“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan rabi’in sekalian.
Alhamdulillah, hajat untuk menulis tertunai juga. Hari ini merupakan tarikh keramat bagi diari kesayangan ana nie. Pada 27.07.2009 iaitu dua tahun lalu, blog ini mula “hidup” dan “bernafas” buat kali pertama.
Dan hari ini iaitu 27.07.2011, genaplah 2 tahun diari ini menyimpan segala memori tentang pengembaraan dan perjalanan hidup ana sebagai hamba Allah s.w.t….(^_^)
Saat membaca semula artikel yang ana tulis di Ulang tahun pertama “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan”, terasa seperti seolah-olah tidak percaya bahawa sudah bertambah satu tahun lagi usia diari ini. Alhamdulillah, syukurku pada Mu ya Allah.
Persoalan tentang bagaimana ana memperoleh nama “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan” telah ana rungkaikan dalam artikel sempena ulang tahun pertama diari ini satu tahun lepas.
Cuma bagaimana gelaran “bidadari_besi” yang ana gunakan sebagai nama pena masih belum terjawab. Dan mungkin ana tidak akan menjawabnya, biarlah ana dan beberapa orang sahaja sahabat yang tahu kenapa. Dan mungkin juga suatu hari nanti ada sahabat yang akan jelaskan semua itu.
Ada juga dalam kalangan sahabat ana yang tidak putus-putus menyarankan supaya ana menerbitkan sebuah buku. Tetapi ana katakan padanya bahawa ana belum bersedia untuk menulis dan ana jadikan diari ini sebagai satu tempat untuk ana mengasah lagi bakat untuk menulis.
Dan hari ini, keinginan untuk menerbitkan buku hasil tulisan tangan ana sendiri semakin membara. Selama dua tahun menulis, ana sudah dapat mengenal pasti di mana “tajuk” dan kelebihan takkala menulis.
Cuma, ana ingin bertanya pendapat kepada sahabat pembaca yang setia membuka laman diari ini dan membaca artikel yang ana tulis. Bahagian mana yang kalian suka dan paling minat untuk baca? Harap-harap ianya dapat membantu ana…(^_^)
Kerna itu, ana mahu tunaikan janji kepada sahabat pembaca sekalian iaitu dengan mengadakan pertandingan atau contest sempena Ulang Tahun Kedua “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan”.
Syarat pertandingan adalah terbuka kepada semua tidak kira samaada kalian punya blog atau tidak, menjadi follower atau tidak, tinggal dalam Malaysia ataupun di luar negara, dan tidak kira berapa usia kalian atau agama apa yang kalian anuti. Setiap orang dapat sertainya…(^_^)
Apa yang perlu kalian lakukan adalah:-
1) Sila nyatakan bahagian atau artikel yang berbentuk apa dan macam mana yang kalian paling suka baca dan memberi inspirasi serta nyatakan sekali ulasan kenapa.
2) Sila nyatakan komen, cadangan, penambahbaikan atau apa-apa sahaja untuk meningkatkan lagi mutu penulisan ana dan cara ana menulis.
3) Sekiranya ada kata-kata semangat, dorongan atau sokongan, kalian juga boleh nyatakan sekali.
Semua itu perlu dilakukan dalam satu artikel dan dihantar ke email ana bidadaribesi09@yahoo.com. Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 14 Ogos 2011. Dan pemenangnya akan diumumkan pada 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Al-Quran.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh la hantar ke email tersebut ye. Artikel yang terbaik dan berjaya memenuhi segala syarat dan permintaan pertandingan akan dipilih sebagai pemenang. Setiap penyertaan akan diberikan hadiah saguhati dan pemenang pula akan diberikan hadiah misteri.
Walaupun ini adalah satu pertandingan tetapi anggaplah ianya sebagai sumbangan kalian untuk membantu ana dalam menghasilkan sebuah buku nanti jika Allah s.w.t. izinkan…insyaAllah…(^_^)
Melihat buku-buku yang begitu banyak sekali di depan mata,
tersusun rapi di rak-rak meja untuk tatapan umum,
tercari-cari buku pilihan di hati,
moga suatu hari nanti...ada buku dari hasil tanganku sendiri...
Menjadi bukti di depanNya bahawa ku juga pernah melakukan sesuatu untuk ummah…
tersusun rapi di rak-rak meja untuk tatapan umum,
tercari-cari buku pilihan di hati,
moga suatu hari nanti...ada buku dari hasil tanganku sendiri...
Menjadi bukti di depanNya bahawa ku juga pernah melakukan sesuatu untuk ummah…
Ana berdoa moga diri ini terus istiqomah dalam menulis dan ana juga perlukan doa dari kalian semua untuk terus menulis. Moga-moga diari ini terus hidup dan “bernafas” walaupun ana sudah pergi mengadap ilahi suatu hari nanti..ameen ya robb…wallahua’lam…
.::SeLaMaT ULaNG TaHuN KeDua ::.
~KeMBaRa SuFi Di BuMi TuHaN~