Rabu, 13 Oktober 2010

Sukan Sunnah: Memanah


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…jari jemari ana menari-nari laju di atas keyboard laptop kesayangan ana. Manakala akal pula mencurah idea untuk pengisian kali ini supaya ianya sentiasa mudah dan sempoi untuk dihadam oleh pembaca yang membacanya…insyaAllah..

Sudah lama coretan tentang sukan sunnah ini mahu ana tulis, namun seperti yang dinyatakan dalam artikel yang lepas. Ada sesuatu yang “menghalang” ana dari menulis tentangnya. Alhamdulillah, akhirnya DIA izinkan jua.

Sejak dibangku sekolah rendah lagi ana memang amat aktif bersukan, mungkin mewarisi bakat dari abah ana yang masih aktif bersukan hingga kini. Apa sahaja sukan yang sesuai dengan ana, akan ana sertai hingga umie ana bagi “amaran”…hehehe.. “lepas habis pertandingan nie, tumpu pada study pula. Jangan gi mana-mana dah..”

Hinggalah kini, seolah-olah ana memang tidak boleh lari dari bersukan. Ibarat sudah sebati dalam diri. Hampir 9 tahun ana aktif bersukan hingga teknik-teknik dan pergerakan pihak lawan dapat ana “baca”. Namun, minat ana mula beralih pada sukan sunnah sejak mengetahui kampus ana ada menyediakan kemudahan untuk berlatih memanah.

Seingat ana la, sewaktu semester satu ana meronda-ronda gerai pameran sempena Hari Organisasi Pelajar yang dibuka untuk pengambilan ahli baru. Ana terpandang peralatan memanah dari jauh, terus keinginan ana membuak untuk mendekati gerai pameran tersebut walaupun yang menjaga kaunter semuanya berbangsa Cina.

Selepas bertanya itu dan ini, akhirnya ana membuat keputusan untuk menyertai Kelab Memanah. Amat teruja untuk pergi ke padang sasar walaupun perjalanan ke sana dari kolej ana mengambil masa hampir 20 hingga 30 minit.

Kali pertama menghadiri latihan tersebut, ana melihat ramai yang hadir dan kebanyakan yang hadir adalah berbangsa Cina. Tetapi sedikit pun ana tidak peduli asalkan ana mendapat ilmu untuk memanah. Ana pergi dengan seorang sahabat waktu itu.

Coach yang mengajar memanah pula berbangsa India. Beliau memperkenalkan peralatan memanah satu persatu dan apa kegunaannya. Selepas itu, beliau mengajar teknik untuk memanah disamping memberitahu ciri-ciri keselamatan sewaktu menggunakannya.


Alat Memanah

 Amat teruja dikala itu….hehehe… Selepas diberi taklimat tentang bagaimana untuk mengunakannya, kami dibahagikan kumpulan untuk seorang demi seorang mencubanya. Kali pertama melepaskan anak panahnya, tali tersebut terkena di lengan ana. pengalaman yang tak boleh lupa…hehehe…

Sebaik sahaja lima anak panah dilepaskan ke tempat sasaran, ana berhenti kerna tak tahan sakit…hehehe… ana pun tak tahu macam mana senior yang sudah mahir memanah buat supaya tali panah tersebut tidak kena pada lengan. Serius, memang sakit…hehehe.. 

Ana balik kolej lepas dan tengok lengan ana, merah yang amat dan lebam. Kalau ana lepaskan anak panah buat kali ke keenam agaknya berdarah kot…huhu… dua minggu baru sembuh sepenuhnya, minggu pertama ana tak boleh angkat benda berat sebab urat dah bengkak. Best pengalaman nie…hehehe..dah namanya perempuan, lembut sangat….(^_^)

Ada lagi satu peristiwa yang tak dapat ana lupa pada hari tersebut. Sebelum pulang sebaik latihan tamat, ada seorang akak senior atlet memanah bagitahu kat ana… “dik, minggu depan datang tukar tudung, tak payah pakai tudung labuh…nanti menghalang anak panah tu…”.

Reaksi muka ana terus berubah waktu tu, coach yang India tak cakap apa-apa pun tapi dia yang Islam nie boleh cakap macam tu. Bagi ana sendiri, tak ada apa-apa yang menghalang cuma beberapa kali cuba memanah, tudung yang ana pakai menganggu pergerakan anak panah tersebut bila ditiup angin.

Ana hanya diam dikala itu, tak terkata. Ana dan sahabat memikirkan macam mana nak buat supaya dia melihat Islam nie fleksibal. Pada mulanya kami mahu menurut kehendaknya dan ana mahu menukar tudung dengan pakai tudung segi tiga bidang 60. Alhamdulillah…Allah s.w.t. tetapkan pendirian ana walaupun mana-mana pun boleh asalkan menutup aurat.

Kali kedua kami pergi (selepas tangan sembuh, hehe) , akak yang cakap kat ana tu tak hadir. Lega hati rasa, kalau tak..jenuh nak menjawab. Kali kedua itulah ana cuba mencari teknik supaya tali tersebut tidak lagi kena pada lengan dan tudung yang ana pakai tidak menghalang pergerakan anak panah. Alhamdulillah, Allah s.w.t. permudahkan segalanya.

Kini, ana sudah mahir memanah dan sering mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk turut serta walaupun mereka bukan ahli kelab memanah. Ana tidak akan balik selagi anak panah tidak kena ditengah-tengah sasaran, mesti kena walaupun sekali.

Tips yang sering ana gunakan setiap kali mahu memanah supaya anak panah kena pada sasaran adalah….mulakan dengan menyebut nama Allah s.w.t….dan bayangkan tempat sasaran tu adalah Bush (bekas president America) dan tentera yahudi zionis, insyaAllah akan kena.

Ana membayangkan diri ini seperti tentera Islam tika di zaman Rasulullah s.a.w. supaya semangat untuk terus berlatih memanah hadir kerna ana tetap seorang perempuan, perlukan teman untuk ke sana memandangkan agak jauh dari kolej ana. ana tidak dapat ke sana untuk berlatih sekiranya tidak ada sahabat yang dapat teman ana berlatih.

Sejak ana memegang jawatan dalam Kelab dan badan pelajar, masa ana berlatih juga amat sikit kerna agak kekangan masa walaupun minda untuk terus berlatih tidak putus-putus menjelma diingatan.

Sudah hampir setahun lebih ana mencari peralatan memanah di kedai yang menjual peralatan sukan tetapi tidak ada yang menjualnya. Ana bertanya pada coach macam mana nak dapatkan perlatan tersebut tetapi beliau pun tak pasti sebab peralatan yang ada ini dari Kuala Lumpur dan harga peralatan lengkap memanah ini hampir mencecah ribuan ringgit. 

Ana mahu ajarkan pada adik-adik lelaki ana supaya mahir memanah seperti kakaknya.

Ana berharap, pengalaman yang ana kongsikan kepada pembaca sekalian memberi semangat kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian untuk berlatih salah satu dari sukan sunnah yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. iaitu berenang, memanah dan berkuda.

Impian ana untuk menjadi sehebat Srikandi Khaulah al-azuar….insyaAllah… doa-doakan ye….(^_^)

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus