Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Kareem


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau anugerahkan ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah kerna masih diberi keizinan untuk menulis. Ramadhan tiba lagi, hari ini mungkin merupakan hari terakhir bulan sya’ban. Sahabat-sahabat blogger dan facebook kebanyakannya sudah update status tentang kehadiran bulan mulia ini.

Masing-masing sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa, tidak kurang juga ada yang mendoakan untuk sampai pada bulan yang penuh dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Tiba-tiba hati ini disapa rindu….rindu yang teramat sangat, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata…………….

Minda mengimbau kembali takkala ramadhan di kampus, dan barulah ana sedar bahawa Ramadhan tahun lepas adalah yang terakhir buat ana bergelar pelajar…(T_T)

Tiada lagi agenda berbuka puasa beramai-ramai di masjid tanpa mengira status warganegara, tiada lagi tadarus al-Quran bersama, tiada lagi solat terawih bersama, tiada lagi sahur bersama…rindu kalian semua…rindu memori itu…

Sahabat…hati ini benar-benar rindu sekali untuk bertemu kalian semua. kangen bangat!

Namun, pasti semua itu mengubat hati yang rindu ini takkala dapat berpuasa sepenuhnya di rumah bersama keluarga tersayang. Melayan kerenah adik-adik yang masih belajar untuk berpuasa, menyiapkan juadah untuk bersahur dan berbuka, dapat solat terawih berjemaah.

Moga-moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik berbanding sebelumnya. Moga-moga juga hati kita lebih terpaut pada tawaran 10 ramadhan terakhir berbanding tawaran murah sempena Aidilfitri. Moga-moga kita dipilih oleh Allah s.w.t. untuk mendapat Malam Lailatul Qadar.

Ayuh….! tetapkan matlamat, atur strategi, raih keberkatan yang sudah ada di depan mata sebanyak-banyaknya. Gambar ini ana ambil dari seorang sahabat, mungkin berguna untuk kita nilai setakat mana tahap ibadah kita. Ambillah jika ianya terasa berguna buat kalian.


Disini, ana mahu mohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap bicara dalam menulis di mana-mana artikel, juga tidak terlayan komen mahupun pesanan. Semoga hati kita saling maaf memaafkan orang lain.

Dan juga buat sahabat seperjuangan ana, halalkan makan minum ana dan jika ada terhutang apa-apa, maafkan ana sekiranya ada tercalit di hati rasa tidak puas hati dengan sikap dan perwatakan ana. Jika Dia izin, kita puasa sunat 6 syawal ramai-ramai ye…[^_^]… wallahua’lam…

Karnival Ibadah sudah bermula!
.::SaLaM RaMaDHaN KaReeM::.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus