Isnin, 1 November 2010

Senyumlah Pada Ujian…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus menghirup udara Mu, puji-pujian ku berikan kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa diingati lagi dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, ana selamat tiba di rumah sebelum subuh pagi semalam. Hati terasa damai sebaik sahaja kereta memasuki lorong rumah. Angin yang sepoi-sepoi bahasa ibarat menyambut kepulangan ku. Rindunya….hati ini berbisik. Ku tahu, lima hari tidak akan cukup buat diriku bersama keluarga namun akan ku manfaatkan sepenuhnya.

Sewaktu dalam perjalanan ke stesen menunggu bas, berat juga hatiku untuk meninggalkan sahabat-sahabat yang masih memerlukan bantuan dari ku. Tindakan nekad yang ku ambil untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit mahupun facebook membuatkan beberapa orang sahabat resah. Moga mereka mengerti yang ana juga perlukan waktu untuk bersendirian.

Tersenyum teringat kata-kata seorang kakak yang ku kenal dalam facebook namun tidak pernah sekalipun kami bersua muka. Ada yang berjenaka dengannya,

“rindu kat besi je ke…hoho?” Kata sahabatnya.

Lantas dijawabnya, “Nur….bicara jangan sebarang bicara…besi bukan sebarangan besi ni….tak dapat nak beli kat mana-mana…(^_^)”

Dia banyak mengenali ana melalui penulisan ana melalui “diari” ini. Habis diselongkar segala artikel lepas yang termuat dalam “diari” nie. Rasanya pengembaraannya dalam membaca “diari” ~Kembara Sufi Di Bumi Tuhan~ sudah tamat. Akak, sya pun rindu kat akak…(“,)

Ana meninggalkan kampus dalam keadaan sahabat seperjuangan ana baru sahaja lepas keluar hospital dengan keadaan tangan kirinya bersimen, tangan kanannya berjahit serta kedua-dua kakinya luka. Teman sebiliknya hanya mengalami luka kecil sahaja, exam finale bermula minggu depan. Rasanya dia terpaksa menangguh pengajian hingga kecederaannya sembuh. 


Ini adalah junior ana dalam perjuangan. Saat kali pertama memandangnya, nampak biasa sahaja. Alhamdulillah, punya kekuatan luar biasa juga. Mereka kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke meting Kelab PERKIM. Dalam kami kerisauan, sempat lagi dia mesej, “usah risau sahabat, kemenangan pasti milik kita…”.

Subhanallah… selepas maghrib pada hari kejadian, ana dan beberapa muslimat pergi menziarahinya. Sebaik keluar dari mendapat rawatan dengan berkerusi roda, dia boleh lagi tersenyum dan gelak ketawa dengan naqib dan abang-abang seniornya. Sahabat ana nie dan nak mengalir air mata melihatnya.

Doa ana buat kalian berdua, “moga Allah s.w.t. berikan kemenangan buat diri mu untuk lulus ujian ini… ameen Ya Robb”.

Wahai sahabat yang membaca tulisan ana ini, ameen kanlah doa ini buat sahabat seperjuangan ana.

Mereka senyum pada ujian…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXXXX

Sewaktu dalam bas, ada seorang kakak nie mengalami masalah tiket. Tiket yang dibelinya bertindih dengan orang lain dan tempatnya di ambil oleh orang lain biarpun dialah yang layak untuk mendapat tempat duduk tersebut. Oleh kerana dia lambat naik bas, dia mengalah dengan penumpang yang duduk di kerusinya kerna tempat duduk yang tertera pada tiket adalah sama.

Ana duduk di hadapan sekalian dan mengetahui kisah yang sebenar. Akhirnya kakak ini mengambil keputusan dengan duduk di tangga bas dan bersandar pada dinding yang memisahkan antara pemandu bas dengan penumpang tempat duduk pertama.

“tak pe lah, saya duduk sini je…” kata kakak tersebut dengan wajah yang cukup tenang. 

Pemandu bas kedua tidak sanggup melihat dia duduk tanpa alas, lalu dia berlalu ke belakang dengan mengambil kerusi untuk dijadikan alas. Ana kasihan melihatnya. Yang membuatkan ana kagum dengannya, tidak sekali-kali dia merungut atau memaki hamun orang yang menjual tiket tersebut. Subhanallah…

Pemandu bas berborak dengannya untuk mengetahui hal sebenar, ana hanya mendengar sahaja. Baru ana tahu, kakak nie selalu berulang alik dari Kedah ke Kelantan kerna dia ada seorang anak di Kedah tetapi bekerja di Kelantan. Sungguh tabah sekali wanita ini.

Bayangkanlah, perjalanan bukannya dekat. Memakan masa beberapa jam untuk sampai, hinggakan ana melihat dia tersengguk-sengguk dan hampir jatuh kerna tertidur.

Dalam diam, ana berdoa untuknya “Ya Allah…hati wanita ini sungguh mulia, dia redha dan ikhlas dalam menerima ujian Mu. Berilah dia kekuatan dan tabahkanlah hatinya dalam melalui kehidupannya yang mendatang…ameen”

Wahai sahabat yang membaca tulisan ana ini, ameen kanlah doa ini buat wanita tersebut.

Dia senyum pada ujian…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXXXX

Allah s.w.t. telah menunjukkan dan mentarbiyah diri ini dengan berbagai kejadian yang berlaku di depan mata. Hikmahnya? Supaya diri ini juga senyum pada ujian…(^_^)

Di kala ini, ana sedang menulis sambil alunan nasyid kedengaran. Bait-bait liriknya seolah-olah kena dengan situasi ana saat ini.

SEGENGGAM TABAH
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Benar…siapa yang mahu menempah ujian buat dirinya? tidak ada seorang pun yang mahu dirinya diuji, semuanya mahu bahagia belaka termasuk diri ana. Namun, sedarkah kita bahawa ujian itulah yang membuatkan kita sedar erti sebuah kehidupan.

Pengalaman pahit yang dilalui itulah yang menjadi “guru kehidupan”. Guru yang mengajar kita supaya terus senyum dengan ujian walaupun pada mulanya menakung sebak air mata. Walaupun pada mulanya diri itu mengatakan “aku tidak kuat, aku tidak mampu…”. Walaupun pada mulanya hati itu terusik untuk geram, marah dan sakit hati.

Tersenyum sendiri membaca kata-kata yang tertulis sewaktu menziarahi facebook sahabat-sahabat, “kenapa aku yang terus menerus dipilih untuk diuji, aarrrgg…”.

Jawapanku.. kerna DIA tahu hanya dirimu yang mampu menerimanya dan bukan orang lain. Tak terasa banggakah saat diuji? Kerna Allah s.w.t. sudah menyatakan ujian itu diturunkan sesuai dengan kemampuan mu. Itu bermakna, DIA yakin yang hambaNya mampu untuk laluinya.

Membaca bait-bait ayat yang ku tulis buat pembaca ini membuat ana sedar. “aku insan hebat yang dipilih oleh Yang Maha Hebat untuk diuji, sepatutnya aku terima dengan hati yang redha dan ikhlas kerna aku yang dipilihnya untuk diuji..”.

Diri ini dan sahabat yang lain difitnah dengan sesuatu yang tidak pernah kami lakukan. Sahabat, ana berkata benar bilamana ana membalas mesej mu dengan mengatakan, “ana sudah bersabar hingga ke saat ini, jadi…ana mahu lulus dengan cemerlang ujian ini…”.

Ya…mahu lulus ujian kehidupan ini dengan cemerlang dengan menjadi hambaNya yang sentiasa bersangka baik padaNya….ayuh sahabat, kita senyum pada ujian…(^_^)…
Ibarat Air Mengalir...^_^

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus