“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam, hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menukilkan sesuatu buat Ummah. Maaf ana pinta buat para pembaca sekalian kerna tidak berkesempatan untuk menupdate “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie. Maaf juga ana pohon kepada pembaca yang tertunggu-tunggu catatan terbaru dari ana.
Agak kesempitan waktu untuk menulis kerna masih dan sedang berjuang dengan peperiksaan akhir. Kadang-kadang hadir juga perasaan untuk menulis setelah melihat sudah beberapa hari tidak diupdate, namun terpaksa diabaikan. Moga sahabat pembaca mengerti ye…(^__^)
Ermm…soalan bocor? Mungkin ada sahabat-sahabat yang “sedang” menduduki peperiksaan di kala ini tertanya-tanya. Ana nak bagi tips atau klue untuk soalan-soalan exam ke? Hehe..
Paper pertama ana tiga hari yang lalu. Sebaik melangkah ke dewan peperiksaan, tercari-cari tempat duduk yang disediakan. Dewan yang memuatkan hampir 600 orang calon yang bakal mengambil peperiksaan akhir mengikut subjek masing-masing.
Sementara menunggu sahabat yang lain melangkah masuk ke dewan. Ana menulis segala maklumat yang diperlukan oleh pegawai dan pembantu peperiksaan. Mulut tidak henti-henti membaca selawat, moga hati itu setenang air untuk menjawab peperiksaan setelah bermula beberapa minit sahaja lagi.
Adakah begini keadaan ku tika di alam kubur nanti? Menunggu kedatangan Mungkar dan Nakir datang menyoal ku? Dapatkah aku menjawab segala soalan-soalan yang bakal ditanyanya nanti?
Bertubi-tubi persoalan menerjah fikiran. Ana menyandarkan badan ke kerusi. Memandang sekeliling, muhasabah diri.
Takkala melihat pegawai dan pembantu peperiksaan, akal bertanya…adakah itu Mungkar dan Nakir nanti? Takkala melihat segala bekalan peralatan menulis, akal bertanya…adakah itu bekalan amalan ku nanti? Takkala melihat kertas diatas meja, akal ditanya…adakah itu soalan “bocor” yang akan ditanya kepada ku nanti?
Sebaik sahaja pegawai peperiksaan memberikan keizinan untuk menjawab. Dengan lafaz basmallah, ana memulakannya. Menjawab dengan sebaik-baiknya, mana yang penting ana gariskan supaya nampak jelas dan terang. Helaian demi helaian diselak sebelum menjawab. Meninggalkan note di tepi supaya pabila mahu menjawab soalan tersebut, ingatan masih kuat.
Alhamdulillah, ada soalan yang dapat dijawab dengan yakin dan ada pula sebaliknya. Selebihnya, terpulang kepada pemeriksa untuk menilainya segala jawapan yang telah ana berikan. Tertanya-tanya juga, bagaimana agaknya result ku nanti. Lulus atau tidak.
Namun, yang lebih merisaukan hati ini. Bagaimanakan penilaian diri hamba ini buat Tuan ku di “mataNYA”… adakah aku lulus dengan segala pertanyaan yang bakal ditanya oleh Mungkar dan Nakir nanti?
Soalan bocor yang sudah diketahui ramai, malah dengan senang hati dapat menjawabnya di dunia. Bagaimanakah tika di sana nanti? Kehidupan di dunia yang menentukannya nanti. Bersedialah!
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Beberapa hari yang lalu, setelah ana sampai ke kampus. Sahabat ana mengkhabarkan, ayah salah seorang sahabat ana telah kembali ke Rahmatullah pada hari raya Aidiladha baru-baru nie. Ana terkejut malah turut terkesan, apatah lagi peperiksaan akhir bakal berlangsung. Bagaimana agaknya dengan sahabat ana tu? Berbagai-bagai persoalan bermain di minda.
Alhamdulillah…dia tetap teruskan perjuangan walaupun terpaksa meninggalkan keluarga yang baru sahaja kehilangan ketua keluarga buat selama-lamanya. Berat sungguh ujian yang DIA berikan. Namun, dia tetap mengukir senyuman saat bertemu dengan kami semua.
Sahabat ana yang lain mencadangkan untuk membuat bacaan tahlil, “Muslimin dah buat malam nie kat surau diaorang, malam esok muslimat buat plak kat surau kita…”. Ana hanya menggangguk tanda setuju.
Malam keesokannya, kami membuat majlis tahlil. Ana jadi sebak saat membacanya, muhasabah untuk diri sendiri. Tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah selepas ini giliran ku pula? Bersediakah aku?
Selepas Majlis Tahlil selesai. Persoalan dan perasaan yang terpendam diluahkan, “Bismillahhirohmanirrahim…untuk peringatan khusus buat diri dan sahabat-sahabat sekalian. Kali ini kita membuat bacaan tahlil buat arwah, tertanya-tanya…adakah selepas ini giliran kita pula? Bagaimana pula dengan keadaan kita nanti? Saya sebak tadi kerna memikirkan, adakah giliran aku pula selepas ini?”
“Kehidupan selepas mati amat menakutkan. Bagi mereka yang cukup amalannya, akan didatangi Malaikat dengan wajah yang berseri-seri. Namun bagi mereka tidak cukup amalannya, akan didatangi Malaikat dengan wajah yang cukup menggerunkan. Pilihlah mana satu keadaan yang kita mahu.”
“jika tiba musim peperiksaan, ramai bertanya adakah pensyarah bagi tips atau klue atau target soalan bahagian mana yang bakal keluar nanti. Tapi lupakah kita, ada soalan yang sudah lama “bocor”. Malah sudah tahu jawapannya, Cuma persoalannya..adakah kita dapat menjawabnya…?”
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Jadi, jika berdoa untuk di permudahkan segala urusan ketika menjawab peperiksaan sewaktu dalam peperiksaan. Berdoalah sekali supaya dipermudahkan juga menjawab soalan sewaktu di alam kubur nanti…ameen
Selamat Menduduki peperiksaan buat adik-adik yang mengambil SPM & STPM juga buat sahabat-sahabat sekalian…moga berjaya dunia dan akhirat…(^__^)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)