“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia dan akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis olehNya. Takkala menulis artikel ini, dendangan lagu kedengaran ditelinga ana. “Standing In The Eyes Of The Word” yang dinyanyikan oleh Ella.
Sengaja buka lagu nie masa tengah jahit kain tadi dan memori semasa mengikuti kursus motivasi menerpa di minda. Kebanyakan program atau slot motivasi yang dianjurkan menggunakan lirik dan lagu nie sebagai lagu tema untuk menaikkan motivasi peserta.
Elle: Standing In The Eyes Of The World
Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
Pabila dihitung dan direnung kembali, entah berapa kali air mata ini gugur menangisi kegagalan yang tidak pernah jemu menghiasi perjalanan hidup ana hingga suatu saat ana terasa malangnya hidup ini.
Namun takkala melihat ada orang lebih teruk dan menderita dari ana tetapi dia mampu untuk bangun semula membuatkan ana terfikir sejenak. “she can do it, why not me…?”. Lalu ana lap air mata dan tanamkan azam dan nekad yang ana juga mampu untuk berjaya dan menghiasi hidup ana dengan kejayaan yang penuh kegemilangan.
Ana teringat sewaktu masih di awal pengajian univerisiti. Ketika itu ana sedang menguruskan satu projek besar dan ianya menemui jalan buntu dengan pelbagai masalah yang merumitkan.
Minda yang ketika itu terasa begitu serabut dan kosong tanpa apa-apa solusi tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan deringan mesej telefon bimbit. Satu mesej yang dihantar entah dari siapa kerna tidak tertera namanya di skrin. Ana buka inbox dan baca mesej tersebut.
“Sedih bilamana tidak dapat capai apa yang kita lakukan tetapi lebih menyedihkan sekiranya kita lebih mempercayai kata-kata orang lain berbanding diri sendiri”
Ana tersentak setelah membaca mesej tersebut. Benar apa yang dikatakannya, ana lebih yakin dengan kata-kata orang lain berbanding kata hati. Lebih yakin dengan keupayaan orang lain berbanding diri sendiri. Lebih percaya potensi dan bakat orang lain berbanding diri sendiri.
Sungguh dan teramat-amat menyedihkan bilamana lebih yakin dengan orang lain berbanding diri sendiri. Untuk menjadi seorang pemimpin mestilah punya berjuta dan berbilion semangat dan motivasi diri yang 10 kali ganda dari orang lain. Kerna saat diterpa dengan pelbagai masalah, kita masih mampu untuk tersenyum takkala orang bawahan sudah berkerut dahi.
Lalu, ana katakan pada diri sendiri. “Bidadari_besi, trust your self…”. Ana mula mencari punca segala masalah dan membuat kajian serta penilain dan akhirnya tercipta satu solusi. Dan alhamdulillah…program itu berjaya dilaksanakan dan sebaik sahaja program itu melabuhkn tirainya, ana tersenyum puas.
Jika tidak ada seorang pun yang yakin atau percayakan kalian, usah khuatir kerna kalian masih punya diri sendiri. Sekiranya kalian yakin akan kemampuan dan potensi diri, tiada apa yang mampu menjatuhkan kalian melainkan diri sendiri. Itulah kekuatan sebenar “yakin pada diri sendiri”.
Ia…benar. Pasti hati kita akan terluka dan kecewa sekiranya kita tidak mendapat apa yang kita impikan. Namun yakinlah bahawa masih ada sinar dan cahaya di hadapan, kerna hidup kita sudah diaturkan oleh Allah s.w.t…
Sekiranya air mata itu mampu mengubat kedukaan kalian, usah ditahan…biarkan ia mengalir. Tetapi, tanamkan azam bahawa itu adalah air mata yang terakhir dan berjanjilah pada diri sendiri yang kalian tidak akan sesekali berundur dan mengalah sebelum berjaya.
“Yakinlah pada diri bahawa tiada apa yang mampu mengalahkan kamu melainkan diri sendiri dan tanpa izin dari Allah s.w.t…..”
Kalimah putus asa tiada dalam hidup orang Islam, kerna itu kita sering kali mendengar kata-kata azimat ini “samaada menang atau syahid”. Makanya, yakinlah pada diri sendiri, berusaha dan lakukan sebaik mungkin…setelah itu berserah diri dan tawakal kepada Allah s.w.t. untuk tentukannya.
“Trust Your Self…
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)