“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang telah Engkau anugerahkan ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah..akhirnya ana punya kesempatan untuk mencoret sesuatu buat pembaca sekalian. Diizinkan jua untuk menulis olehNya walaupun terasa begitu sibuk sekali dengan tempahan di Bidadari Collection…[^_^]
Disebabkan pada bulan lepas ana tidak berjaya habiskan sebuah buku dan membuat ulasan dalam diari kesayangan ana nie. Dan alhamdulillah artikel kali nie ada sedikit ulasan tentang buku yang ana sudah khatam minggu lepas.
Penulis buku ini adalah isteri kepada penulis buku Travelog Haji dan Travelog da’wah yang ana pernah tulis dalam artikel sebelum nie. Nama penuh pemilik buku nie adalah Raudzah Roslan yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA.
Cover depan buku..(",) |
Ana begitu meminati penulisan suaminya dan tidak menyangka isterinya juga punya bakat dalam menulis. Alhamdulillah…kedua-duanya sudah mengeluarkan buku dengan cara penulisan yang tersendiri.
Buku ini mengisahkan perjalanan hidup penulis dari zaman awal kanak-kanak sehingga ke alam sekolah menengah. Liku-liku kehidupan yang beliau lalui tercatat dan buku ini. Jadi, ana anggap buku ini sebagai merakam semula memori kehidupan yang pernah beliau lalui untuk menjadi pedoman dan teladan buat para pembaca.
Kisah-kisah yang dicoretkan dalam setiap bab dan helaian kertas membuatkan ana tersenyum sendiri takkala membaca bait-bait ayat yang tertulis…(^_^)
Ianya sebuah perjalanan yang penuh dengan pelbagai rasa, masalah, konflik, keputusan hati, dan bermacam lagi yang dihadam menjadi sebuah kehidupan yang unik. Takkala merenungnya kembali, pasti setiap insan akan tersenyum sendiri takkala mengenangnya.
“Punya cerita duka, punya cerita luka…itulah namanya manusia. Punya hati suka, namun sakit saat terluka, itulah namanya jiwa manusia. Mengukir saat bahagia, meratap waktu sengsara, itulah takdir cinta Yang Esa….Takdir itu mana mungkin menzalimi, tetapi itulah tarbiyah ilahi… Suka duka, sengsara bahagia, nikmat Tuhan buat sang hamba, cuma manusia harus cerdik menilainya…”
Ini pula komen dari beberapa orang penulis yang tercatat pada kulit belakang buku nie yang dapat ana berikan.
“Keistimewaan Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang disisinya…”
(Nisah haron- Novelis Terkenal, Lentera Mustika)
“Penulis berjaya menyelitkan unsure pengajaran secara ‘hidup’ disebalik kisah-kisah yang dipaparkan.”
(Ain Maisarah-Penulis Best-seller Novel Remaja)
“Travelog Cinta Abadi-Masa yang berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya”
(Zaid Akhtar-Pengarang sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Salju Sakinah)