Isnin, 16 Mei 2011

Terima kasih cikgu! [^_^]

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga hamba ini termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat Imam seluruh Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih mengizinkan hamba ini untuk terus istiqomah dalam menulis. Terasa ingin mencoret sesuatu buat mereka yang banyak berjasa dalam mengukir langkah perjalanan hidupku dengan izin dari Yang Maha Esa.

Detik 16 Mei tiba juga, satu hari yang diraikan sempena mengenang jasa para pendidik di seluruh Malaysia pada setiap tahun. Masih ku ingat sewaktu kecil dulu, setiap kali abah dan ummi balik dari meraikan hari guru. Pasti kami adik beradik akan berebut-rebut nak buka hadiah yang abah dan ummi dapat dari pihak sekolah mahupun anak didik mereka…[^_^]

Abah dan ummi merupakan guru pertama ana sebaik sahaja lahir ke dunia. Banyak benda yang ana pelajari dari mereka kerna kebanyakan masa dihabiskan di rumah. Rasanya ana la anak yang paling nakal masa kecil-kecil dulu, selalu bergaduh dengan adik-beradik yang lain…huhu..

Sabarnya abah dan ummi melayan kerenah anaknya ini. Pengalaman berharga ana yang paling sukar dilupakan adalah ketika berada di Tadika PASTI. Umur masa tu baru 5 tahun. Ketika itu, abah selalu berulang-alik dari Kelantan ke Pahang kerna abah mengajar di Pahang sedangkan ummi dan anak-anaknya berada di Kelantan.

Pernah suatu ketika, disebabkan rindu sangat dekat abah, ummi cakap kat ana dan kakak sulung. “nanti lepas solat, doa dekat Allah…minta abah balik rumah cepat”. Ana dan kakak solat sama-sama dan masing-masing berdoa sambil nangis-nangis, malam tu tidur sambil menangis. Bangun je keesokan harinya, abah dah ada kat rumah…alhamdulillah..hehe.

Lepas ummi dapat tukar tempat mengajar kat Pahang, kami semua pindah ke sana. Bermulalah dunia baru dalam perjalanan hidupku, hanya sempat bersekolah setengah tahun di Sekolah Rendah Sri Tumpat 1 masa darjah 1 dan terus berpindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Sertik, Pahang. Sedih masa nak berpisah dengan kawan-kawan. Mana taknya, selalu main sama-sama. Biasa la, kecil lagi masa tu…huhu..

Didikan agama memang abah dan ummi tekankan. Ana, kakak dan adik-adik di hantar ke Sekolah Rendah Agama Sertik pada sebelah petang untuk belajar fardhu ain dan fardhu kifayah. Bermula di sekolah rendahlah ana mula aktif bersukan, wakil sekolah bagi kejohanan bola tampar dan bola jaring hingga ummi pesan.

“sudah-sudahlah tu, kali nie last…dah nak dekat UPSR nie, belajar la pulak…”

Di sinilah ana belajar teknik bersukan dengan betul, dari segi teknik pernafasan, pertolongan cemas dan sebagainya. Pernah pengsan sekali sebab tak cukup oksigen masa sertai pertandingan lumba lari peringkat sekolah…huhu...

Setelah itu, ana sambung belajar ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Pelangai, Bentong, Pahang dari tingkatan satu dan dua sahaja. Mula belajar tinggal di asrama, di sinilah mulanya tarbiyah yang benar-benar mengubah hidup ana. Amat terkesan dengan tarbiyah yang diberikan oleh ustaz dan ustazah di sini.

Seawal usia 12 tahun, ummi sudah mendidik ana untuk membiasakan diri dengan bertudung labuh. Ana ikut jejak langkah kakak kerna kakak jugak belajar di sekolah tu. Perlu menghadiri temuduga lisan dan bertulis sebelum diterima masuk ke sekolah nie. Alhamdulillah, Allah s.w.t. mengizinkan ana untuk merasai tarbiyah Islam di Sekolah nie walaupun hanya untuk satu tahun satu bulan.

Apabila berjumpa semula dengan sahabat-sahabat dari sekolah nie masa sama-sama belajar dulu, jadi sedih kerna mereka sudah bertukar “rupa”. Masih berharap dan berdoa moga mereka kembali seperti yang pernah ku kenali sebelum ini..ameen...

Di sini juga ana masih aktif bersukan kerna sekolah di sini amat terkenal dengan kehebatan dalam kokurikulum berbanding akademik. Di sinilah juga ana mula berjinak-jinak dengan buku dan selalu ikut kakak ana ke perpustakaan kerna ketika itu kakak jadi pengawas perpustakaan.

Belajar cara untuk menguruskan kewangan, waktu, ulangkaji pelajaran, bergaul dengan kakak-kakak senior dan banyak lagi. Kat sekolah nie agak keras dengan benda halus sebab tapak sekolah tersebut adalah kubur tentera jepun dan banyak kali ada pelajar yang hysteria. Yang bagusnya, sebelum ana masuk kat sekolah tu, kakak ana tak pernah cerita satu pun pasal tu…huhu..

Namun, itulah tarbiyah. Untuk mengetahui setakat mana keyakinan dan kebergantungan kita dengan Allah s.w.t…Balik rumah sebulan sekali dengan bas, memang seronok, tambahan pula berada dalam biah solehah…[^_^]

Selepas satu bulan berada di tingkatan dua di sekolah tersebut, ana pindah sekolah lagi iaitu selepas permohonan abah dan ummi untuk mengajar di Kelantan di terima setelah hampir beberapa tahun memohon. Sedih sangat-sangat nak berpisah dengan kawan-kawan kat situ.

Ana masih ingat kata-kata yang ana titipkan kepada seorang sahabat, “Ukhty, jangan sedih tau…insyaAllah, ada jodoh kita akan bertemu lagi di Universiti..”  Perancangan Allah s.w.t sungguh unik dan luar biasa, kami betul-betul bertemu di universiti yang sama dan dalam bidang yang sama…[^_^]

Setelah pindah negeri dan sekolah, ana dan kakak belajar di Sekolah Menengah (Ugama) Arab, Pasir Mas, Kelantan sebelum ditukar nama kepada Maahad Muhammadi Pasir Mas. Berlaku krisis di sini sebab cuti pada hari Jumaat dan bersekolah pada hari Ahad, ana tak biasa dan agak susah untuk bertutur dalam loghat Kelantan…hehe

Tetap mengambil banyak subjek iaitu sekitar 20 hingga 22 subjek seperti di Sekolah Agama sebelum tu. Namun ana agak ketinggalan kerna tidak belajar asas bahasa arab iaitu nahu di sekolah lama, ditambah pula tidak mengikuti kelas peralihan selama satu tahun seperti pelajar yang lain.

Agak tertekan juga sebenarnya, namun cuba juga sedaya yang mampu. Ana mengalami satu perubahan yang agak besar kerna suasana dan sistem yang tidak sama ketika di sekolah lama. Bila kawan-kawan cakap loghat Kelantan yang pekat, ana ternganga sorang-sorang, tak faham…hehe.

Masih berada dalam biah solehah namun tetap tidak sama di sekolah lama. Cuba untuk aktifkan diri, namun tidak mampu kerna tahap ana tidak sama dengan sahabat-sahabat di sini.

Jujur ana katakan, pelajar yang belajar di Maahad sememangnya hebat-hebat belaka tidak kira dari segi akademik mahupun kokurikulum. Jadi, nasihat ana kepada para ibubapa sekalian, kalau mahu hantar anak-anak belajar di Maahad, hantarlah dari mula dan bukan ketika di pertengahan, bimbang sekiranya tertinggal macam ana…[^_^]

Ana cuba untuk sertai Kelab Usahawan Muda (PUM) namun tidak diterima masuk kerna umur ana tidak cukup ketika itu sebab tidak mengambil peralihan dan ana kekal aktif dalm bersukan walaupun hanya di peringkat sekolah sahaja. Sedih juga bila ditolak, namun tetap senyum…hehe

Abah dan Ummi punya impian untuk buat rumah di kawasan sawah padi dan belakang hospital. Alhamdulillah, selepas rumah tersebut siap dibina, ana sekali lagi pindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Kelantan dengan kakak dari tingkatan 4 dan 5. Ana sempat bercanda dengan kakak, “kak, kenapa ek kita nie asyik duduk sekali ye? dari tadika PASTI sampai sekarang, tak pernah berpisah..hehe”.

Terkilan juga saat abah kata nak hantar ana ke sekolah menengah biasa sebab takut Iman tak kuat kalau keluar dari biah solehah. Dan memang benar, cabaran yang begitu hebat takkala berada di sekolah tersebut. Bergaul dengan mereka yang punya akhlak yang tidak baik, mata ini sentiasa melihat maksiat tiap-tiap hari, cikgu pula selalu berkecil hati dengan kelas ana sebab ada kawan biadap dengan cikgu.

Air mata selalu bergenang, terasa begitu rindu sekali dengan nasihat dari ustaz dan ustazah. Bermula saat itulah ana mula menghargai ilmu yang datang kepada ana. Ketika ini juga dunia kepimpinan dan da’wah ana bermula.

Walaupun di ejek dengan gelaran “hantu bungkus’ dan ustazah kerna hanya ana seorang bertudung labuh dalam kelas tu, ana tetap cekalkan hati kerna hanya itu yang mampu ana pertahankan. Ilmu hadis, tafsir, al-quran, sirah dan banyak lagi kebanyakan hilang disebabkan maksiat yang ana lihat tiap-tiap hari. Hanya Allah s.w.t. tahu betapa sukarnya untuk menjaga dan mendidik hati di kala itu.

Lebih sedih takkala masa orientasi pelajar tingkatan 4, ada cikgu bagitahu yang pelajar perempuan tidak digalakkan untuk bertudung labuh kerna mahu seragamkan pemakaian tudung dengan pelajar lain. Masa tu banyak mata yang pandang tepat ke arah ana. Hati ana terdetik di kala itu, “Ya Allah…hatta kena denda sekali pun, aku tetap akan pertahankan tudung labuh nie”.

Bermula di sekolah itu jugalah ana mula menjadi tegas, pernah tengking seorang pelajar lelaki masa mula-mula masuk kelas di tingkatan 4 Perakaunan 1 sebab dia duduk sebelah ana. Sejak dari hari tu takde seorang pun lelaki yang berani duduk sebelah ana, lucu plak bila ingat balik..hehe.

Rupanya Allah s.w.t. sembunyikan hikmah yang begitu besar takkala berada di sekolah tu. Allah s.w.t. mahu didik ana untuk jadi seorang da’ie yang terus kukuh berdiri di medah da’wah. Ana sayangkan sekolah nie, selalu pergi jumpa cikgu yang pernah ajar ana dulu sebab banyak sekali pengalaman yang dapat ana kutip.

Setelah itu, ana diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dalam bidang perakaunan. Di sini lagi banyak ilmu dan pengalaman yang ana perolehi, kembali menjadi anak perantau…hehe.

Cuba bayangkan, mata pelajar yang sepatutnya diajar untuk dua tahun menjadi satu tahun. Teramat la mencabar sampai rambut pun selalu je gugur sebab stress dengan tugasan yang kena hantar tiap-tiap minggu…huhu.

Alhamdulillah Allah s.w.t. pertemukan ana dengan seorang mentor yang amat baik dan selalu bagi semangat dekat ana disamping pensyarah-pensyarah yang berkaliber. Masih ana ingat, waktu pointer semester satu tidak capai target yang ana mahu, ana menangis depan mentor ana. Dah lega sikit, pergi cari ais-krim dekat kedai barkery…[^_^]

Walaupun dah tamat pengajian di KMP 3 tahun lalu, masih setia dengan KMP. Berkhidmat pula dengan KMP dengan menjadi Ahli Jawatankuasa Oreintasi (AJKO) selama tiga tahun berturut-turut. Cuma kali nie ana tidak dapat turut serta kerna bertindih dengan peperiksaan akhir. Tapi bila sampai kat KMP, mesti pergi cari ais-krim..ngeh3… (◕‿◕)

Dan alhamdulillah, ana kini mahasisiwi tahun tiga Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Muamalat. Masih berbaki satu tahun pengajian disini, satu semester kuliah dan satu semester lagi praktikal. Terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Di kampus, perjalanan da’wah ana terus berlangsung dan tapak asas telah ana bina ketika di sini.


Sayang UUM...[^_^]

Takkala tamat belajar di sini, bermulalah praktikal da’wah di medan masyarakat. Moga segalanya dipermudahkan urusan dan diperteguhkan Iman..ameen…

Tugas seorang pendidik tidak mudah, ana katakan sedemikian kerna abah, ummi, ayah tok, mak saudara, pak saudara, sepupu dan kaum kerabat yang lain juga pendidik..hehe.. Darah pendidik mengalir dalam diri ana tetapi sayangnya ana kurang berminat untuk ceburi profesion perguruan, mungkin jadi cikgu adalah pilihan terakhir…[^_^]

Panjang sungguh coretan ana kali ini ye…hehe.. Maka, dengan ini ana mahu ucapankan jutaan terima kasih kepada cikgu dan pensyarah yang pernah mengajar dan mendidik ana untuk menjadi manusia seperti hari ini.

Dari buaian (abah dan ummi), Tadika PASTI, Sekolah Rendah Sri Tumpat 1, Sekolah Kebangsaan Kampung Sertik, Sekolah Rendah Agama Sertik, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Pelangai, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Kolej Matrikulasi Perlis dan Universiti Utara Malaysia.

Maka, mesti soalan yang sering ditanya kepada ana sudah terjawab, “eh, orang Kelantan rupanya…kenapa takde loghat?”. Jawapanku mudah sahaja, “Kerna ku anak perantau..hehe”.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalas jasa-jasa cikgu dan pensyarah diatas ilmu dan pengalaman yang telah kalian curahkan kepada diri ini.

.::SeLaMaT HaRi GuRu::.
Terima kasih cikgu! [^_^]


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus