“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat yang tidak putus-putus yang telah Engkau berikan walaupun diri ini sering kali berdosa kepada Mu. Hamba ini mahu jadi hamba Mu yang benar-benar bertakwa. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t. untuk menulis. Tangan ini menari-nari di atas papan keyboard laptop sambil nasyid “Kebesaran Mu” yang ada di blog ini berkumandang. Allahhuakbar….
Mesti ada dikalangan pembaca begitu tertarik untuk membaca coretan ana kali ini. Apatah lagi tajuk artikel kali ini adalah cinta pertama. Pasti ada yang mahu tahu tentang cinta pertama ana. atau pun pasti ada di kalangan sahabat sudah tahu dan dapat menekanya.Teringat kata-kata sahabat ana sewaktu menganjurkan program “Lambaian Cinta”.
“Kalau buat ceramah bab cinta ke, bab kahwin ke…mesti ramai yang datang, penuh dewan sampai tak da kerusi nak duduk…tapi bila buat ceramah bab keindahan Islam, Kebesaran Allah s.w.t…sikit sangat orang…”
Ana tersenyum. Reality dan bukan fakta yang sengaja di reka-reka. Sempat juga ana berjenaka dengan seorang sahabat.
“Eh, datang jugak rupanya…”
“Mestilah, tajuk ceramah best…bab cinta…” katanya sambil tersenyum.
Ana juga tersenyum dengan kata-katanya. Yelah, cinta yang memanggil sambil melambai-lambai. Mesti datang punya walau jauh. Hehe..
Baiklah, mahu tahu tentang cinta pertama ana? Teruja nampak…hehe…(^_^)…jom baca coretan ana. Moga sama-sama mendapat manfaatnya ye…(“,)
XXXXXXXXXXXXX
Kata orang yang sedang mabuk bercinta, “lautan api sanggup ku renangi, sanggup pula ku tunggu diri mu hatta seribu tahun…malah sanggup tunggu di pintu syurga”.
Asyik sekali dengan cinta bukan. Hebatnya penangan cinta hinggakan orang sedang bercinta nie mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang dek kerna teringatkan si dia…hehe…
Malah sanggup lakukan apa sahaja demi sang kekasih. Si lelaki sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit semata-mata mahu kekasihnya sentiasa setia disisinya. Si perempuan pula sanggup menggadaikan “mahkotanya” demi kekasihnya semata-mata mahu membuktikan cintanya pada sang kekasih.
Tidak kurang juga ada yang sanggup berjumpa bomoh untuk membuatkan orang yang dicintainya itu jatuh cinta padanya. Malah, sanggup memukul orang yang dekat dengan kekasih hati dek kerana cemburu. Ada juga yang sanggup membunuh semata-mata tidak mahu kekasihnya curang terhadap dirinya.
Bak kata cover depan majalah solusi bulan ini, “Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai…”
Nauzubillah…moga kita semua dilindungi dari semua itu. Moga kita semua dalam jagaan Allah s.w.t…ameen.
Pesan seorang ustaz…Jika ada lelaki yang mahukan diri mu…katakan padanya, “boleh…dengan syarat, bawa saya ke syurga…jika dia tidak penuhi syarat tersebut, dakwa lelaki itu di depan Allah s.w.t nanti.
XXXXXXXXXXXXX
Penangan cinta pertama ana ini juga tidak kurang hebatnya. Kadang-kadang ana malu dengannya. Teramat malu…(T_T)…
Dia sentiasa menemani ana tidak kira diwaktu ana susah mahupun senang. Tidak pernah sekali pun Dia tinggalkan ana walaupun kadang-kala ana sering lupa akan dirinya…
Dia begitu pemurah dalam memberi malah pemberiannya akan hadir tanpa ana pinta walaupun kadang-kala diri ini lupa untuk bersyukur akan pemberiannya. Walaupun diri ini lupa akan nikmat yang telah Dia kurniakan.
Dia menjadi pendengar setia malah sentiasa ada sewaktu ana perlukannya. Sentiasa mendengar luahan hati ana, sentiasa mendengar keluhan hati ana, sentiasa mendengar kesedihan hati ana walaupun kadang-kala ana lupa akan Dirinya diwaktu senang.
Ana malu dengannya…teramat malu…(T_T)
Dia sentiasa setia menunggu ana hadir menghadapnya. Tetap setia menunggu walaupun kadang-kala ana terlewat dalam memenuhi temu janji dengannya.
Ana sering kali mengungkapkan kata cinta, kata sayang, kata rindu padanya dan dalam masa yang sama ana kianati cinta dan kasih sayangnya dengan melakukan sesuatu yang Dia tidak sukai samaada secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Dialah cinta pertama dalam hidup ana, dunia dan akhirat…cinta dan kasih sayangnya tidak pernah pudar. Jika ana dekat dengannya setapak ke hadapan, seratus tapak dia dekat dengan ana.
Cintanya tidak pernah mengkianati ana. Cintanya tidak pernah mengajar ana melakukan kejahatan malah sentiasa menyuruh ana melakukan kebaikan. Cintanya begitu ikhlas dan tulus suci, malah cintanya membawa ke syurga. Cintanya terlalu agung.
Mahu tahu pemilik cinta pertama ana? Dialah Allah s.w.t….
Kerna cinta pertama ku ini membuatkan diri ini cinta akan persaudaraan sesama Islam. Kerna cinta pertama ku ini membuatkan diri ini sentiasa mahu berbuat kebaikan. Kerna cinta pertama ku ini membuatkan diri ini peka tentang kematian juga keadaan di akhirat sana.
Cintanya tidak pernah menyakiti hati ana, malah sentiasa membuatkan diri ini tenang…gembira…tersenyum…dan menjadikan hari-hari indah dalam hidup ana begitu bahagia.
Hati ini sebak malah jiwa ini bergetar dengan cintaNya. Air mata ini sentiasa mengalir pabila mengenangkan cinta dan kasihNya buat diri ini. Malu kiranya tidak mampu melakukan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Hamba ini takut Ya Allah jika kehilangan cinta Mu. Hidup ini juga tiada ertinya tanpa cinta dan kasih sayang Mu Ya Allah. Janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini setelah Engkau berikan hidayah padanya. Hamba ini sentiasa berdoa untuk bertemu dengan Mu walaupun merasakan tidak layak.
Jika ada lelaki yang akan menjadi suami ku kelak. Akan ku katakan sejujurnya… “Maaf, kamu bukan cinta pertama ku. Tapi cinta pertama ku adalah Allah s.w.t…jangan cemburu ya…”
XXXXXXXXXXXXX
Air mataku mengalir membasahkan pipi ini takkala mendengar bait-bait lirik dendangan lagu yang sedang bermain di blog ini…(T_T)
Kau tempat ku mengadu hati
Pemberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik Mu
mencintai Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan Mu
Lihat di langit kesempurnaan hadir Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran Mu Tuhan
Pemberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik Mu
mencintai Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan Mu
Lihat di langit kesempurnaan hadir Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran Mu Tuhan
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
p/s: Dilamun cintaNya…moga sentiasa kekal subur bertahta dihati ini…ameen…