Sabtu, 7 Mei 2011

Salam Imtihan…(“,)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah ku panjatkan kepada Pemilik isi dunia dan akhirat kerna masih memberi keizinan untuk ana coretkan sesuatu buat pembaca sekalian. Alhamdulillah, ana selamat sampai ke kampus awal pagi semalam sebelum subuh.

Terasa sayu mahu tinggalkan umie dalam keadaan sarat mengandung, sudah 7 bulan usia kandungannya. Sebak didada takkala menjejakkan kaki kat tangga bas, rasa tak nak balik kampus pun ada…huhu…

Sedih mahu tinggalkan umie dalam keadaan macam tu, terasa mahu duduk kat rumah dan jaga umie je. Namun, apa daya…perjuangan mesti diteruskan. Perjuangan pena di kampus ana sudah pun bermula pada hari ini, paper pertama ana adalah hari esok…doakan ana semoga dipermudahkan segala urusan ye sahabat…(“,)

Sebaik sahaja sampai kat kampus pagi semalam, mood untuk belajar tu datanglah jugak. Lepas tu terasa malas plak sebab teringat kat umie. Entah macam mana la kat rumah tu ye, dengan hero-hero yang hyperactive tu…hehe..

Ana cuba mencari kekuatan untuk terus bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran. Keadaan amat kritikal kerna persiapan belum cukup sepenuhnya. Duduk termenung di meja, memandang nota-nota yang ada…tapi sayang, tidak ada sikit pun keinginan untuk study.

Lantas ana teringat sesuatu yang amat bernilai. Memori yang cukup indah dikala itu, kenangan lalu yang pernah terukir dalam sejarah hidup ana. Suatu kejayaan yang tidak pernah diduga kerna setiap kali ada peperiksaan, pasti ana yang akan menduduki tempat paling belakang.



Walaupun tidak dinobatkan sebagai pelajar cemerlang kerna ada satu subjek yang tidak cukup syarat, ana tetap bersyukur dengan segala pemberiannya. Benarlah kata sahabat seperjuangan ana.

“memadailah andai sudah cemerlang di mata ibu bapa…apa guna cemerlang di mata orang, di umum pelajar cemerlang, di canang merata tempat tapi tidak dapat restu ibu bapa…(“,)…”

Kertas itu, umie ana yang hadiahkan atas kejayaan dalam SPM setelah mendapat keputusan yang agak teruk dalam UPSR dan PMR. Alhamdulillah, ana berjaya buktikan bahawa setiap orang punya hak untuk berjaya, tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan dirinya sendiri.

Berjaya mengubah persepsi pihak pentadbiran sekolah bahawa pelajar perakaunan juga mampu menempatkan diri di Matrikulasi. Hanya ana seorang dari jurusan perakaunan pada tahun itu yang menyahut cabaran seorang kaunselor sekolah supaya memohon untuk ke matrikulasi walaupun di saat itu ana ragu-ragu untuk menyahut cabarannya.

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha serta restu dari abah dan umie. Insan yang dahulunya sering diperlekeh dan dihina kerna sering gagal dalam peperiksaan berjaya menempatkan diri di Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang perakaunan.

Pada hari itu, ku dapat lihat senyuman yang cukup indah dari abah dan umie. ku berdoa dan berharap moga ku dapat lihat senyuman itu lagi takkala diri ini berdiri dia atas pentas sambil memegang segulung ijazah…ameen..insyaAllah..

Ayuh sahabat, kita kuatkan hati dan teruskan langkah. Moga terus bersemangat dalam mencari ilmu dan ikhlaskan hati. Semoga berjaya dalam menempuh peperiksaan di dunia dan di akhirat.

Ku berdoa moga minggu peperiksaan ini tidak membuatkan kita lalai dari mengingatiNya…doakan ana ye sahabat pembaca sekalian…amen..(^_^)

Salam imtihan...(^_^)

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus