“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga hamba ini menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk terus istiqomah menulis. InsyaAllah cuba sedayanya untuk terus istiqomah menulis walau sesibuk mana pun diri ini. Aktiviti seharian ana begitu padat dalam satu hari sejak kelahiran seorang ahli baru dalam keluarga ana.
Sudah bangun seawal 5 pagi untuk menyediakan sarapan untuk adik-adik yang mahu pergi ke sekolah. Sekiranya hari tersebut ada kelas untuk lesen memandu, pukul 7.30 sudah bersiap-siap ke sana. Jika tidak ada, pasti akan jaga “si comel” sementara menunggu umie siap mengurut dengan mak cik.
Setelah itu, sediakan makanan untuk tengahari dan malam. Jika punya kelapangan, akan cuba siapkan tudung labuh & niqob yang ditempah oleh pelanggan. Petangnya pula membuat roti dengan adik-adik untuk dihantar ke kedai dan koperasi sekolah. Malamnya sudah teramat kepenatan, kadang-kala tanpa sedar sudah terlena di katil.
Ia…begitulah rutin hidup ana sepanjang cuti ini. Berbakti untuk keluarga pula, cuti yang paling lama tanpa aktiviti atau program. Walaupun hati begitu rindu untuk turun ke lapangan da’wah bersama masyarakat, hati ini tetap bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t. takdirkan. Alhamdulillah…(^_^)
Ada yang berkata, “Bestnya dapat adik lagi, meriah sungguh keluarga ukhty…”. Alhamdulillah, anugerah dari Allah s.w.t….Ianya suatu amanah yang besar untuk sama-sama mendidik adik-adik dibawah ana. Penat? Itu sudah lumrah jika punya ahli keluarga yang besar.
Kelahiran yang cukup mendebarkan kami seisi keluarga setelah lima hari umie ditahan dalam wad kerna “jalan” untuk bayi keluar sudah terbuka luas, ditambah pula umie disahkan mengidap kencing manis ketika mengandung.
Kami adik beradik bergilir-gilir menemani umie dihospital sehinggalah kelahiran “si comel” dan dibenarkan pulang oleh doktor. Umie menceritakan detik-detik kelahirannya, katanya amat mudah sekali. Umie merasa sakit sekitar jam 2 pagi, dan menunggu dalam bilik bersalin selama beberapa jam sehingga bayi tersebut lahir. Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan kerna bimbang sekiranya bayi sukar untuk keluar.
Namun tidak sampai 30 minit, umie selamat bersalin dalam keadaan normal dan tidak mengalami apa-apa masalah sewaktu kelahirannya. Maka, pada hari Jumaat, 8 Rejab 1432H bersamaan 10 Jun 2011, lebih kurang jam 12 tengahari. Seorang bayi perempuan selamat dilahirkan secara normal di Hospital Kota Bharu, Kelantan dengan seberat 2.95kg.
Ahlan wasahlan adikku...(",) |
Setelah lima hari menunggu dihospital, akhirnya dia berada di alam dunia. Umie sempat bercanda dengan kami, “nak lahirkan dia mudah je, cuma nak tunggu dia keluar tu lama. Dia bersolek dan pakai bedak dulu kot sebelum keluar…hehe…”.
Abah juga ada cerita kat ana, “dia nangis kejap je masa lahir, lepas abah iqomah, terus dia diam. Duk tengok je kat umie…”
Ada juga sahabat ana bagitahu, “lahir pada hari yang penuh barakah…Allahuakbar…patut la dilambatkan..nak tunggu hari Jumaat rupanya…alhamdulillah…”
Alhamdulillah adik tiada apa-apa masalah dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya. Hero dan heroin kat rumah bukan main gembira lagi bila adik diaorang sampai kat rumah terutama Ahmad Tajudeen sebab dia dah jadi abang...huhu..
Ramai yang bertanya tentang nama adik ana yang ke-10 nie. Kami sekeluarga juga masing-masing menghulurkan pendapat dan pandangan untuk memberi nama kepadanya kerna nama menggambarkan akhlak seseorang. Dan wajib keatas kami untuk memberi nama yang baik-baik.
Ana setuju dengan pendapat mak sedara ana sewaktu beliau datang ke rumah untuk melawat umie dan adik, katanya “mungkin boleh fikirkan apa yang kalian mahu dia jadi bila besar nanti, cita-cita dan matlamat apa yang kita mahukan. Jadi, daripada itulah kita boleh bagi nama kepadanya…”
umie bagitahu, “erm…nak dia jadi macam ustazah yang boleh bagi ceramah dan motivasi. Fasih berkata-kata ketika menyampaikan sesuatu…”
Maka, terhasillah nama Fasihah yang memberi maksud fasih dalam berkata-kata. Cuma dihadapan nama tersebut sahaja masih berlaku perselisihan pendapat antara kami. Dan ana berjaya pujuk umie untuk letak nama Amirah dihadapan yang memberi maksud pemimpin untuk perempuan.
Maka, bila dicantum dua nama tersebut. Jadilah Amirah Fasihah yang memberi makna, harapan dan doa yang begitu tinggi iaitu Pemimpin (perempuan) yang fasih berkata-kata.
Amirah Fasihah |
Beza ana dengannya begitu jauh sekali. Ana berdoa dan berharap moga-moga Amirah Fasihah bakal menyambung perjuangan kakaknya ini. Menjadi srikandi yang berguna untuk ummah suatu hari nanti, moga Allah s.w.t. izinkan…ameen ya robb.
Ku tanam azam dan nekad untuk memberi segala ilmu dan pengalaman yang telah Allah s.w.t. anugerahkan untukku kepadanya. Ku berdoa dan terus berdoa moga dikau menjadi anak yang solehah dan hamba terbaik buatNya.
Mungkin suatu hari nanti dikau bakal membaca coretan kakakmu ini adikku, ku titipkan pesanan buatmu…
“Ummah kini sudah berpecah belah dan seringkali berselisih pendapat sesama mereka. Maksiat pula semakin berleluasa dan melakukan dosa setiap hari sudah menjadi darah daging mereka sehingga akhirat mereka lupa. Roh Islam yang sebenar perlu dikembalikan adikku, pimpin dan bawalah saudara seIslam kita untuk kembali kepada fitrah Islam, kembali sujud kepada Allah s.w.t…
ikhlaskan hatimu takkala berkata-kata agar dapat melunakkan hati mereka yang keras seperti batu. Hikmahlah dalam berkata-kata agar hati mereka hidup dan sentiasa mengingati Allah s.w.t…Ummah memerlukan kita adikku, moga menjadi da’ie dan pejuang Allah s.w.t. sehebat namamu adikku…Amirah Fasihah…”
Dari kakakmu,
Bidadari_besi |
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)