Sabtu, 6 November 2010

Kalam Buat Kalian…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan untuk hamba ini terus menerus menghirup udara Mu. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat diri ini cintai, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Kerinduan datang bertamu buat sahabat ana yang berada di kampus di kala ini. Musibah dan ujian yang melanda, moga mereka semua tetap senyum pada ujian. Untuk pengetahuan sahabat pembaca sekalian, ana tidak jadi pulang ke kampus kerna lewat petang dua hari lepas ana mendapat berita bahawa pihak pentadbiran kampus menunda peperiksaan akhir.

Sebaik sahaja berita itu sampai ke pengetahuan ana. Ana membuka facebook dan sebarang sumber dari pihak pentadbiran untuk memastikan kesahihannya. Sempat juga ana membaca respon dari sahabat-sahabat UUM tentang berita ini, berbagai pandangan dan pendapat dilontarkan. 

Peperiksaan ana yang sepatutnya bermula minggu depan ditunda selepas raya Eid Adha. Ana minta pendapat abah dan umie samaada untuk tetap pulang ke kampus atau menunda tarikh. Akhirnya, ana membuat keputusan untuk menunda tarikh iaitu pulang ke kampus pada hari kedua Eid Adha.

Antara sebab utamanya, umie ana tidak berapa sihat. Jadi, ana menjadi suri rumah sepenuh masa menggantikan umie. Berjihad dan berjuang pula untuk keluarga walaupun hati meronta untuk bersama sahabat seperjuangan di kampus membantu mangsa banjir di sana. Moga Allah s.w.t. redha…

Melihat sahabat seperjuangan yang seakan “geram” dengan tindakan pihak pentadbiran itu membuatkan ana tersenyum. (kalau ana di tempat mereka, ana pun geram..hehe)

Setelah memerhati hampir satu hari..dari satu facebook ke satu facebook, dari satu artikel ke satu artikel ana baca…akhirnya ana setuju dengan tindakan pihak pentadbiran menunda tarikh peperiksaan walaupun cuti akhir bagi semester ini dipendekkan, tiket kapal terbang buat anak-anak Sabah dan Sarawak hangus, tiket bas buat semua pelajar UUM ditukar tarikh, jarak kertas peperiksaan amat-amat dekat dan banyak lagi.

Itu semua masalah, “sampah jiwa”, fikiran negative dan seangkatan dengannya. Jika sahabat terlalu memikirkan semua itu, ana yakin fikiran kalian akan berserabut. Cuba positifkan semua itu dan keluarkan hikmahnya, pasti kalian akan tenang. Senyumlah pada ujian…(^_^)

Mungkin ada yang akan berkata, “senanglah ukhty cakap…ukhty sudah ada di rumah, cukup bekalan makanan, selesa di rumah dan macam-macam lagi sedangkan kami semua masih di kampus…”.

Sekiranya ada yang berkata begitu, ana hanya akan senyum padanya tanpa berkata apa-apa…seperti ini..(^_^)…hehe

XXXXXXXXXXXX

Selepas hari “geram sekampus” reda, akhirnya ana melihat sudah ada sahabat yang senyum….tenang…malah think positif…Alhamdulillah…(^_^)

Tiga hari sebelum ana mahu berangkat pulang ke kampus (sebelum tahu exam ditunda), ada ustazah yang mengundang ana untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Persatuan Hafiz Malaysia di langkawi. Turun padang bersama masyarakat untuk mengajarkan al-Quran. Satu peluang keemasan, namun aturan DIA indah sekali. Ana terpaksa tarik diri pada saat akhir.

Akhirnya, ana mewakilkan sahabat seperjuangan ana ke sana. Dia sempat menghantar mesej kepada ana pagi semalam

“salam…ukhty, kami sudah sampai…hujan lebat dekat sini…”

Ana membalas mesejnya, “Alhamdulillah…selamat berjuang sahabat, moga dipermudahkan segala urusan…”

Tadi…ana baru sahaja menghantar mesej kepada sahabat ana untuk bertanya perkembangan program.

Mesejnya berbaur kegembiraan, “Alhamdulillah, ana pun kagum dengan masyarakat di sini..bukan anak-anak je semangat, waris-warisnya pun hadir sama sampai tak muat tempat duduk…rugi ukhty tak ke sini…J

Subhanallah…salah satu hikmahnya…jika sahabat semua mahu tahu, di permulaanya… sahabat ana ini menolak tika ana mengundangnya kerna tarikh peperiksaan terlalu dekat. Akhirnya pintu hatinya terbuka untuk turut serta. 

Sempat juga ana berpesan, “selangkah ke alam perjuangan, jangan biarkan kaki melangkah setapak ke kebelakang…terus maju ke hadapan…”

Salah seorang sahabat yang mula sedar akan kehebatan dan indahnya Islam. akhirnya dia memilih cahaya Iman dan Islam berbanding kegelapan nafsu dan kenikmatan dunia yang sementara.

XXXXXXXXXXXXX

Di waktu lain pula…ada sahabat yang menulis di facebooknya, “Alhamdulillah… pengalaman yang tidak mungkin ku lupakan…inilah hikmah diri ditakdirkan merantau ke bumi Sintok…akhirnya tercapai juga hasrat untuk membantu mangsa-mangsa banjir disini…(^_^)”

Akhirnya dia ketemu hikmahnya…dan banyak lagi status yang ditulis oleh sahabat-sahabat ana yang menyatakan ada hikmahnya…gitulah sahabat…senyumlah pada ujian…pasti ketenangan itu akan datang bertamu…(^_^)

Apabila ana melihat ada sahabat-sahabat mengambil inisiatif dengan menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa banjir, ana bersyukur…sekurang-kurangnya mereka mengerti, daripada duduk berdiam diri di kolej dan menyatakan tidak puas hati dengan pihak pentadbiran, lebih baik curahkan tenaga dengan membantu mereka yang lebih teruk ditimpa musibah.

Apabila ana melihat ada sahabat menulis bahawa dia redha dan ikhlas dengan apa yang berlaku, ana bersyukur…sekurang-kurangnya dia mengerti semua itu aturan DIA untuk melihat setakat mana hambaNya yakin dan percaya padaNya. Malah, hati-hati yang ikhlas itu akan kembali tenang dan tidak gelisah lagi.

Dan tidak kurang juga ada yang sudah pulang ke kampung halaman dan yang masih merancang atau memikirkan untuk pulang atau tidak. Moga Allah s.w.t. permudahkan segala urusan kalian semua sahabat ku.

Pasti ada yang terdetik di hati, “menulis tak sama dengan yang sedang mengalaminya”. 

Benar…berat mata memandang, berat lagi insan yang memikulnya. Tetapi percayalah…apa yang kalian rasai ini sudah pun dirasai oleh orang lain… Allah s.w.t. mahu memberi kalian “praktikal” kesabaran, ketenangan, kerasionalan berfikir juga tambahan kekuatan keimanan.

Ana juga sedang menjalani “praktikal” itu…sama-sama kita hadapinya ye…(^_^)…tenanglah…

Bagi sahabat-sahabat yang tetap dengan keputusan untuk  tinggal di kampus hingga cuti akhir semester…hargailah detik itu…pasti indah untuk dikenang..

Doaku buat kalian semua….“Moga Allah s.w.t. permudahkan segala urusan kalian dan terbitkan rasa bersyukur serta kehambaan kepadaNya…ameen..”

Salam kerinduan dari jauh…buat sahabat seperjuangan ku…(^_^)


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus