Jumaat, 12 November 2010

Cerpen: Tertutup Itu Indah


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Suatu sudut kafetaria Cengkih kelihatan beberapa orang perempuan sedang rancak berbual. Tiba-tiba…

“assalamualaikum…”, terdengar suara orang memberi salam.

“waalaikummussalam…eh, ustazah kita dah sampai la…hehe…”, jawab salah seorang dalam kalangan mereka dengan nada menyindir.

Dia hanya tersenyum lantas berkata, “kamu semua sedang makan ya? Boleh saya turut serta?”

“Err…tak lah ustazah, kitaorang tengah basuh kain nie, tak nampak ke?”, jawab seorang lagi dengan nada ketawa.

“hahaha…adoi la…dah tahu tanya lagi. Eh Iman, engkau tak payahlah nak buat baik dengan kitaorang. Siapalah kitaorang nie kan, jahat…tak macam engkau tu, dah jadi alim sekarang”. 

“erm…maaflah kalau kedatangan saya nie membuatkan kamu semua tidak selesa. Kamu semua tetap sahabat saya, tiada ada yang berubah kecuali penampilan saya ini je. Saya cu..”. tidak sempat Iman menghabiskan kata-katanya.

“Eh! Sudahlah. Kalau engkau nak duduk sini, duduklah. Aku nak blah. Tak lalu nak makan tengok muka engkau yang berlagak suci nie” . dia terus bangun dan berlalu. Kawannya yang lain menurutinya dari belakang.

Hati Iman terluka. Tidak menyangka, perubahannya ke arah kebaikan dipandang hina oleh sahabat yang sentiasa bersamanya dulu. Iman terus berlalu pergi sambil menahan air mata dari membasahi pipinya. 

Ada mata yang memandang apa yang baru sahaja berlaku. 

“Nur, kamu pergi dulu ya. Akak menyusul kemudian, ada hal yang perlu di uruskan.”

“baik kak Husna..” terus dia ambil bungkusan makanan yang Husna hulurkan.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Husna tercari-cari kelibat seseorang. Matanya terpandang sepohon pokok di tepi tasik. Kelihatan seseorang bertudung labuh duduk di situ.

“Mungkin dia…” detik hatinya.

“assalamualaikum….sorang je ke dik?”.

“waalaikummussalam… ya kak, saya sorang je..”, Iman menyambut tangan yang dihulurkan kepadanya.

“seronokkan duduk kat sini. Tenang je rasa, tambahan pula dapat lihat salah satu keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa”, kata Husna sambil matanya memandang ke tasik.

Namun tiada apa-apa respon dari Iman. Wajahnya kelihatan sayu sekali. Mungkin masih sedih dengan peristiwa sebentar tadi.

“adik ada masalah ya? Mahu kongsi dengan akak?”, Husna cuba mengajaknya berbicara.

“eh…tak ada apa-apalah kak…”, Iman cuba menyembunyikan apa yang sedang dirasainya.

Husna tersenyum lantas dia memegang bahu Iman seraya berkata, “akak tahu apa yang berlaku kat kafe tadi”.

Iman terkejut, “akak nampak ke tadi?”.

Matanya terus bergenang air mata. Husna membiarkan sahaja. Husna tahu insan di sebelahnya sedang di uji keikhlasan hatinya oleh Yang Maha Esa.

“yang tadi tu sahabat saya,” Iman memulakan bicara.

“kami sudah berkawan dari sekolah menengah lagi. Sahabat yang banyak berkongsi suka dan duka bersama. Kami sering bersama-sama tidak kira ke mana kami pergi. Masing-masing memberi semangat antara satu sama lain. Indah sekali saat itu kak. Cuma, sejak saya balik dari cuti pertengahan semester baru-baru nie. Mereka seolah-olah cuba menjauhkan diri dari saya” 

"Saya ada juga bertanya kenapa dia buat macam tu dekat saya. Dia cakap, dia tak suka dengan penampilan baru saya yang bertudung labuh nie. Saya tahu kenapa dia tak suka sebab dia anggap orang tudung labuh nie hipokrik. Berlagak alim walaupun hati tu busuk sebab dia tengok ada beberapa orang yang bertudung labuh sendiri buat maksiat."

"Dia kata orang tudung labuh nie lah yang banyak sekali yang couple, selalu menipu, solat pun lewat, pandang hina dekat orang yang pakai tudung biasa nie dan macam-macam lagilah kak. Jadi, bila saya berubah dengan pakai tudung labuh nie. dia anggap saya macam orang yang dia katakan tu…”

Husna tersenyum mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Iman.

Iman pelik dengan reaksi Husna. “kenapa akak senyum? Reaksi akak tak sama dengan kawan saya yang lain bila saya cerita semua tadi kat diaorang”.

“apa reaksi diaorang?” tanya Husna.

“diaorang cakap kawan saya tu buta mata hati. Tak dapat lihat dan bezakan mana yang baik dan mana yang buruk,” jelas Iman.

Kali ini juga Husna tersenyum. Bertambah pelik Iman dibuatnya.

Nampak Iman yang berkerut dahi dengan reaksinya, Husna ketawa kecil.

Akhirnya Iman juga tersenyum melihat seniornya ketawa walaupun dia tidak tahu apa maksud disebalik reaksi insan disebelahnya.

“ha…senyum juga adik akak sorang nie…hehe…macam tu lah…” usik Husna.

Iman terus tersenyum. Husna menjelaskan kenapa dia memberi respon sedemikian. “akak tersenyum di awalnya kerna apa yang dikatakan oleh kawan Iman tentang yang memakai tudung labuh tu ada benarnya. Dan…akak tersenyum buat kali yang kedua juga menandakan reaksi kawan Iman itu juga ada benarnya…”

“maksud akak?”, tanya Iman yang mahukan penjelasan yang lebih mendalam.

“Apa perasaan Iman sebaik sahaja memakai tudung labuh nie?” Husna menjawab pertanyaan Iman dengan soalan.

“saya rasa lebih tenang dari sebelum nie kak. Terasa lebih terjaga, seolah-olah tudung labuh nie pelindung dan perisai diri saya. Suatu perasaan yang sukar diungkapkan melalui kata-kata,” Iman senyum, dia bersyukur diberi kekuatan untuk melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah…akak tumpang gembira dengan perubahan kamu nie. Akak cuma pelik kenapa kita membezakan antara yang memakai tudung labuh dengan yang memakai tudung biasa kerna tudung labuh itu tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat.”

“dan akak juga tertanya-tanya, apa salah tudung labuh sehingga dipandang hina sebegitu rupa? Yang melakukan maksiat itu adalah si pemakainya, bukan tudung labuh tersebut. 

Husna terdiam seketika sebelum menyambung kata-katanya, “kawan Iman yang tidak suka melihat orang bertudung labuh ini kerna dia melihat tingkah laku si pemakainya dan bukan pada hikmah tudung labuh tersebut. Dia merasakan seolah-olah mereka itu tidak layak sama sekali untuk memakai tudung labuh jika berakhlak buruk.”

“Dan kawan Iman yang memberi respon menyatakan buta mata hati itu kerna dia melihat insan yang berkata itu tidak menilai hikmah tudung labuh tersebut sebaliknya menilai si pemakainya. Dan yang menjadi penyebab dia buta mata hati itu siapa kalau bukan kita yang memakainya…”

Iman merenung jauh. Memikirkan kata-kata yang baru sahaja dia dengar. 

Husna memandang Iman lalu berkata, “hati Iman mesti terdetik betapa beratnya tanggungjawab mereka yang memakai tudung labuh nie kan?”

“Eh, macam mana akak tahu nie?” tanya Iman.

“sebab akak juga pernah laluinya…bukan suatu hal yang mudah untuk berhijrah seperti yang Iman lakukan sekarang. Perlukan kekuatan untuk melaksanakannya supaya sentiasa istiqomah. Akak kagum dengan mereka yang mampu melakukan penghijrahan ini dan istiqomah”. Jawab Husna.

“akak teringat kata-kata seorang Muslimin bilamana dia begitu hormat dan kagum dengan Muslimat yang mampu bertudung labuh dan baik akhlaknya di zaman yang moden nie. kita ini diibaratkan seperti berlian yang tersimpan indah di almari kaca yang tidak begitu mudah disentuh oleh mana-mana tangan yang “kotor”. 

“Malah kita lebih berharga bilamana akhlak dan peribadi yang bagus menghiasi diri kita seperti permata yang berjuta harganya dijaga dengan rapi oleh pengawal keselamatan supaya tidak dicuri” sambungnya lagi.

“Subhanallah…saya mahu jadi seperti berlian yang tersimpan indah dalam cermin kaca dan dijaga rapi oleh pengawal keselamatan kak…” Iman berkata dengan nada yang bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah…tertutup itu indah kan…teguhkan pendirian kamu ya. Jadikanlah diri Iman sebagai role model kepada kawan-kawan yang lain. InsyaAllah, mata hati kawan Iman itu akan terbuka untuk menilai betapa hebatnya hikmah memakai tudung labuh. Manalah tahu, dia juga akan memakainya suatu hari nanti…” 

“perbaikilah diri sedikit demi sedikit. Carilah ilmu sedikit demi sedikit untuk mengukuhkan lagi pegangan dan keyakinan kita pada Yang Maha Esa. Percayalah, tudung labuh itu akan menjaga Iman dan menjadi perisai bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman jika kita ikhlas memakainya kerna Allah s.w.t…”. Husna terus tersenyum.

-The End-


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus