Khamis, 18 November 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini, moga diri ini sentiasa dalam jagaan Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menulis. Amat kesempitan waktu dikala ini kerna ana akan pulang ke kampus malam ini dan tiga hari lagi peperiksaan akhir untuk semester ini bakal berlangsung. Persiapan menyambut kedatangan Aidiladha juga diraikan dengan cukup sederhana.

Tambahan pula sehari sebelum Aidiladha merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah bermula. Malamnya, kami semua sibuk membuat pelbagai juadah untuk tetamu yang bakal hadir. Jika dikenang semua peristiwa sebelumnya, ana tersenyum sendiri…(^_^)

Mana tidaknya, perancangan asal hanyalah beraya di kampus bersama sahabat-sahabat. Perancangan Allah s.w.t. yang mahu ana tetap beraya dengan keluarga di rumah. Alhamdulillah…(“,)

Semalam muhasabah sendiri, koreksi diri yang serba kekurangan ini. Ana teringat satu rancangan yang ditonton sewaktu menziarahi rumah sahabat ana iaitu rancangan bersama Maher Zain di TV9.

Siapa yang tidak kenal dengan Maher Zain? Gelombangnya sudah sampai ke Malaysia, lagu-lagunya sudah sampai ke seluruh dunia. Ana teringat kata-katanya, “InsyaAllah, you find the way…” menerusi lagunya yang bertajuk InsyaAllah.

Maher Zain menyatakan “ya, saya sering menyatakan InsyaAllah, kamu akan jumpa jalannya…tetapi suatu masa dulu saya tersesat jalan. Tiga tahun yang lalu saya masih tidak dapat membaca al-Fatihah dengan lancar”.

Namun kini dia sudah jumpa jalannya iaitu hidup bersyariat berpandukan al-Quran dan Sunnah. Lihatlah insan yang dalam jiwanya yang sentiasa ada Allah s.w.t… Hebat bukan. Sejujurnya ana katakan, kali pertama ana mendengar lagunya awal tahun ini. Ana terus jatuh hati dengan liriknya.

Maher Zain juga ada menyatakan, “untuk mengubah dunia, saya tidak mampu. Kerana itu saya perlukan kamu semua untuk menyebarkan Islam”. Lebih kurang begitulah kata-katanya. 

Ana tersenyum sendiri mendengar kata-kata adik ana, “teringat masa kat kampus, masa jalan dekat blok lelaki dengar bunyi lagu rock tapi masa nak balik dengar lagu Maher Zain berkumandang…”

Cuba selidik latar belakang dirinya sebelum dikenali hingga kini. Dia pernah tersesat jalan suatu masa dulu kerna dirinya tidak dipandu dengan sesuatu yang telah Rasulullah s.a.w. wasiatkan bahawa umat Islam tidak akan sesat buat selamanya jika berpegang kepada dua perkara ini sebelum Baginda s.a.w. wafat iaitu al-Quran dan sunnah.

XXXXXXXXXXXX

Seperti yang kita semua ketahui. Sudah terpampang dimana-mana, sudah meniti di bibir setiap mukmin menyatakan Islam way of life. Tetapi berapa ramai diantara kita yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup? 

Kita tahu menutup aurat itu wajib. Tetapi berapa ramai yang sebenar-sebenar menutup aurat? Adakah kita tahu aurat yang sebenar-benar? Kita juga tahu bahawa al-Quran akan menerangi kehidupan kita dunia dan akhirat. Tetapi berapa ramai yang sebenar-benar tahu membacanya? Kita juga tahu solat adalah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t. Tetapi berapa ramai yang sebenar-benar menunaikan solat? 

Muhasabah sendiri. Jika ditanya, apa destinasi kita diakhirnya? Ramai yang menyatakan mahu masuk ke Syurga Allah s.w.t… cukupkah kita hanya sekadar berkata-kata tanpa sebenar-benar melakukan apa yang Allah s.w.t. mahukan?

Sejujurnya ana katakan. Ana sering memerhati gelagat dan tingkah laku setiap makluk termasuk diri ana sendiri. Ana memerhati seseorang yang dahulunya begitu bagus akhlaknya dan taat akan perintah Allah s.w.t. Tetapi sayangnya di pertengahan perjalanan, beliau terpesona dengan kenikmatan dunia. Hidupnya tidak terurus dan jiwanya tidak tenang. Apa sahaja yang dilakukan untuk menghiburkan hatinya akhirnya hanya mengundang keresahan hati.

Namun, dia sedar…hanya dengan hidup bersyariat mampu menjadikan dirinya sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Alhamdulillah…ana jadikan kisahnya sebagai muhasabah sendiri supaya tidak turut terjebak.

Ada juga yang dahulunya begitu jahil tetapi dia sering memerhati mereka yang cuba menjadi soleh dan solehah. Dia tertarik! Dan kagum dengan mereka-mereka ini. Alhamdulillah dia mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan. Dia terasa keindahan dalam hidup bersyariat.

Lihat sahaja tokoh Islam iaitu Saidina Umar al-khatab. Hampir semua dikalangan kita tahu perjalan hidupnya sebelum dan selepas memeluk Islam. Sebaik memeluk Islam, Saidina Umar al-Khatab menjadi manusia hebat. Kenapa? Kerana Islam tertegak dalam dirinya. Malah Saidina Umar al-Khatab adalah salah seorang diantara sepuluh para sahabat Baginda s.a.w. yang di janjikan syurga…Subhanallah…

XXXXXXXXXXXX

Semua kehebatan ini terjadi kenapa? Kenapa Islam dikatakan way of life? Kenapa mereka terasa keindahan apabila hidup bersyariat? Firman Allah s.w.t. dalam,

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. …”
(surah Al-Maidah ayat 3)

Semua itu kerana Allah s.w.t. redha Islam menjadi agama buat kita semua…

Allah s.w.t. Maha Hebat. Allah s.w.t. Maha Berkuasa. Allah s.w.t. Maha Adil. Allah s.w.t. Maha Melihat. Allah s.w.t. Maha Pengasih. Allah s.w.t. Maha Penyayang. Allah s.w.t. Maha Pencipta.
DIA Maha Sempurna.

Lihatlah betapa indahnya bertuhankan Allah s.w.t… tiap detik dan tiap ketika, dia ada dengan kita. Adakah kita merasai kehadiranNya? 

Adakah kita perasan, hampir setiap diakhir ayat dalam al-Quran menyatakan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t? Adakah kita meragui janji-janjiNya buat mereka yang ingkar dan mereka yang taat?

Begitu banyak sekali persoalan bukan… kita yakin akan adanya kehidupan di akhirat sana yang kekal abadi, namun adakah kita persiapkan diri? Muhasabahlah sendiri…

XXXXXXXXXXXX

Ana tertarik dengan satu kata-kata seorang sahabat, “Tidak aku gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga semata- mata untuk menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya”.

Hati ini juga tersentak dengan kata-kata ini, hidup di dunia sangat, sangat sangat sangat sangat penting sebab adanya hidup di akhirat. kerana itu orang akhirat sangat sangat sibuk”. (Ustaz Zawawi)

Benar…dan tidak aku gadaikan tawaran untuk menjadi calon penghuni syurga semata-mata untuk menjadi penghuni dunia yang akan hilang segala kenikmatan sementara.


JOM KITA MENGEMBARA MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)

p/s: Doakan ana moga dapat menjawab peperiksaan dunia dan akhirat dengan sebaiknya ya..(^_^)
blog comments powered by Disqus