Khamis, 5 Mei 2011

Ku Rakam, Ku Coret…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah, syukur atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga hamba tergolong dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, ku bersyukur pada Mu Ya Allah…moga diri ini terus istiqomah dalam menulis. Akhirnya hari itu tiba jua, ana bakal bertolak pulang ke kampus malam ini. Masa yang masih berbaki akan digunakan dengan sebaik mungkin, InsyaAllah…

Semester ini sahaja, ana sudah pergi ke banyak negeri. Langkawi, Melaka, Penang, Perak dan Perlis atas urusan program dan da’wah. Namun, tempat terbaik adalah rumah ana sendiri. Tiada tandingannya, rumah ku…syurga ku…(^_^)

Ada sahabat yang mesej ana, “ukhty…nanti cerita tentang dua hero tu ye..hehe…”.

Ana gelak sambil balas mesejnya. Kata sahabat ana, perangai dua beradik ana yang lelaki tu hampir sama dengan anak saudaranya..hehe. Adik perempuan yang berada di UiTM Dungun juga selalu minta ana cerita pasal hero kami tu..hehe

Namun, diari ini hanya akan merakam dan mencoret pengembaraanku dimana ku berada. Jadi, untuk tidak menghampakan harapan sahabat dan adik tersayang ana, artikel kali ini berkisah tentang mereka…(^_^)

Alhamdulillah, pagi semalam doa ana dimakbulkan Allah s.w.t… ana berdoa kepadaNya untuk mengambil gambar hero nie sewaktu mereka mahu ke sekolah. Dua hari sebelum tu, bermacam ragam dua beradik nie dan alhamdulillah, semalam Allah s.w.t. izinkan bila umie ada hal dan lewat sikit hantar dorang ke sekolah.

Lalu, ana pakai hijab, ambil kamera dan turun ke halaman rumah dengan misi untuk merakam aksi mereke! hehe.. Mula-mula tu, si abang malu-malu kucing…ngee~~

Si abang yang malu-malu..(^_^)

Si adik plak relax je. Siap bagi senyuman yang menawan lagi..hihi.. memang pantang kalau ada kamera, pasti ada aksi yang akan dia buat…hehe

Si adik yang comel..bakal jadi abang...(^_^)

Ana teringat abah mengusik dia, “Aju…banyaknya minum susu botol, dah la tu..gi letak botol dalam singki”

Tajuddin pun jawab balik, “tak nak lah, nak minum lagi…”

“nak gi ke tak nak? mana telefon kamera abah, nak tangkap gambar dia minum susu dengan botol..nak tunjuk kat cikgu dia..hehe” kata abah sambil bangun nak pergi ambil telefon.

“huhu…nak gi letak botol dalam singki la nie…”.

hehe….tiap kali dia mintak nak minum susu dalam botol, ayat tu la yang kami guna. Dah besar panjang pun nak minum susu dalam botol lagi. Kan dah nak jadi abang, mana boleh manja-manja dah…hehe

Gelagat mereka berdua...(^_^)

Dua beradik nie memang rapat. Selalu main bersama, mengaji quran sama-sama, makan, mandi dan seangkatan dengannya. kalau seorang “hilang”, mesti salah seorang akan tanya dimana seorang lagi. Maklumlah, rumah ana nie jauh dari orang lain. Itulah untungnya adik beradik ramai, takdelah sunyi sangat…(^_^)

depan rumah, tepi sungai...(^_^)

Senyum...(^_^)

Itulah sedikit gambar tentang dua orang hero kat rumah nie. Maklumlah, abangnya yang pertama sekarang masih belajar kat Matrik UIAM. Bila kesemua hero-hero kat rumah nie “bersatu”, lagi bising laaa… Berlatih boxing dengan abangnya yang pertama. Kalau ana ajar si hero-hero memanah, tak tahulah macam mana plak gayanya nanti, habis orang kat rumah nie dipanahnya…ngee~~

Ana sentiasa berharap dan berdoa moga salah seorang dari kami akan jadi hafiz atau hafizah dalam rumah nie. Kalau semuanya dapat, alhamdulillah lagi bagus. Juga berdoa moga salah seorang dari dua hero kecik tu dapat sambung belajar ke Universiti Madinah atau mesir…ameen.. doa-doakan moga kak ngah dorang nie dapat kumpul duit untuk diaorang sambung belajar dekat sana ye…(^_^)

Baiklah…ana juga pencinta flora dan fauna, terasa berminat mahu belajar jadi photographer. Inilah sedikit gambar yang ana rasa cantik masa merakam ciptaanNya. Budak baru belajar…biasalah…hehe

Subhanallah...(^_^)

Si meow bermata biru...(^_^)

Moga coretan kali ini dapat mengubat rindu ana kat rumah nanti dan jadi penguat semangat untuk teruskan jihad ilmu. Peperangan pena akan bermula minggu depan, insyaAllah…hehe…

Ana sudah buat keputusan untuk menangguhkan lagi kajian da’wah di Selangor dan berada di sisi Umie sepanjang tempoh umie bakal bersalin dan berpantang nanti. Mahu jadi suri rumah lagi macam yang ana buat waktu SPM dulu, masa Ahmad Tajuddin lahir. Ulang kaji pelajaran dalam hospital…hehe…

Moga Allah s.w.t. redha…doakan ana ye sahabat pembaca sekalian, ana tempang tanpa doa dari kalian…(T_T)

blog comments powered by Disqus