“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah kerna akhirnya mengizinkan hamba ini untuk menulis. Ana baru perasan yang artikel untuk bulan ini baru mencecah angka lima. Internet yang selalu buat hal benar-benar membuatkan mood ana untuk menulis jatuh.
Tiga hari yang lalu, sesuatu telah berlaku buat kali pertama dalam hidup ana. Ada “kejutan” istimewa dari Yang Maha Kuasa, benar-benar menguji hati ini samaada redha atau mengeluh. Dan alhamdulillah, diri ini masih mampu untuk tersenyum…(^_^)
Ana, kakak sulung, adik perempuan yang ke-4 dan sahabat facebook ana (kak jie) mengalami accident di Dataran Masjid Maahad Muhammadi. Betul-betul di tengah jalan yang sibuk dengan kenderaan lain dan kami “berjaya” membuatkan jalan sesak..hehe
Kak jie ada cerita macam mana accident tu boleh berlaku dari mula, jadi untuk menjimatkan masa, sahabat pembaca boleh baca kat blog kak jie sebab ana lebih suka untuk cerita tentang hikmah di sebalik kejadian tersebut. Boleh kan kak jie? hehe.. (Tekan nie)
Kalau sahabat pembaca nak tahu, pak cik yang kami langgar tu adalah anggota polis dan orang yang tolong bawa pak cik tu ke hospital adalah penagih dadah. Macam cerita dalam movie plak kan? hehe..
Yang membuatkan ana terkejut, sebaik sahaja kereta terlanggar pak cik tu, dia terus bangun dan sepak pintu depan tempat adik ana duduk sampai pintu tu tak boleh nak buka. Dalam hati masing-masing berdoa dan ana dah fikir macam-macam, mesti pak cik nie garang..hehe
Dan sememangnya Allah s.w.t. itu Maha Penyayang kerna sebaik sahaja kami semua turun dari kereta dan berhadapan dengan pak cik tu, dia terus senyum dan ketawa lagi. Berlainan benar dari yang awal tadi.
Itu yang kak jie cakap, “agaknya pak cik tu bengang masa mula-mula kena langgar je kot. Bila kita keluar dan tengok semua bertudung labuh, terus dia sejuk hati kan?” ana senyum bila kak jie cakap macam tu, ada benarnya juga..hehe
Dan alhamdulillah ana bersyukur kerna kami mampu hadapi semua tu walaupun pada mulanya masing-masing terkejut dan mengigil. Dah la semuanya perempuan dan yang datang tolong semuanya lelaki.
Dan terima kasih sangat-sangat kat sahabat ana yang sudi datang bantu walaupun nampak kecil, tapi ana hargai sangat-sangat sebab ana tak tau kat siapa nak minta tolong. Lagipun kat situ takde sorang pun yang ana kenal. Dah la ana dengan kak jie berdua je kat situ.
Ana tak sempat nak tangkap gambar motor tu, just dapat tangkap gambar kereta je. Itu pun time nie kereta nie dah nak bawa pergi ke balai polis untuk buat laporan dan seterusnya di hantar ke “klinik kereta” untuk di servis.
Sebaik sahaja abah turunkan kami berlima termasuk anis syakirin sebab waktu tu Anis baru balik sekolah. Maka bermulalah sesi “dating” kami berlima yang masing-masing masih terasa diawangan sebab jantung still berdegup kencang..hehe..
Kami singgah di Parkson yang berhampiran dengan stesen bas untuk tunaikan solat zohor dan makan tengahari. Sedang menunggu kakak dan adik (Farhah) solat, ana dan kak jie bawa Anis jalan-jalan sekitar Parkson.
Hampir kesemua mata memandang ke arah kami. Yelah, Anis kan peramah orangnya walaupun tak boleh bercakap..hehe.. Sebaik sahaja sampai di satu lorong yang penuh dengan coklat dan gula-gula, keadaan jadi kecoh. Tangan Anis sempat tangkap satu permainan! dan ana tak sempat nak halang…adeh~~
|
Coklat...banyaknya~~ |
Erm…layan jelah dik Anis oii..huhu.. Anis nampak happy sangat time nie. Yelah..dapat bermanja dan bermaharajalela tanpa kawalan dari abah seperti selalu..hehe… Lepas dah dapat permainan tu, habis orang di “tembaknya”…(^_^)
Selepas dapat call dari adik yang bagitahu dorang dah siap solat, kami semua singgah di medan selera tingkat atas untuk isi perut sebab ana dah rasa nak kena gasrik.
Anis masih dengan permainannya, dan kami yang lain masing-masing memesan makanan. Kami makan seolah-olah tiada apa yang berlaku, nampak sangat masing-masing kelaparan kan? hehe…
|
Tembak! Tembak! ngee~~ |
Dan yang paling menyeronokkan, ana dapat dating lama-lama dengan kak jie. Macam-macam benda kami borak, maklumlah ini baru kali kedua kami jumpa. Sehari sebelum kami jumpa, kak jie ada bagitahu nak dating lama-lama dengan ana…dan Allah s.w.t. izinkan dengan perancangan yang tidak disangka-sangka..alhamdulillah~~
|
Ana dengan Kak Jie...(^_^) |
Setelah semuanya selesai, kami semua berjalan menuju ke stesen bas. Disebabkan kereta kena hantar servis dan abah kena uruskan pelbagai perkara termasuk claim takaful untuk kereta. Kami semua kena balik dengan bas. Itulah kali pertama ana naik bas untuk balik rumah..hehe..
Yang paling excited adalah Anis Syakirin kerna itu juga pengalaman pertamanya. Sebelum nie dia pernah naik bas untuk pergi rombongan sekolah dan penumpangnya sahabatnya sendiri.
Hampir satu jam lebih menunggu, kami terpaksa tukar bas sebab pemandu bagitahu yang ada bas lain akan bawa kami ke tempat yang dituju. Anis plak tak nak turun, satu bas pandang gelagat kami.
Kakak cuba pujuk tapi tak berhasil pada mulanya. Lepas kakak bagitahu, “jom kak anis, nak gi tempat abah…” barulah dia bangun dan turun…Maklum la, anak manja abah..hehe
Selepas tukar bas, sekitar dalam 15 minit barulah bas tersebut bergerak. Sedang dalam perjalanan, ada penumpang yang turun, Anis pun bangun. Naseb baik Anis duduk kat tempat tepi tingkap, mahunya tak perasan, satgi dia turun sekali..huhu..
|
Bestnya naik bas..hehe |
Ana yang duduk kat belakang dia terkekeh gelak tengok gelagatnya. Itulah dia penghuni syurga, sentiasa dengan senyumannya. Sebaik sahaja sampai ke tempat yang kami nak turun, anis tak mahu turun juga. Ana plak yang pujuk, kalau dia tak “termakan” pujukan, terpaksa la kena angkat budak tu..huhu
Sebut je nama abah, “kak anis, jom…abah datang dah tu…”. Alhamdulillah dia bangun dan turun, sempat lagi tu senyum-senyum kat penumpang lain. Ana dengar mak cik-mak cik bercakap, “dia suka la tu naik bas, tu yang tak nak turun. Alhamdulillah dapat kakak yang macam nie…” Ana lafazkan kesyukuran, moga-moga kami terus tabah dan sabar dengan kerenah kanak-kanak istimewa sepertinya…(“,)
Jauh kami berjalan, dalam 15 minit juga nak sampai rumah. Sempat juga ana mengusik Anis, “kak Anis…jom cepat, lumba dengan kak ngah…hehe”. Dia pun berlari dengan beg yang tersandang kat belakang. Langkahnya nampak tak teratur tapi cuba juga kejar ana, sure la tak dapat..hehe.
Gambar yang sempat ana rakam sebaik sahaja turun dari bas. Itulah hari yang amat berharga dalam hidup ana. Ana tidak tahu apa yang orang lain buat sekiranya mereka duduk di tempat ana. Tapi, kami sekeluarga cuba hadapinya dengan penuh senyuman dan rasional disamping redha dengan apa yang berlaku.
Macam yang kak jie cerita dalam blognya, kami bertiga nampak cool tapi dalam hati hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Kak jie, sikit pun tak tercalit dalam hati saya menyalahkan akak. Ini semua takdir dan bersyukur kerna kisah ini mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita.
Jadi, tak perlulah rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Peristiwa itu membuatkan saya makin redha dan ikhlas, lagipun abah cerita yang segala urusan berkaitan accident tersebut semuanya dapat diuruskan dengan mudah sekali…alhamdulillah~~
kakak sulung ana pula dapat praktikkan ilmu perubatannya sewaktu menghantar pak cik tu ke hospital. Dan sekiranya terjadi accident buat kali kedua (nauzubillah), sekurang-kurangnya kami semua tahu apa yang perlu di lakukan dan tidak lagi mengharapkan bantuan abah..insyaAllah…(^_^)
Buat kakak sulung ana, “Angah percaya kakak boleh lalui nie dan mampu bawa kereta lagi lepas nie. Pengalaman ini mengajar kakak untuk lebih yakin dan percaya pada diri sendiri serta tidak lagi bergantung pada orang lain dan “cik GPRS”…hehe..”. Kakak, nanti kita pergi Kota Bharu lagi ye? hehe..
Kata sahabat ana, “pengalaman hari ini untuk lebih mematangkan hari besok, jangan pernah bersangka buruk pada Allah…(^_^)”
Erm..agak-agak, lepas baca coretan ana nie sampai habis..pembaca percaya tak yang ana baru lepas accident? hehe… Itulah ana, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah warna warni dalam kehidupan, warna yang penuh dengan pelbagai makna…Wallahua’lam…