maksiat tanpa ada sedikit pun rasa gentar terhadap amaran dan azab Allah s.w.t. Nauzubillah….
Kali kedua, ana pula yang membawa sahabat-sahabat turun ke lapangan dan keazaman untuk membantu remaja sebegini ke jalan_NYA semakin kuat dan keazaman itu akan tetap diteruskan dengan izin dari Yang Maha Esa, insyaALLAH…

 
Antara jenis-jenis arak yang digemari oleh remaja Islam


 Kami sedang meneliti berapa jumlah alkohol didalamnya, tempat ianya dikilangkan serta di jual dan lain-lain untuk di catat dan dijadikan sebagai kajian.


Kekreatifan remaja-remaja punk menconteng dinding


Gam yang sering di gunakan oleh penghisap gam untuk melepaskan gian

Ini hanyalah cebisan dari pengembaraanku, bukalah mata mu wahai hamba Allah s.w.t. bantulah saudara-saudaramu untuk kembali ke jalan_NYA. Moga Allah s.w.t. memudahkan perjalanan kita... ameen...

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)

Khamis, 19 November 2009

Sahabat.......


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk terus mencari bekalan ke destinasi yang pasti…Alhamdulillah…kerinduan akhirnya terubat jua bila bertemu dengan umie, abah & adik2…ku sampai ke kampung halaman sebelum subuh pagi semalam dengan hati yang berat kerna ku pasti, bila ku kembali semula ke kampus….keadaan sudah tidak sama seperti dulu…
Tetapi sebelum ku meneruskan cacatan pengembaraan ku, sekali lagi ku ingin mohon maaf kerna sudah lama tidak update blog akibat daripada “kematian” wareless di kolej tempat ku menginap selepas dilanda hujan ribut yang kuat membuatkan tempat penjanaannya mengalami kerosakan.
Pagi semalam selepas mengemas rumah, ku menonton siaran Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 yang dah sampai ke penghujung siaran bagi menghilangkan penat sekejap. Selalunya tiap kali di akhir siaran, acaranya adalah menjemput artis tanah air untuk mempromosikan album mereka dan kali ini TV3 menjemput kumpulan Rabbani untuk mempromosikan album baru mereka iaitu “Mahabbah” . Album tersebut merupakan album pertama mereka selepas ketiadaan arwah Ustaz Asri & apa yang ku lihat pagi semalam, Rabbani tetap mantap walaupun sahabat seperjuangan mereka sudah pergi buat selama-lamanya. Ustaz Zul menggantikan tempat arwah Ustaz Asri sebagai vokalis utama dan salah seorang dari anggota Rabbani berkata ,“suara Zul hampir sama dengan arwah, sedikit sebanyak terubat jugak la rindu tu”.
Diakhir siaran, Rabbani membuat persembahan dengan mendendangkan lagu “Mahabbah”. Hati ku tersentuh saat itu bila melihat ada di kalangan mereka matanya seolah-olah berkaca menahan air mata dari mengalir keluar & tidak ku duga, manik-manik jernih mengalir di pipi ku tanpa dipinta. Hatiku juga dilanda suatu perasaan yang tidak mampu ku “usir” keluar dari terus bersarang di hati ini.
“keadaan sudah tidak sama seperti dulu”
Ya, benar…tidak akan sama…kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam melalui onak duri dalam perjuangan, suka & duka bersama-sama menempuhnya tidak mampu untuk ku hapuskan sama skali… Sahabat-sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama dengan ku semenjak ku berada di semester 1 akan menamatkan pengajian dan meneruskan perjuangan mereka di dunia luar. Hatiku terasa sungguh berat untuk menghadapi perpisahan ini, terasa sukar untuk meninggalkan kampus semalam, terasa tidak mampu untuk meneruskan perjuangan yang telah mereka tinggalkan.
Ini bukanlah perpisahan pertama yang ku alami, sudah berkali-kali. Ku ingat kembali sewaktu di Matrikulasi, suatu perpisahan yang tidak ku duga mengajar diri ini erti kesabaran, ketabahan, juga kecekalan untuk bangun dan bangkit kembali tanpa menghiraukan dugaan yang tidak jemu bertandang.
Waktu itu, keputusan semester 1 di umumkan dan ianya menentukan samaada pelajar tersebut layak untuk meneruskan pengajian di semester 2 atau tidak. Alhamdulillah, walaupun tidak mecapai target yang telah ku tetapkan tapi ku masih layak untuk meneruskan pengajian. Namun, ada beberapa orang yang tidak dapat meneruskan pengajian dan salah seorang daripadanya adalah sahabat seperjuanganku.
Mulanya ku tak mengerti bila dia menyatakan,“dik, nanti akak nak pendrive awk ye…nak transfer semua bahan-bahan projek kita”. Ku hanya berkata,“baek kak”, tanpa mengesyaki apa-apa.
Dalam perjalanan ke kelas, berbagai persoalan mula muncul di benak fikiranku dengan kata-katanya tadi..hatiku berkata,“tak kan la dia……..”
Ku percepatkan langkah ke kelas untuk mencarinya dan mendapatkan kepastian. Ternyata benar, dia tidak dapat meneruskan pengajian kerna pointer tidak cukup. Ku terpaku sebentar seolah-olah tidak percaya dengan kata-katanya..
“Ya Allah”. Ku menahan seboleh yang mungkin untuk tidak menangis di depannya kerna ku tahu dia pasti lebih sedih. ku memanggil ketua ku untuk berjumpa dengannya, ternyata dia juga terkejut seakan-akan tidak percaya. Ku sudah tidak mampu memandang mukanya yang cukup tenang dan redha menerima ketentuan ilahi. Ku minta izin darinya untuk masuk ke kelas kerna ku sudah tidak dapat menahan air mataku dari keluar. Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke kelas, air mataku mengalir deras menggambarkan betapa beratnya untuk ku terima berita tersebut. Ku tidak dapat memberi perhatian tentang apa yang diajar oleh pensyarah dan ilmu tersebut ibarat mencurah air ke daun keladi.
Hanya Allah yang tahu betapa beratnya diri ini untuk melepaskannya pergi & tinggal ku sendirian yang akan meneruskan perjuangan yang telah kami sama-sama usahakan sebelum ini. Satu projek yang melibatkan semua warga matrikulasi gabungan daripada Exco Kerohanian JawatanKuasa Perwakilan Pelajar dengan Pusat Islam dan bakal berlangsung beberapa minggu sahaja lagi. Sahabat ku tadi merupakan setiusaha dan ku timbalannya, dia lebih arif dengan selok belok projek nie berbanding denganku. Tapi sekarang, ku perlu mula semula dari bawah dan pelajarinya satu persatu.
Berbagai masalah yang timbul saat itu sehingga ku tak punya waktu yang cukup untuk berehat. Roommate ku kasihan melihat perubahan diriku yang sibuk menguruskan banyak benda dalam satu masa kerna waktu itu ku baru terima satu lagi amanah, sudah ku cuba untuk menolak tapi ku juga yang dipilihnya…Alhamdulillah mereka turut membantu di samping memberikan sokongan.
Namun, ku tetap insan biasa yang kadang kala tewas dengan ujian dan terasa ingin mengalah. Waktu itu, ku dalam perjalanan ke tempat meting untuk projek tersebut. Sengaja ku pergi awal untuk tenangkan diri dari bermacam benda yang meyerabutkan kepala. Ku singgah di perpustakaan dan duduk di sudut bacaan surat khabar & majalah. Ku dongakkan kepala ke atas bumbung kaca tersebut dan nampak langit hitam yang dihiasi dengan bintang-bintang.
Ku sudah tidak dapat bertahan lagi, ku tidak mampu untuk meneruskan lagi perjuangan ini, aku mengalah…..air mata ku terus mengalir deras dan tidak mampu untuk ku hentikannya.
“Ya Allah, beratnya ujian yang kau berikan kepadaku ini. Kau uji diri ku dengan mengambil sahabat perjuanganku pergi jauh dari ku dan membuatkan seolah-olah ku terkapai sendirian melaluinya. Hamba mu ini sudah tidak dapat menanggungnya, aku mengalah ya Allah….”

Ku menghantar mesej kepada kakak sulungku memberitahu apa yang ku alami sekarang. Dia berkata kepadaku,“ kalu mu mengalah sekarang bermakna sia-sia sahaja usaha yang telah kau lakukan sebelum nie. Ingat pesan aku nie, cubakau lihat air yang mengalir….ada kau nampak air tersebut terhenti bila berjuta batu menghalang di depannya??”.
Ku tersentak.
Kakakku menyambung lagi,“ tak pernah kan? Air tersebut tetap mengalir walaupun setitik tidak kira batu yang menghalang tersebut sebesar bangunan atau sekecil kuman. Jadi, letakkan dirimu di tempat air tesebut. Terus melangkah walaupun berjuta halangan di hadapan, bila sudah melangkah jangan sekali-kali menoleh ke belakang. Selesaikan usaha yang telah kau mulakan, jangan tinggal sekerat jalan”
Kata-katanya menusuk terus ke kalbuku dan semangatku kembali pulih, juga dengan izin dari-NYA. Ku terus menyapu air mata ku dan terus bangun serta melangkah ke bilik mesyuarat  meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Terasa bersalah kerana menyalahkan takdir yang telah di tetapkan kepada diriku…
Akhirnya, projek tersebut dilaksanakan setelah berbagai kritikan, halangan, dugaan & cabaran ku “telan” dan berlangsung selama satu bulan. Saat program tersebut berlangsung, air mata ku tumpah lagi…terasa suatu ketenangan yang tidak dapat ku tafsir dengan kata-kata…
kepahitan yang ku lalui akhirnya berbalas dengan kemanisan seraya hatiku bermonolog sendirian,“kak, amanah yang telah akak tinggalkan sudah saya laksanakan. Perjuangan kita sudah selesai kak…harap dapat jumpa akak lagi…”
kenangan yang ku lalui ini tidak dapat ku lupuskan dari ingatan apatah lagi tiap kali melihat air yang mengalir. Kini, aku merasai lagi perpisahan dengan sahabat seperjuanganku..meneruskan perjuangan yang telah mereka tinggalkan…
Sahabat, janganlah kau terlalu mengharap kepada ku kerna ku juga insan biasa…sama sepertimu.. juga kadang-kadang hanyut dan lemah di bawa arus…juga punya perasaan ingin mengalah dalam perjuangan ini…ku mengharapkan doa dari mu sahabat untuk meneruskan kaki ku melangkah menjunjung agama_NYA…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI....(",)

Khamis, 12 November 2009

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Salam perjuangan buat sahabat-sahabatku sekalian, sewaktu ku keluar untuk membeli makanan tengahari tadi. Ada 2 orang AJK dari NURUL IHSAN membuka kaunter di Mall bagi memberi peluang kepada manusia yang bergelar Hamba Allah s.w.t. untuk melabur “saham akhirat” dengan memberi sumbangan kepada Anak-anak yatim NURUL IHSAN untuk membantu mereka menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada Anak-anak yatim NURUL IHSAN.

 Pelajar Putera NURUL IHSAN



 Pelajar Puteri NURUL IHSAN

 Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat “pelaburan saham akhirat”, boleh la memberi sumbangan melalui:
 PER KEB ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN
MAYBANK-158202198711
@
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi:
Dr. Shukor (Pengerusi)      : 05-5334001
    Norhisan (Pengasas)         : 019-5774553
     Noorhadi (Pengetua)        : 016-4442820
DAN
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan NURUL IHSAN boleh la menziarahi blog mereka iaitu www.nurulihsan08.blogspot.com


 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI....(",)

Rabu, 11 November 2009

"Mahkota Penuntut Ilmu"


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku panjatkan kepada yang Maha Esa kerna masih diberikan kesempatan untuk bernafas lagi di destinasi persinggahan dalam mencari bekalan ke destinasi yang pasti… Sudah beberapa hari keinginan di hati untuk menulis namun ku paksa diri untuk menahannya kerna dua exam yang perlu ku tempuhi dalam jarak yang dekat…Alhamdulillah, malam semalam adalah paper ku yang ke-5…tinggal lagi satu paper sebelum ku pulang ke kampung halaman melepaskan kerinduan yang tak tertahan ini buat keluarga yang tercinta.
Keinginan untuk menulis hadir tika ada sahabatku yang menghantar mesej memintaku memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk study yang seakan pudar di pertengahan “perjuangan”.
Katanya,“ salam, maaf ganggu. Boleh tak bagi kata-kata semangat. 2 hari kebelakangan nie semangat nak study merudum. Dah x de semangat…Exam tinggal 3 paper lagi, nie last sem…insyaALLAH…”
Sebenarnya saat itu, ku juga sepertinya…entah mengapa semangatku untuk terus menelaah dan mengulangkaji nota-nota yang seakan-seakan “menjerit” memanggilku untuk membacanya tidak ku hiraukan. Sudah bermacam cara ku buat untuk menghadirkan mood tersebut, namun tidak satu pun membuahkan hasil. Di saat waktu genting itu, hadirlah “tarbiyah” dari Allah s.w.t. yang membuatku terasa sebak di hati dan semangatku seakan pulih dalam sekelip mata serta hampir membuat manik-manik jernih mengalir di pipiku. Alhamdulillah Ya Allah…terasa seolah-olah Nur hidayah menusuk di kalbu.
Kata-kata yang ku hantar kepada sahabatku itulah “Nur” nya….
Ku katakan padanya..“ sebenarnya, semangat ana pun pudar jugak sekarang. Tapi ana nak kemukakan 1 ayat dari al-Quran iaitu surah at-Taubah ayat ke-122 dimana Allah s.w.t. berfirman:
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.”
Ayat inilah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah s.w.t. Ayat di mana Allah s.w.t. berbicara khusus buat pejuang-pejuang ilmu_Nya kerna menuntut ilmu juga adalah suatu jihad di mana Allah s.w.t. menggunakan kalimah “nafara” iaitu kalimah yang lazimnya hanya terguna untuk mengungkapkan soal keluar berjihad perang di jalan Allah s.w.t.
Kata-kata itu harus kita renungkan kerna Allah s.w.t. mahu kita melihat proses dalam menuntut ilmu di jalan Allah s.w.t. sebagai suatu medan tempur. Jadi, persiapan tika mahu keluar berperang haruslah juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu di jalan Allah s.w.t.”
Alhamdulillah, dia menerima baik kata-kataku itu….
Namun buat diriku pula, itu adalah suatu “kata-kata cinta” dari KEKASIH hatiku yang ku jadikan “mahkota” untuk ku junjung ke mana sahaja ku pergi kerna ku mengerti suatu masa dahulu Islam bercahaya semasa barat dalam kegelapan:
Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah. Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian sedangkan ulama islam Cordova membina ‘kutub khanah’ yang besar” 
(Victor Robinson)

Ya…benar apa yang dikatakannya…Islam dahulunya pernah melahirkan ribuan malahan jutaan para Ilmuan Islam yang menguasai berbagai bidang sehingga buku-buku yang ditulis oleh mereka menjadi rujukan sehingga kini.
Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang hingga menguasai separuh alam 
(A.M. Lothrop Stoddard)
Semua kehebatan ini bermula daripada minda. Lihatlah ayat al-Quran pertama yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan kemantapan akal fikiran (minda) iaitu iqra. Allah s.w.t. berfirman:
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya
(surah al-Alaq, ayat 1-5)
Tidak teringinkan kah kita untuk menjadi pewaris Ilmuan Islam yang terdahulu??? Tidak terdetikkah di hati kita untuk cuba mengembalikan Zaman kegemilangan Ilmu dahulu??? Tidak terasakah di hati kita untuk menyahut seruan jihad ini??? Tepuk dada, tanyalah diri Wahai Pejuang Ilmu………………………….
menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Ku terasa sebak kerna hatiku bukan sahaja di sapa dengan “nur” malah mengingatkan kembali perjalanan hidupku sebelum ini yang tidak pernah terhenti dari berbagai ujian dari_Nya malah bertalu-talu pula yang datang ibarat bertih jagung yang sudah masak. Semua itu menguatkanku untuk bangun dan terus berlari mengejar cita-cita dan impian serta matlamatku yang satu. Alhamdulillah Ya Allah….
Kenanganku berada dalam “dunia kegelapan” seperti yang ku ceritakan dalam catatan yang lepas merubah perjalanan pengembaraanku yang punya berjuta cita-cita dan impian namun matlamat yang satu iaitu “ingin bertemu dengan KEKASIH dan Idola hatiku”.
Hanya dengan ILMU ku mengenali_NYA,
Hanya dengan ILMU ku mengetahui kebesaran_NYA,
Hanya dengan ILMU ku terasa dekat dengan_NYA,
Hanya dengan ILMU ku sentiasa jatuh cinta kepada_NYA,
Hanya dengan ILMU……


Terus melangkah gagah wahai pejuang Ilmu, berbekalkan strategi perang dalam menguasai berbagai bidang ilmu, tangkas dalam membuat percaturan melalui pena dan tinta mu di medan ilmu….usah gentar kerna engkau sedang menuju jihad fi sabilillah….