Khamis, 6 Januari 2011

Mahu Dunia atau Akhirat?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan kepada Hamba ini. Tunjukilah hamba ini jalan yang lurus. Selawat & salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ke hadratNya kerna masih memberi kesempatan untuk diri ini terus menulis. Ana agak kekangan masa kerna baru sahaja mendapat panggilan untuk segera kembali ke kampus dua hari lepas. Perlu menghadiri kursus di Langkawi. Musnah impian ana untuk balik lewat ke kampus…huhu..

Setelah memikirkan perkongsian yang seterusnya buat para pembaca juga berkat doa yang diminta kepada Allah s.w.t., akhirnya ana mendapat ilham untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca sekalian.

Ana baru sedar sesuatu. Ia…sesuatu yang membuatkan ana begitu bermotivasi untuk terus istiqomah dan mujahadah dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t…. Sesuatu yang ana baru menyedari setelah sekian lama melakukannya.

Baru semalam ana menyedarinya, tersenyum sendiri bila mengenangkannya. Kerna itu ana mahu kongsikan bersama pembaca sekalian supaya terus berusaha dan istiqomah dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t…. Moga ianya memberi inspirasi.

Mahu tahu apakah “sesuatu” itu? Ayuh…baca coretan ana seterusnya… Moga peroleh manfaat…(^_^)


XXXXXXXXXXXXXXXX

Beberapa hari yang lepas, setelah selesai tunaikan solat zohor. Ana keluar dari bilik, mahu selesaikan kerja di dapur setelah menangguhkan seketika untuk solat. Terpandang adik ana yang masih berada di depan komputer, begitu khusyuk bermain game.

Ana tanya, “dah solat zohor ke belum nie?”

Dia jawab, “belum…”

Dan ana membalas kata-katanya dengan satu ayat sebelum berlalu ke dapur, “mahu dunia atau akhirat?”.

Selang beberapa minit, dia berlalu ke bilik air. Mengambil wuduk dan menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah s.w.t… Alhamdulillah dia mengerti dan memahami bahawa dunia ini hanya “taman permainan” yang tidak akan kekal.

Setelah itu, terjadi pula satu kejadian. Setelah cerita yang selalu kami tonton setiap petang tamat, adik meminta supaya menukar siaran tetapi umie membalas kata-katanya.

“Tak payah, lepas nie tengok orang belajar mengaji”

Lepas tu, adik ana terdiam. Berlaku krisis nafsu di situ, samaada menonton cerita yang hanya memberi kepuasan pada diri atau menambahkan Iman dalam diri. Dalam hati ana bermonolog sendiri, “pilih dunia atau akhirat?”. Akhirnya kami sama-sama menonton rancangan Adik-adik & Al-Quran di TV9.

XXXXXXXXXXXXXXXX

Begitu juga dalam kehidupan seharian ana yang penuh dengan aktiviti. Setelah balik dari kuliah atau kelas, bersiap ke Pusat Islam untuk beberapa urusan program, malamnya pula ada mesyuarat.

Badan yang keletihan dan mata yang sudah mengantuk setelah seharian tidak rehat, baru sahaja merebahkan badan atas katil. Tiba-tiba teringat yang ana tidak membaca al-Quran lagi.

Saat ini amat-amat memerlukan motivasi untuk menaikkan semangat supaya melawan keletihan badan yang merenggek supaya segera di rehatkan. Lantas soalan ini menerjah di fikiran ana, “mahu dunia atau akhirat?”

Pabila hati setulusnya mahukan akhirat, lantas digagahkan kaki melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk dan seterusnya membaca al-Quran. Begitu juga tersepit dengan waktu ke kuliah, hati mahu tunaikan solat sunat dhuha dulu. Soalan itu jualah menerjah di fikiran, “mahu dunia atau akhirat?”

Lantas mencuri masa seketika walaupun akan terkejar-kejar ke kelas nanti. Asalkan kemahuan Iman dituruti. Tidak kurang juga takkala Iman berada di kedudukan yang rendah. Soalan itu jualah yang akan menerjah di fikiran, “mahu dunia atau akhirat?”

Bagi mereka yang begitu faham dan begitu mengerti bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja dan tidak akan kekal berbanding kehidupan akhirat yang begitu lumayan dan mewah, pasti tidak akan membiarkan hari-harinya berlalu begitu sahaja tanpa melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t…

Soalan itulah yang menguatkan ana tanpa ana sedari. Memotivasikan ana dalam diam supaya terus istiqomah dan menjadi seperti belut sepertimana yang telah ana nukilkan dalam artikel lepas. Belut yang tidak terkesan atau bercampur dengan lumpur atau apa sahaja keadaan yang berada disekelilingnya.  

Kita seringkali mendengar ungkapan ini, “letakkan dunia ditangan ku dan akhirat dihati ku…” ada apa dengan kata-kata tersebut? Adakah hanya ungkapan semata-mata tanpa memahami sedalamnya maksud disebaliknya?

Apabila dunia diletakkan ditangan, kita akan begitu mudah melepaskannya dari genggaman. Malah jika tangan kita kotor, begitu mudah untuk dibasuh dan dibersihkan. Tetapi berlainan pula dengan hati.

Apabila akhirat diletakkan di hati, amat sukar untuk melepaskannya sepertimana pabila kita menyayangi sahabat dan saudara seIslam kita. Pasti amat sukar untuk lupakannya malah sanggup susah dan senang bersamanya. Dan hati juga lebih berkuasa kerna hati adalah raja kepada seluruh anggota badan.

XXXXXXXXXXXXXXXX

Jadi, mahu dunia atau akhirat? ana yakin pasti ada yang akan jawab mahu kedua-duanya sekali. Jika mahu kedua-duanya, letakkan akhirat di hadapan pasti dunia akan mengikut dari belakang.

Perkampungan akhirat pasti menjanjikan kehidupan yang berpuluh-puluh kali lebih baik dari kehidupan dunia. Dengan syarat, turuti segala apa yang Allah s.w.t. suruh dan tinggalkan apa yang DIA larang.

Ayuh! Kita sama-sama mentarbiyah dan memperbaiki diri supaya menjadi hamba yang terbaik kepada Allah s.w.t… tiada yang lebih bernilai selain mendapat keredhaan Allah s.w.t…(^_^)


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus