Catatan Kuliah Usrati (IKIM)
Oleh: Ustazah Norhafizah Musa
“sesungguhnya
beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang
yang mengotorinya.”
Surah as-syam (ayat 9 & 10)
“…Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan
diri.”
Surah al-Baqarah (ayat 222)
Kenapa perlu bersihkan hati?
Kerana ianya menjadi wadah (jalan) untuk
mendapatkan nikmat cinta. Apabila hati bersih, hidayah Allah mudah masuk,
fikiran pun jadi jernih, hidup jadi tenang dan ucapan juga penuh dengan hikmah.
Apabila hati bersih, kita mengundang para
Malaikat bersama kita, firasat jadi tajam, doa kita mustajab sehingga sampai
satu tahap yang disebut oleh Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anfal ayat 2,
“Orang-orang
yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka
bergetarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka
bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka hanya bertawakal kepada Rabb mereka.”
Syeikh Muhammad bin Shalih al Munajjid pernah
menyebut dalam kitab beliau yang mana ada seorang sahabatnya, ketika mana tentera
Rusia masuk ke dalam rumah untuk bunuh semua orang Islam. Dia panik untuk
sembunyikan diri dan apabila dia terlihat lubang kecil disebalik almari, dia
terus bersembunyi di dalam lubang tersebut.
Ketika itu, dia mendengar betapa kerasnya
tentera rusia tersebut membunuh orang Islam dengan bunyi tembakan dan hayunan pedang.
Dia terasa sangat takut sehinggalah ada salah seorang tentera Rusia tu berkata,
“cuba alihkan almari tu dan tengok jika ada lagi orang Islam bersembunyi
dibelakang almari”.
Apabila dia mendengar tentera Rusia berkata
sedemikian pastilah dia berasa sangat takut. Jika almari dialihkan, pastilah
akan nampak dia bersembunyi di dalam lubang tersebut. Ketika itu dia terus teringat
sejarah yang telah berlaku pada Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Rasulullah s.a.w.. Dia
teringat nikmat tawakal dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t. ketika itu.
Dalam keadaan mata dipejam, dia terdengar
bunyi tapak kaki menuju ke arahnya. apabila dia buka mata, ternampak kasut tentera
Rusia didepan matanya. Dia dan tentera Rusia saling berpandangan. Ketika itu, dia
terus membaca surah Al-Anfal ayat 2 sampai habis. Lalu tentera Rusia itu
berkata, “tiada orang disini, tuan. Lubang ini kosong”.
Sebaik sahaja tentera Rusia itu pergi, dia
terus sujud syukur kerana tidak tahu bagaimana untuk gambarkan perasaan nikmat yang
telah dia perolehi. Nikmat yang masuk ke dalam hatinya, bergetar jiwanya, bertambah
keimanan dan keyakinannya kepada Allah s.w.t.
Cinta Allah, ia adalah kehidupan.
Siapa yang hilangkannya, maka ia termasuk
orang yang mati.
Cinta Allah adalah cahaya,
Siapa yang hilangkan sinarnya, maka ia berada
dalam kegelapan samudera.
Cinta Allah adalah ubat.
Siapa yang tidak menelannya, maka hatinya
akan tertimpa dengan pelbagai ragam penyakit.
Cinta Allah adalah kenikmatan yang luar
biasa.
Siapa yang tidak memperolehinya, maka seluruh
kehidupannya adalah kegelisahan dan derita.
Cinta Allah adalah rohnya Iman.
Cinta Allah adalah rohnya Aman.
Cinta Allah adalah rohnya Perilaku.
Ketika kita terlepas dari cintanya, maka
jasad kita tanpa jiwa dan nyawa.
Allah Jua
Maha Tahu (^^,)