Rabu, 3 Ogos 2011

Pertemuan pertama…♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala pemberian yang telah Engkau anugerahkan, moga hamba ini menjadi hamba yang benar-benar bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia & akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih diizinkan untuk terus menulis. Hanya perkongsian santai dalam artikel kali ini. Ingin menulis tentang seseorang, seseorang yang buat pertama kali bertemu di alam reality dan bukan lagi setakat di alam maya…[^_^]

Masih ingat tentang artikel-artikel yang mungkin terselit tentang seseorang yang sudah pun mengkhatamkan segala artikel yang termuat dalam arkib diari “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan”? Seseorang yang hanya mengenali ana melalui penulisan dalam diari ini.

Dengan izin yang Maha Kuasa, setelah mengatur pelbagai perancangan, akhirnya buat pertama kali, kami berjumpa pada 21 Julai 2011. Dia datang bermalam di rumah ana beberapa hari. 

Kami berkenalan di facebook bilamana dia mengajak ana untuk ta’ruf. Masih ana ingat, “kak…kalau akak nak tahu perihal diri saya, akak boleh baca artikel-artikel yang termuat dalam blog saya…”.

Dan langsung tidak menjangka, dia berjaya mengkhatamkan segala artikel yang ada dalam blog nie. Sedikit pun ana tidak ceritakan perihal perjalanan hidup melainkan latar belakang diri dan keluarga. Selebihnya dia yang mengetahui sendiri melalui tafsiran penulisan yang dia baca.

Apa yang ana dapat rasakan, dia benar-benar dapat memahami dan mengenali ana dengan lebih dekat. Sekiranya kami tidak berhubung beberapa hari, dia akan menziarahi blog ini untuk mengetahui apa yang sedang ana lakukan kerna blog ini menceritakan pengembaraan ana di bumiNya.

Dia yang banyak mesej, telefon, tinggalkan komen di facebook, dan sebagainya sebab ana sudah bagitahu, hidup ana tidak seperti orang lain yang kebanyakan masa dihabiskan untuk urusan da’wah. Alhamdulillah dia mengerti, bersyukur dikurniakan sahabat sepertinya. Thanks kak…[^_^]

Sebaik sahaja dia tiba di stesen bas, ana dan abah pergi menjemputnya. Saat bertentang mata, rasa segan pun ada. Tak banyak bicara semasa dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah…hee~

Begitu juga bila dah sampai di rumah, rasa segan tu masih ada walaupun di alam maya kami memang rapat. Tapi bila dah jumpa face to face, masing-masing malu-malu kucing…hee~

Ini hadiah pertama ana dapat. “Dik…nah…”kata kak Wan.

“wah…akak…suka-suka…hee~”

Coklat! nyum3...[^_^]

Coklat yang Kak Wan buat nie memang sedap, lagipun dia tahu yang ana nie “hantu” coklat…hee~ Masa ana tunjuk kat umie dan adik, masing-masing cakap,

“wow…..nak-nak…”. lebar je masing-masing senyum sebab keluarga ana pun “hantu” coklat, hee~

Nak dijadikan cerita, semasa hari merisik kakak ana, kami minta tolong Kak Wan untuk buatkan coklat sebagai balasan kepada pihak lelaki. Kata umie, “chef yang dijemput khas dari Terengganu…hehe…”. Nenek ana pun tertarik bila tengok hasilnya, sempat juga menuntut ilmu dengan Kak Wan…(“,)

Ana rancang macam-macam sebelum Kak Wan datang bermalam di rumah, tapi tak semua rancangan tu ditunaikan sebab ana sedikit kekangan masa kerna perlu menyiapkan tempahan tudung labuh & niqob.

Kesian Kak Wan sebab duduk rumah je…huu~ tapi alhamdulillah sehari sebelum Kak Wan balik, kami “balas dendam”. Hampir seharian kami keluar dating berdua dan merempit ke Kota Bharu, jalan-jalan sekitarnya. Ana tunjuk tempat-tempat yang selalu ana pergi.

Setiap kali sampai ke tempat yang ana selalu pergi, “kak…nie la tempat yang saya tulis dalam blog tu…”. Kak Wan hanya mengangguk tanda mengiayakan kata-kata ana.

Ku bingkaikan memori itu....
Ini pula sedikit gambar yang dapat ana kongsi sebagai kenangan semasa bersama dengan Kak Wan. Kami ke kedai kain, kedai buku, KB Mall dan rumah kak Jie. Masa di kedai buku, Kak Wan terjumpa buku yang dia cari.

“Haa…jumpa juga buku nie, dah lama akak cari…”

“Eh…mana akak tau pasal buku nie…?”

“Baca kat blog orang tu la…hehe…”

Ana senyum je, tak kata apa-apa dah lepas tu sebab diari nie sudah menceritakan sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup ana. Ana langsung tidak menjangka yang kami akan berjumpa juga akhirnya.

Kata Kak Wan, sudah hampir 9 bulan kami kenal di alam maya. Dan baru kini dapat berjumpa face to face. Terasa indah sekali ukhuwah ini, anugerah yang amat-amat bernilai dalam hidup ana.

Sempat juga ana perturunkan ilmu untuk menjahit tudung labuh dan niqob kat Kak Wan, moga-moga dia terus istiqomah dengan jalan yang sudah dia pilih…amen ya robb.

Semasa menunggu bas, Kak Wan meluahkan apa yang dia pendam. Berkongsi rasa dan cerita. Dia juga punya kenangan pahit dan manis dalam setiap perjalanan hidupnya dan yang pastinya, ana tetap kagum dengannya.

Entah bila pula ana dapat bersua kembali dengannya. Jika kali ini, dia yang mencari ana. Mungkin untuk kali kedua, ana pula yang mencarinya, siapa tahu kan…

“Kak…teruskanlah dengan apa yang akak ingin lakukan. Saya yakin akak dapat lakukan perubahan itu. Saya ada sekiranya akak mahukan tempat untuk sama-sama berkongsi rasa di hati. Saya doakan yang terbaik untuk akak dan semoga setiap langkah diiringi redha dan rahmat dari Allah s.w.t…ameen”. 

Sebelum Kak Wan balik, dia sempat berikan ana sapu tangan. Masih ana simpan tapi sayang tak boleh letak kat dalam blog sebab tak jumpa kad reader untuk masukkan gambar dalam laptop..huu~

Raudhatul Sakinah a.k.a Kak Wan, thanks untuk ukhuwah ini. Moga jalinan ukhuwah yang telah terbina ini akan kekal hingga ke sana. Thanks juga kerna menerima diri yang serba kekurangan ini dengan seadanya. sayang akak…

Pertemuan pertama…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)

p/s: Lepas nie siapa pula ye sahabat alam maya yang bakal ana temui? [^_^]
blog comments powered by Disqus