Sabtu, 22 Januari 2011

Persepsi…?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga diri ini sentiasa bersyukur kepada Mu. Selawat & salam buat insan istimewa yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udaraNya. Kampus ana berlaku perubahan cuaca, agak sejuk hingga membuatkan badan ini menggigil kesejukan. Bak kata sahabat ana, bila lagi nak rasa duduk Overseas…hehe
Sejak beberapa hari yang lepas, blog ana tak boleh nak sign in. Sudah bermacam cara ana buat tetapi tetap sama. Entah apa yang tidak kena. Bila tanya sahabat ana yang punya blog di UUM, masalah yang sama juga berlaku. Mungkin ada sistem yang bermasalah agaknya.
Apa pun…ana tetap tidak akan mengalah, tetap mahu istiqomah. Apa yang ana buat, ana minta tolong dari teman ana untuk update blog nie dengan memasukkan artikel yang ana tulis. Ana send artikel melalui email. Jadi, boleh lihat perbezaan dengan artikel yang lain bagi pembaca yang peka.
Doakan moga ana terus istiqomah untuk terus menulis ye…insyaAllah, amen ya robb…(^_^)
Baiklah…setelah melalui hari-hari yang penuh dengan hikmah. Ana memperoleh sesuatu untuk dijadikan renungan buat kita bersama. Mahu jadi seseorang yang positif, optimis dan open minded, ia perlukan sesuatu.
Mahu tahu apakah sesuatu itu…? Jom baca coretan ana yang seterusnya…(◕‿◕)
XXXXXXXXXXXXXXX
Ana amat berterima kasih kepada Uwais Training & Consultancy sewaktu menghadiri kursus di Langkawi baru-baru nie. Mereka berjaya membuka minda ana tentang ini. Menjadi seorang yang posifit bukan mudah tambahan pula saat diuji.
Penceramah menceritakan satu kisah. “cuba bayangkan, anda semua pergi ke pusat membeli belah untuk membeli barang keperluan. Dalam perjalanan, ada seorang lelaki menjerit ke arah kalian”
“woiii…!!! Kamu, sini kejap! Saat anda berpaling ke arahnya, anda melihat dia berpakaian lusuh dan bercompang-camping dengan rambut yang kusut masai. Apa persepsi kalian kali pertama melihatnya?”
Ada yang menjawab orang gila, pengemis, peminta sedekah dan banyak lagi. Dewan bergema dengan gelak tawa kami kerna jawapan yang diberikan semuanya negative. Setelah itu, penceramah menyambung kata-katanya.
“Macam-macam jawapannya ye…hehe. Baik, sekali lagi saya mahu tanya. Apa tindakan kalian, mahu turuti permintaannya atau tidak?”
Ada yang menjawab, “kalau saya, saya lari…hehe”. Dewan sekali lagi bergema dengan gelak tawa kami.
“Hehe…baiklah. Mungkin ada dikalangan kalian yang akan mendekati lelaki tersebut. Setelah pergi ke arahnya, anda bertanya kepadanya ada apa panggil saya? Lelaki tersebut menjawab, surau di mana ye?”
“lalu anda berkata kepada lelaki tersebut, owh…nak tanya surau dekat mana, tetapi kenapa menjerit macam tu? Takut saya…. Lelaki tersebut pun ketawa dan dia menjawab. Bukan apa, saudara orang ke-14 saya panggil tapi semua lari bila tengok saya. Itu sebab saya jerit tadi, tak larat nak panggil baik-baik dah…hehe”
Ada yang ketawa setelah mendengar kesudahan cerita tersebut, ada juga yang terdiam menandakan sedang berfikir. Sekarang, ana mahu tanya pendapat pembaca pula. Apa yang kalian akan lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi ini? Adakah mahu lari atau pergi dekat ke arahnya?
Semua itu bermula dengan persepsi. Apa yang kita lihat dari luaran dan bukan dari dalaman. Lelaki itu berniat baik untuk bertanya di mana surau kerna belum menunaikan amanahnya sebagai hamba Allah s.w.t….namun, melihatkan keadaannya yang sedemikian rupa membuatkan kita pandang serong kepadanya.
XXXXXXXXXXXXXXXX
Islam menyarankan kepada umatnya supaya sentiasa bersangka baik kepada orang lain. Think positif dalam apa jua keadaan. Benar…bukan suatu yang mudah untuk buang persepsi yang negative. Ana juga masih dalam proses untuk sentiasa positif dan senyum walaupun disakiti.
Ia benar-benar menyenangkan sekiranya kita positif. Tiada perasaan sakit hati, dengki, geram dan marah. Hidup kita juga akan tenang dan senyuman sentiasa terukir dibibir.
Setelah direnung sedalamnya kisah yang diceritakan oleh penceramah tadi. Ana mendapat dua solusi.  Pertamanya adalah positif dan bersangka baik kepada orang lain tidak kira dalam apa jua keadaan seperti kisah tadi. Keduanya adalah, berikan persepsi yang baik kepada orang lain takkala memandang kalian.
Ana ada membaca kata-kata yang ditulis oleh pakar motivasi. Untuk memudahkan diri kita masuk dengan semua golongan, berikan persepsi terbaik kepada orang lain takkala kali pertama bersua. Kerna pertemuan pertama itulah yang akan menentukan pertemuan yang seterusnya.
Contohnya…ketika kali pertama bertemu dengan orang lain, muka anda masam dan langsung tidak senyum. Pasti orang menyangka anda sombong. Dan percayalah…jika mereka bukan orang yang berfikir positif, pasti dia tidak akan bertegur sapa dengan anda. Kalau tak percaya, cubalah…(^_^)
Jadi, senyumlah takkala bertemu dengan sesiapa sahaja. Berikan persepsi positif kepada orang yang bertemu dengan anda.
Tungggu apa lagi….senyum…(◕‿◕)…hehe


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus