Rabu, 1 Jun 2011

Syukuri Segala Nikmat PemberianNya


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan kepada hamba selama ini. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk terus istiqomah dalam menulis. Akhirnya jari jemari menari-nari juga atas papan keyboard laptop setelah diari kesayangan nie sepi untuk beberapa hari…(^_^).

Alhamdulillah ana sudah pun berada di rumah beberapa hari lalu, rasanya ana bakal cuti panjang kali ini tanpa apa-apa program kerohanian atau motivasi. Yang sedia ada sudah dibatalkan dan menarik diri pada saat akhir kerna umie dan keluarga disini lebih memerlukan ana.

Ada sahabat yang bercanda, “takpe, tiga tolak. 10 yang sedang tunggu disana…(“,)…”

ana tersenyum sendiri membaca kata-katanya. Doktor memberitahu yang umie bakal bersalin pada bila-bila masa dan persediaan sedikit demi sedikit sudah dibuat. Dua orang sepupu ana pula bakal mengadakan walimah beberapa hari lagi dan persiapan yang rapi masih belum siap.

Maka ana memutuskan untuk berada di rumah sahaja sepanjang cuti hampir 4 bulan nie sambil mengambil lesen motor. Rumah juga semakin di cuci dengan bersih untuk menyambut kelahiran kali ini. Mata ana pula sudah kehilangan “dua mata” lagi…hehe..

Al-kisahnya, sewaktu balik rumah baru-baru nie, bas singgah di sebuah Masjid untuk solat subuh. Ana dan beberapa penumpang lain turut turun untuk tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah s.w.t…setelah selesai semuanya, ana dan sahabat yang terakhir sekali naik bas.

Sebaik sahaja bas sudah bergerak untuk meneruskan perjalanan, ana mencari cermin mata kat poket belakang kerusi tapi tak jumpa dan terus teringat yang ana lupa nak ambil masa tanggalkan waktu nak ambil wuduk. Mahu minta pak cik driver berhenti, ana duduk di tingkat atas bas double decker. Senyum jelah…(^_^)

Niat dihati mahu kembali semula bila sampai di rumah nanti, tetapi ditangguhkan dan dua hari kemudian baru ana dan adik lelaki pergi semula ke masjid tersebut untuk mencari “dua mata” ana lagi. Sayangnya cermin mata ana sudah tidak ada di tempat yang ana letak.

Tercari-cari sekitar masjid, namun tidak juga ketemu. Lalu adik lelaki ana masuk ke ruangan solat muslimin untuk mencari nombor telefon tok imam, tidak ada juga dipaparkan. Maka ana katakan pada diri, “redhalah…ianya bukan lagi milikmu…”.

Ana dah mula pakai cermin mata seawal usia 11 tahun lagi hingga sekarang. Cermin mata tu baru sahaja ditukar satu tahun setengah yang lalu sebab cermin mata sebelum nie besinya sudah berkarat dan risau sekiranya karat tersebut memberi mudarat pada diri. Harga cermin mata tu sekitar RM299 dan ana pun tak tahu yang tu kali keberapa tukar…hehe..

Jadi, bila si rabun di tambah pula silau. Maka ibarat sang buta tercari-cari tongkatnya. Pada hari pertama tanpa cermin mata, terasa pening dan pedih yang amat mata nie. Kadang-kala terpaksa pejam mata untuk seketika bagi hilangkan rasa pedih dan mata pun berair sebab tak tahan silau.

Masa tu baru ana teringat yang ana pernah terdetik dihati untuk guna mata yang asli dan bukan “mata empat” lagi. Akhirnya, Allah s.w.t. makbulkan permintaan ana tu. Sebab tu ana tak kalut pergi buat cermin mata yang baru…(“,)

Ketika itu ana muhasabah sendiri. Kadang-kala, nikmat yang Dia berikan terus menerus membuatkan kita tidak sedar dan tidak reti untuk melafazkan rasa syukur atas segala pemberianNya. Bila sudah hilang barulah mula tercari-cari…


Buktinya berapa ramai yang baca doa lepas makan sebaik sahaja selesai makan? berapa ramai yang baca doa bangun tidur setelah bangun dari tidur yang panjang? dan berapa ramai yang sujud syukur takkala mendapat sesuatu nikmat? Tepuk dada dan tanya SIAPA aku…


“Maka, yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan?”
(Surah Ar-rahman, disebut 31 kali)

Pada mulanya ana rasa sukar untuk membuat kerja tanpa bantuan “dua mata” lagi. Tapi kini ana sudah mula membiasakan diri, mula untuk menghargai mata ana yang asli. InsyaAllah dalam minggu depan baru pergi buat cermin mata yang baru.

Pernah dengar ustaz ana bagitahu tika dalam kuliah, “nak mata tu sihat, pagi-pagi turun dari rumah dan tengok pokok dan tumbuhan hijau. Kalau ada embun, ambil dan sapu kat mata sambil baca selawat syifa’…”

Setakat mana keberkesanannya, boleh la cuba sendiri ye sebab ustaz yang kongsi ilmu tu pun sampai sekarang tak pakai cermin mata. Tips dari ana untuk bagi mata tu sentiasa bersih dan suci pula, tundukkan pandangan dan usah biarkan mata itu melihat benda yang haram untuk ia lihat…(^_^)

Dan ana dengar perkongsian dalam radio Ikim.fm. pagi-pagi oksigen teramat bersih sebab belum ada pencemaran udara disebabkan debu, asap kereta dan kilang. Itulah hikmah dan kelebihan solat subuh berjemaah di Masjid, badan bertambah sihat kerna menghirup udara bersih…wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus