Selasa, 17 Mei 2011

Bahagi Biar Adil

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk rukuk dan sujud kepadaMu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah atas nikmat untuk menulis ini Ya Allah, moga hamba ini sentiasa istiqomah..ameen.. Ada sahabat yang bercanda dengan ana, “time exam pun aktif juga menulis ye..bagus-bagus..hehe”. Tersenyum ana membacanya. Alhamdulillah, semua itu dengan izin dari Allah s.w.t…[^_^]

Baiklah, untuk coretan kali ini, ana mahu berkongsi sebuah buku yang baru sahaja habis dibaca semalam. Buku nie ana beli sewaktu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru nie. Memang tercari-cari buku yang ada kaitan dengan subjek yang kena dengan bidang ana di Universiti. Alhamdulillah Allah s.w.t. pertemukan setelah sekian lama mencari.

Buku ini memberi banyak sangat manfaat kepada ana dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Tajuk buku nie adalah “Bahagi Biar Adil” yang ditulis oleh Ustaz Md Ghazali Bin Ibrahim yang menuntut ilmu pengajian Islam di Pakistan, Mesir, Jordan, dan Baghdad dalam tempoh hampir 10 tahun (1987-1998) dan seringkali dijemput untuk memberi ceramah berkaitan wasiat, faraid dan pusaka.


Itulah kulit depan buku tu. Buku ini menceritakan tentang ilmu faraid dari segi kaedah pembahagian harta pusaka, kes-kes yang pernah penulis uruskan, hadis dan ayat al-Quran berkaitan harta pusaka dan banyak lagi.


Buku ini benar-benar memberi kesan kepada ana setelah khatam membacanya dan membuatkan ana tersentak seketika dan bahu terasa begitu berat sekali untuk memahamkan kepada masyarakat takkala habis belajar di UUM nanti. Jadi, mesti arif dulu tetang selok belok ilmu faraid nie dan baru boleh ajar kepada orang lain.

“Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia (Ilmu Faraid) adalah sebahagian dari ilmu yang banyak. Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut dari umatku!”
(Hadis Sahih Riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)

Gerun mendengar peringatan dari hadis nie iaitu “ilmu yang mula-mula akan dicabut dari umatku!” Allahuakbar… Memang benar, kerana sekarang ini sudah tidak ramai lagi yang mahu memperkatakannya.

Hadis ini memberitahu kita, Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam mempelajari Ilmu Faraid kerna ianya sebahagian dari ilmu yang banyak. Untuk mempelajari Ilmu Faraid ini, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa ilmu antaranya ilmu syarak yang berkaitan al-Quran dan hadis tentang harta pusaka.

Ilmu Nasab yang berkaitan dengan ketururan si mati, Ilmu Hisab yang berkaitan dengan kaedah pengiraan untuk pembahagian harta pusaka dan akhir sekali ilmu tentang persoalan berkaitan dengan zakat, waqaf, sedekah, wasiat, harta sepencarian, hibah, hadiah dan seumpamanya.

Ini pula sedikit pengisian dari buku ini yang dapat ana kongsikan.

Unik dan hebatnya Ilmu Faraid kerna ia ilmu yang umat Islam lupakan dan ia adalah ilmu yang tidak ramai mengetahuinya. Ustaz-ustaz juga termasuk dalam hadis tadi. Kita sendiri boleh tanya kepada ustaz-ustaz yang ramai berkenaan masalah Faraid dan pusaka. Rasanya kita sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan. Mungkin:

“Nanti saya rujuk kitab dahulu”
“Saya agak sibuklah, boleh tanya ustaz lain?”
“Kamu pergi terus ke pejabat agamalah, senang!”
“Oh! ini kena tanya Mahkamah Syariah sebab sijil Faraid hanya dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah”.
“Saya rasa pejabat pusaka lagi mahir dalam hal ini”.

Persoalan harta pusaka tidak mengenal orang. Ustaz ke bukan ustaz, bila bab harta, ramai orang kelabu mata. Itu yang kadang-kadang kita lihat dan dengar, lagi ramai orang yang bijak pandai dalam sesebuah keluarga, lagi banyak masalah harta pusaka.

Sanggup mengambil, merampas serta memakan harta anak yatim dan seumpamanya. Melihat yang sedemikian, maka kepada siapa lagi mahu kita mengadu sekiranya kita ada masalah harta pusaka? Mari kita renungkan satu kes benar sebagai iktibar:

Seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang ayah. Semasa hidup, suami telah membuat rumah atas tanah isteri.

Bermakna tanah masih milik isteri tetapi hanya ditukar nama suami untuk memudahkan urusan pembiayaan dengan pihak bank. Kerana kebetulan suami berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan ada kemudahan untuk buat pembiayaan dengan bank. Malangnya tiada hitam putih.

Apabila suami meninggal dunia, maka ayahnya ambil semua harta si arwah atas alas an si suami adalah anak tunggalnya. Si ayah langsung tidak serahkan bahagian yang patut diterima oleh isteri samaada hak harta sepencarian ataupun hak bahagian Faraid.

Bahagian untuk kedua-dua cucunya juga tidak diserahkan. Sedangkan si ayah adalah seorang Imam Masjid dan Juru Nikah. Persoalannya adakah si ayah tidak tahu hukum sedangkan dia ahli agama?

Banyak lagi kes yang penulis ceritakan dalam buku nie yang membuka minda ana betapa pentingnya Umat Islam kini untuk belajar ilmu Faraid nie. Cuba lihat pula keratan akhbar nie.


Antara kes yang pernah berlaku.

Masalah besar yang perlu diberi perhatian.

Terbaru, 26 April 2011
Bukalah minda kita semua dan pelajarilah ilmu ini walaupun kita bukan berada dalam bidang agama. Bagi yang pelajarinya, usahlah belajar kerna mahu masuk peperiksaan dan dapat keputusan cemerlang tetapi belajarlah untuk ummah.

Kepada sahabat-sahabat ana yang mengambil mata pelajaran Pengurusan Pusaka, Baitulmal dan wakaf, ingatlah kita ada misi besar untuk ummah takkala habis belajar nanti. Dan semoga berjaya untuk peperiksaan pada 19 Mei 2011 nanti serta dipermudahkan segala urusan. ameen…wallahu a'alam…(◕‿◕)

blog comments powered by Disqus