Isnin, 2 Mei 2011

Hanya Doa…

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi keizinan kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu, redhalah diri ini menjadi hamba Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan ilham yang Engkau berikan kepada hamba ini untuk terus istiqomah dalam menulis. Ana baru sahaja selesai membalas komen-komen dalam “diari” kesayangan ana nie. Ana mohon kemaafan kepada pembaca yang memberi komen, baru punya “hati” untuk membalas komen kalian.

Tidak bermaksud untuk membiarkan begitu sahaja. Seperti yang kalian ketahui, ana hanya akan menulis disaat kondisi hati dan iman berada di aras yang cukup baik supaya tidak bercampur dengan hal-hal yang kotor. Begitu juga yang ana lakukan untuk membalas komen. Alhamdulillah semuanya sudah selesai, moga Allah s.w.t. merahmati kalian…ameen..

Sebaik sahaja selesai membalas komen, hati di muhasabah sendiri. Takkala mengemas rumah, diri juga di muhasabah. Ya Allah…hamba ini bersyukur kerna dipilih untuk menjadi seorang muslim dan moga menjadi mukmin yang sentiasa taat kepada Mu…ameen..

“Adalah lebih baik mendoakan dia diberi hidayah dari mengutuk perbuatannya, adalah lebih baik mendoakan moga dia istiqomah dari memuji kebaikannya”

Subhanallah…itulah hikmah yang ana perolehi hari ini. Hati menjadi sebak, ia hadir takkala ana membaca komen dari seseorang yang mendoakan ana dan juga yang menghantar pesanan dalam facebook yang juga mendoakan ana semoga menjadi sebaik-baik muslimah. Hanya doa yang ana mahukan.

Jika diberi pilihan kepada kalian, antara hadiah dan doa…yang mana satukah yang mahu kalian pilih? Hadiah yang amat kita perlukan di hari lahir kita atau hadiah yang diberikan takkala kita selesai melaksanakan suatu tugasan yang mencabar. Atau doa yang di titipkan buat kita dengan ikhlas dan barangkali doa tersebut diameenkan oleh para Malaikat?

Jika bertanya kepada ana, ana mahu doa berbanding hadiah kerna doa adalah hadiah yang amat-amat bernilai. Hari ini, dua orang insan yang ana kenali, teman rapat dan ahli keluarganya kembali ke pangkuan ilahi. Dan yang pasti arwah perlukan doa dari kita semua dan bukannya ucapan takziyah semata-mata…al-fatihah…

Begitu juga takkala kita sakit atau ditimpa musibah. Cukupkah sekadar katakan, “sabar ukhty….semua itu ada hikmahnya…”?... Sejujurnya, ana kurang gemar mendengar kata-kata seperti itu tanpa di susuli doa semoga cepat sembuh dan diberi kekuatan kesabaran dan tabah menghadapi musibah.

Doa adalah suatu kuasa yang ajaib yang setiap orang miliki. Ana ada menulis satu artikel tentang doa, boleh tekan link nie Hebatnya "kuasa" doa dan nilailah sendiri. Jika kita berada dalam kesulitan, pasti doa yang kita mahukan supaya masalah atau kesulitan itu diberi solusi dan dipermudahkan segala urusan.

Maka, ayuh kita sama-sama mendoakan antara satu sama yang lain. Berdoa moga umat Islam di dunia bersatu hati dalam menegakkan kalimah “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t….”. Berdoa moga kita sama-sama mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Allah s.w.t…

Doakanku wahai pembaca sekalian, moga diri ini terus istiqomah dalam menulis dan diberi hati yang ikhlas hanya untuk DIA. Ku punya hasrat dan impian untuk terus kekal sebagai sang pejuang dan mati syahid di jalan ini. Doakan hamba yang kerdil lagi hina ini ye…ameen…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus