Ahad, 1 Mei 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah, syukur ku ke hadrat Mu atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan selama ini, moga hamba ini tergolong dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah, akhirnya ku mulakan bicara tinta setelah sepi untuk beberapa hari. Keletihan yang masih terasa, tidur yang masih tidak cukup, namun ku bersyukur kepada Mu. Terasa kedamaian menusuk kalbu takkala kereta yang dipandu abah memasuki perkarangan rumah. Udara yang nyaman, ditambah pula kepulangan ku disambut dengan alunan azan subuh oleh bilal…Subhanallah…

Memori pengembaraan ku ke Pesta Buku di PWTC masih segar diingati, baru sahaja selesai membelek semula foto-foto yang ditangkap sebagai kenangan bersama sahabat sepanjang berada di sana. Terukir memori indah dalam hidupku, alhamdulillah.

Ana penuhi janji dari sahabat untuk menukilkan coretan sepanjang pengembaraan kami di sana. Lawatan ilmiah yang dianjurkan oleh Pusat Islam UUM berjaya menghimpunkan 36 mahasiswa/siswi dan 2 orang pegawai pengiring dari Pusat Islam dengan menaiki bas UUM menuju ke PWTC, Kuala Lumpur.

Bertolak sekitar jam 6 petang dan sampai di Masjid Wilayah Persekutuan sekitar pukul 3 pagi. Berhenti rehat seketika untuk bersihkan diri dan menunaikan solat subuh berjemaah. Sebelum kami semua sarapan pagi, ada sedikit sesi ta’ruf antara sahabat-sahabat yang hadir. Alhamdulillah bertambah lagi sahabat ana, ada 2 orang mahasiswi dari Indonesia yang menyertai lawatan nie.

Kenangan bersama...(^_^)

Kami tiba di PWTC terlalu awal iaitu sekitar jam 9 pagi, tetapi sayangnya kebanyakan gerai buku belum di buka kerna pesta buku bermula jam 10 pagi. Masa yang terluang kami guna untuk bergambar sesama sendiri sebagai kenangan, entah bila pula kami akan menjejakkan kaki ke PWTC lagi…hehe..

Segan!..hehe
Kelakar betul bila teringat semula masa nak bergambar dengan upin..hehe.. Mana tidaknya, kebetulan banner tu urusetia letak betul-betul tepi tangga dan berdekatan dengan pentas. Dah la masa tu ramai adik-adik dari tadika dan sekolah rendah, mungkin memerhatikan gelagat kami yang tak berapa matang nie…hehe…(^_^)

Setelah jam mula menunjukkan pukul 10 lebih, masing-masing bergerak menuju ke gerai buku. Rambang mata dibuatnya sebab terlampau banyak buku! Duit plak agak “kering” sebab sudah berapa di hujung semester. Beli buku yang dirasakan perlu…hehe

"ulat" bertemu dengan bukunya...hehe

Harga buku yang ditawarkan oleh peniaga amat murah iaitu diskaun sekitar 10 hingga 15%. Kami semua ke sini bukan sahaja mahu membeli buku malah membuat tinjauan dan mengambil kad bisnes peniaga yang ada potensi untuk kegunaan sewaktu melaksanakan program samaada memberi sewa tapak untuk jualan buku atau meminta sumbangan untuk program.

Hampir 2 jam, ana dan adik junior berjalan, lenguh kaki di buatnya. Kepala agak sakit, terasa dicucuk dengan jarum. Mungkin sebab terlalu ramai orang, tu yang jadi macam tu…hehe.. akhirnya kami singgah membeli makanan dan minuman untuk alas perut.

Setelah semua selesai solat, masing-masing teruskan singgah ke gerai buku. Alhamdulillah ana dan adik junior sempat singgah ke gerai ana muslim dan karangkraf. Terpandang mug yang agak cantik, lantas kami beli dua.

Comel je...(^_^)

Alhamdulillah, rezeki agak murah. Ustaz pernah bagitahu ana sebelum kami berangkat ke Kuala Lupur yang beliau mahu belanja kami semua makan Sate Kajang, ingatkan itu gurauan semata-mata, tetapi betul rupanya…hehe

Sewaktu singgah di hentian rehat Sungai Buloh, ustaz menunaikan janjinya setelah semuanya selesai menunaikan solat…Alhamdulillah…(^_^)

Kenangan bersama...(^_^)

Kami sampai kampus sekitar jam 4 pagi. Masing-masing keletihan, terutama ana…hehe… Alhamdulillah, ana bersyukur sangat diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk sama-sama mengikuti lawatan nie, dapat kenal sahabat-sahabat dengan lebih dekat, tambah pengalaman dan timba pengetahuan…itulah sedikit sebanyak nukilan dari ana tentang pengembaraan kali nie…wassalam…(◕‿◕)

blog comments powered by Disqus