“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk hamba ini melakar coretan maya dalam diari kesayangan nie. Berdoa dan terus berdoa semoga diri ini sentiasa diberikan ilham dan istiqomah dalam menulis.
Keinginan untuk menulis hadir semalam namun dibiarkan buat seketika kerna hati masih tidak bersedia untuk berbicara, bimbang sekiranya bercampur dengan sesuatu yang “kotor”. Alhamdulillah hari ini DIA izinkan…(^_^)
Sujud syukur ku kepadaNya kerna diberi kemudahan dalam menjawab soalan berkaitan ilmu Faraid. Hati tersenyum puas, terasa begitu berbaloi berjaga semalaman semata-mata mahu diri ini faham apa yang dipelajari dan bukan semata-mata untuk lulus cemerlang bagi paper tersebut. Selebihnya ku serah kepada DIA untuk tentukan.
Semalam ada adik yang menyapa di laman facebook, “adik tengok, semangat akak update blog ye? tak kira exam ke tak..hehe..alhamdulillah…sedikit sebanyak ilmu yang akak sampaikan dapat manfaat…”.
Setiap kali ada yang berkata sedemikian yang seakan-akan “memuji”, terasa air mata bertakung…lalu hati bermonolog sendiri, “Allah..adakah pandangan Mu terhadap penulisan hamba ini sama seperti mereke?”. Insaf seketika.
Ada pula yang memberikan idea, “ana cadangkan, bukukan artikel-artikel yang ada, pastu jadikan novel sebab sepanjang pemerhatian ana membaca blog enti selama ini, seperti wujud kesinambungan jalan cerita antara satu posting dengan posting yang lain. Ini membuatkan pembaca tertarik untuk mengetahui apakah cerita posting selanjutnya…”
Dan kata-kata yang membuatkan ana betul-betul sebak bilamana dia berkata, “Ummah ini perlukan anda…”.
Lalu ana membalas kata-katanya, “Allahuakbar…diri ini masih tidak layak untuk dikatakan sedemikian…(T_T)… ibarat debu yang mencari tempat untuk beristirehat sementara menunggu angin bertiup lagi…”.
Ia…coretan maya yang tersiar dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan adalah kisah pengembaraan ana di bumi Allah s.w.t., apa yang ku lihat, apa yang ku dengar, apa yang ku pelajari, apa yang ku fikir, mahu sahaja dikongsi bersama dengan orang lain.
Siapa kata menulis itu mudah? Ianya tidak semudah yang disangka, apatah lagi mahu istiqomah. Tambahan pula setiap baris, ayat dan kata-kata yang ditulis itu ada “pencatat” yang setia. Tersalah bicara dan ada pula yang mengikut apa yang dibicarakan, pasti “saham” tersebut akan dapat juga kepada yang membicarakannya.
Takut benar untuk berkata sesuatu yang ana tidak tahu dan arif. Jika dilihat, jarang sekali ana meletakkan ayat al-quran dan hadis dalam artikel yang lain. Bimbang sekiranya salah tafsir kerna diri ini akui masih jahil dan kekurangan ilmu.
Ana tidak mampu untuk menulis hanya dengan akal semata-mata, benar-benar tidak mampu! Begitu juga dengan hati, tidak mampu menulis hanya dengan hati. Kedua-dua ini mesti bersatu, yang pasti…ianya mesti zikir sebelum fikir.
Masih teringat kata-kata seorang sahabat,“jagalah hati kerna ia tempat yang dipandang oleh Allah s.w.t…”. Allahuakbar.
Diri ini sememangnya tidak mampu untuk menulis takkala hati “sakit” kerna iman berada di kondisi yang cukup lemah. Tangan akan berhenti dengan sendiri setelah akal kematian idea, lalu coretan maya itu ditutup dan membuat kerja lain. Begitulah selalu.
Coretan maya ini, hatilah yang berbicara manakala akal mentafsir dan memberi ilham seterusnya jari jemari menari-nari diatas keyboard laptop. Dan mahu ditanya, yang menggerakkan semua itu SIAPA kalau bukan Allah s.w.t… Maka, jika hati dikotori dengan dosa dan maksiat, ianya sia-sia kerna dengan sendirinya diri ini tiada perasaan untuk menulis.
Inilah “didikan” yang Allah s.w.t. berikan kepada ana. Hikmahnya, takkala mahu mencoret sesuatu, pasti hati akan dimuhasabah dahulu supaya kembali kepada DIA. Dan alangkah indahnya, jika yang membaca coretan maya ini turut di muhasabah untuk kembali rukuk dan sujud kepadaNya
.
“Kehidupan ini terlalu singkat untuk dosa dan perkara yang sia-sia, sesunguhnya membazir dan membuang masa atau menggunakan masa tidak selaras dengan tujuan ia dikurniakan ibarat ‘Membuang Nyawa Sendiri’…”
Coretan maya dalam “Diari” kehidupan ana yang dibuka khas untuk tatapan umum bukanlah hanya untuk ana berkongsi cerita sepanjang pengembaraan tapi ianya untuk diambil iktibar dan pengajaran untuk kembali kepada fitrah Islam yang sebenar.
“sebenarnya ujian yang menimpa kita sekitar jodoh, kewangan, hati, pekerjaan, keluarga, kawan dan segalanya. Hakikatnya, ujian sebenar kita adalah akidah kita sendiri. Keyakinan kita, Allah s.w.t. datangkan segalanya sebagai penyebab (jodoh, wang, hati, keluarga dan sebagainya) kerana Allah s.w.t. mahu menguji keyakinan kita kepada DIA, Allah s.w.t. mahu melihat sejauh mana kuatnya tali ikatan kita kepada DIA…”
(Nurul Ain Abdul Rahim)
Begitu juga dengan senarai blog yang berada di sebelah kiri “diari” nie, mereka juga punya perjalanan hidup yang tersendiri yang ana namakan sebagai ilmu kehidupan. Itulah uniknya ciptaan Allah s.w.t. yang bernama manusia, masing-masing punya sejarah hidup sendiri. Maka, ku katakan pada diri…
“Menulislah untuk ummah”..Wallahua’lam.
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)