Ahad, 9 Januari 2011

Hebatkah Kita…?


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan, redhakanlah daku menjadi hamba Mu. Hanya kepada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah kerna DIA masih mengizinkan hamba ini untuk mencoret sesuatu dalam diari ini. Amat terkejut semalam kerna rumah tiba-tiba sahaja mendapat internet. DIA lah sehebat-hebat pengatur kerna ana memang amat-amat memerlukan internet untuk beberapa urusan.

Malam ini pula ana akan pulang ke kampus untuk meneruskan medan da’wah yang sudah terhampar di hadapan. Masih banyak urusan untuk diuruskan, namun hati ini nekad untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca sekalian.

Ana menulis coretan ini dalam keadaan hati dan jiwa yang bergetar. Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar…

Benar-benar terasa kehebatanNya. Benar-benar rasa DIA pengatur yang paling hebat. Semuanya hebat tentang DIA, tidak ada catat cela walau sedikit pun. DIA Maha Sempurna… Begitu indah bertuhankan Allah s.w.t….(T__T)

Ana melihat, merenung dan mentafsir insan-insan yang mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya. Insan yang benar-benar hidup roh Islamnya dalam jiwa dan terpancar dalam setiap gerak gerinya dalam kehidupan sehariannya. 

MasyaAllah…sungguh hebat… 

XXXXXXXXXXXXXXXX

Takkala kali pertama membaca bait kata-kata ini, jiwa ana bergetar. Hampir sahaja air mata mengalir di pipi ana, lantas memikirkan…hebatkah aku? Ana ambil dari seorang sahabat di facebook…

Hebat ialah macam Hassan al-Banna, pada usia 12 tahun menubuh geng amar ma’ruf nahi mungkar dan berceramah di kedai kopi kepada pak cik-pak cik yang umurnya berganda-ganda umur.

Hebat ialah macam Muhammad al-Fateh, tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud, dan rawatib sejak baligh, dan diminta memerintah selama 2 tahun pada usia 12 tahun atas permintaan ayahnya, dan pada usia 21 tahun meruntuhkan Kota Kebal Konstantinopel.

Hebat ialah macam Faris Audah, kanak-kanak berusia 11 tahun yang menentang kereta kebal dengan melontar batu-batu kecil dari runtuhan bangunan di Palestin.

Hebat ialah macam Saidina Ali, mengisytiharkan kesediaannya untuk bersama perjuangan Baginda s.a.w. di hadapan YB-YB Quraisy sedangkan usianya baru 13 tahun, biarpun berderai ketawa Dato’-dato’ dan Tan Sri Quraisy mendengarnya. Tetapi dalam Perang Badar, dialah perajurit Islam yang membuatkan YB-YB dan Tan Sri-Tan Sri ini bertempiaran lari.

Lalu….hebatkah kita?

Hidup ini hanya sekali… Mengapa kita mahu menjadi orang-orang biasa…? Adakah syurga untuk orang hebat atau orang biasa-biasa…?

XXXXXXXXXXXXXXXX

Tidak cukup dengan itu, di tunjukkan pula kehebatan Allah s.w.t. dengan melihat kejadian kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. melalui pengalaman orang lain.

Pada cuti semester yang lepas, ana bermalam di rumah mak ngah selama 3 hari. Mak ngah sering menceritakan kisah-kisah tentang apa yang di baca di akhbar atau internet, kisah-kisah yang di dengarnya dari ceramah atau kuliah, dan banyak lagi.

Jadi, mak ngah menceritakan satu kisah yang berlaku pada sekumpulan pendaki Gunung Everest. Mak ngah mengetahui kisah ini sewaktu menonton rancangan di televisyen suatu ketika dahulu.

Cukup simple dan kecil sahaja kejadian yang dilalui oleh pendaki gunung tersebut tetapi amat besar maknanya sebaik mendengar kisah tersebut. Bergetar hati dan jiwa ini takkala mendengar bait kata-kata yang keluar dari mulut mak ngah sewaktu menceritakannya. Benar-benar menusuk kalbu.

Mak ngah menceritakan, ada sekumpulan pendaki yang cuba untuk menawan gunung Everest seperti yang telah di lakukan oleh pendaki gunung sebelumnya. Mahu menguji ketahanan fizikal dan mental serta kemahiran yang ada.

Sebaik sahaja mereka berhenti untuk berehat dan mengisi perut. Masing-masing mengeluarkan makanan yang masih ada dalam simpanan. Pasti semua sahabat pembaca tahu yang keadaan di gunung Everst begitu sejuk. 

Roti, buah strawbery, air mineral dan apa sahaja makanan yang ada dalam simpanan menjadi beku hingga terpaksa memanaskannya terlebih dahulu sebelum boleh di makan. Namun, ajaibnya…kurma dan air zam-zam yang di bawa oleh beberapa orang pendaki lain tidak beku seperti makanan tadi.

Ianya masih dalam keadaan elok dah boleh di makan terus tanpa perlu memanaskannya terlebih dahulu seperti makanan lain…subhanallah… 

Jika di fikir, buah kurma dan air zam-zam ini sememangnya kita tahu akan sejarahnya, kehebatannya, keistimewaannya, dan banyak lagi. Itulah bukti kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t…

Peristiwa itu telah membuka mata, jiwa dan hati para pendaki bahawa hanya Allah s.w.t. yang layak di sembah dan hanya Islam sahaja agama yang di redhaiNya. Akhirnya, para pendaki tersebut mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya.

Lalu…bagaimana pula dengan kita?

 XXXXXXXXXXXXXXXX

Mulianya kita kerana Islam

Pasti kita sering mendengar bait kata-kata itu bukan? Ia…memang benar. Islam yang memuliakan kita jika jiwa kita benar-benar hidup dengan roh Islam. Tidak ada yang lebih tinggi melainkan Islam

Cubalah lihat insan yang benar-benar hidup jiwanya dengan roh Islam… kalian pasti akan temui kehebatan yang ada padanya. Allah s.w.t. itu Maha Hebat, pasti hambaNya juga hebat.

Dunia hanya bernilai apabila dimanfaatkan untuk akhirat


 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)

p/s: maybe diari nie tidak akan diupdate untuk beberapa hari kerna ana punya urusan lain…bolehlah baca coretan ana yang lama-lama…hehe…(^_^)
blog comments powered by Disqus