Jumaat, 28 Januari 2011

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih hatiku yang cukup teristimewa di hati ini, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Hari yang penuh barakah, penghulu segala hari. Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menghirup udaraNya. Hati ini terasa tenang sekali, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Kelmarin, dari pagi sampai malam sakit kepala. Ana tahu, badan ini tidak cukup tidur dan rehat. Dek kerana tugas dan amanah, ana meneruskan jua dengan menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki.

Alhamdulillah… walaupun kepenatan, idea datang mencurah-curah membuatkan ana dapat menyiapkan separuh kerja dengan cepat. Tipsnya…bertenang dan senyum, usah biarkan emosi menguasai diri. ….(◕‿◕)…

Dan hari ini, urusan ana benar-benar dipermudahkan olehNya. Berkat kesabaran dan keyakinan pada Allah s.w.t. membuatkan ana tidak mengalah. tetap mencari jalan dan solusi supaya kerja dapat siapkan dengan segera.

Alhamdulillah, Allah permudahkan…thank you Allah.

Ana akan bertolak ke Melaka malam ini, ada program disana. Alhamdulillah, mendapat ilham untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian. Moga ianya memberi manfaat untuk kita bersama…insyaAllah…

Mahu tahu apa yang bakal ana kongsikan pada coretan kali ini? Jom…selamat membaca dan mengambil pengajaran darinya…(^_^)

XXXXXXXXXXXXXX

Ana suka menziarahi blog dan facebook sahabat-sahabat yang lain walaupun tidak meninggalkan jejak mahupun komen. Membaca coretan, luahan hati dan mesej yang ingin mereka sampaikan membuatkan diri ini muhasabah sendiri. Ada sahabat yang menulis kata-kata ini di wall facebooknya.

“Kekuatan APA yang ada pada mereka, masih mampu mentaati pimpinan, tebang pokok-pokok, toreh tanah bukit yang keras, angkut 70 buah kapal dalam beberapa jam, tenaga manusia dan haiwan sahaja. Meskipun sudah EXHAUSTED lebih 2 minggu dengan Konstantinopel tanpa tanda-tanda kejayaan? Itulah kekuatan AQIDAH, fakta sejarah jadi hujah, maka diangkat Rasul sebagai SEBAIK-BAIK TENTERA untuk kamu ambil IBRAH”
(Ustaz Syaari Ab Rahman)

Subhanallah….hati ana bergetar takkala membaca bait kata-kata ini. Terpaku seketika, muhasabah sendiri. Itulah dia, Sultan Muhammad Al-Fateh. Jika difikir pada logik akal, mampukah kita melakukan semua itu?

“Keyakinan para tentera di zamannya sangat mengkagumkan, pastinya keyakinan mereka ditanam begitu hebat oleh para Ulama’ tanpa menghiraukan argumentasi musuh-musuh sekeliling”

Jika diselidik latar belakang Sultan Muhammad Al-fateh satu-persatu. Pasti pembaca sekalian akan temui mengapa Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam hadis Baginda iaitu sebaik-sebaik pemimpin dan sebaik-baik tentera.

XXXXXXXXXXXXXX

Ana menonton satu video dalam bentuk kartun iaitu tentang strategi perang seorang panglima perang. Video itu memaparkan peperangan antara tentera Islam dan tentera salib di tengah lautan yang luas.

Yang menariknya, tentera Islam berhadapan dengan tentera salib tanpa punya kelengkapan yang hebat berbanding tentera salib yang dilengkapi dengan pedang, perisai, baju besi, lembing dan kapal yang besar serta tentera yang ramai.

Tetapi tentera Islam hanya menggunakan rakit yang berisi unggun kayu dan tenteranya pula hanya memakai seluar panjang yang menutup aurat serta serban di kepala.

Jika dilihat pada logik akal, pasti tentera Islam bakal mengalami kekalahan kerna berdepan dengan musuh Islam tanpa apa-apa senjata. Setelah kedua-dua tentera bersiap sedia untuk bertempur, peperangan dimulakan.

Masing-masing mara ke tengah lautan, ketika di pertengahan lautan. Panglima perang yang mengetuai misi jihad itu memanah dengan mengunakan anak panah api dan tepat mengena di tengah unggun api, lalu tentera Islam terjun ke dalam laut dan berenang hingga sampai ke daratan.

Rakit yang dilihat dari luaran tidak punya apa-apa fungsi akhirnya menjadi bara api yang besar di tengah lautan dan bertembung dengan kapal tentera salib hingga kapal tersebut karam. Akibatnya ramai tentera salib tenggelam dan mati di tengah lautan kerna tidak dapat menyelamatkan diri.

Baju besi yang dipakai oleh tentera salib itulah menyebabkan mereka tidak mampu untuk terapung dilautan kerna terlalu berat. Akhirnya hampir kesemua tentera salib mati, namun tentera Islam tidak ada seorang pun yang syahid.Kerana keyakinan dan kekuatan Aqidah itulah mereka yakin bahawa Islam tetap akan menang.

XXXXXXXXXXXXXX

Lihatlah, betapa hebatnya jiwa hamba yang sudah terpaut pada Allah s.w.t… DIA mengangkat martabat Islam lebih tinggi dari agama lain. Lalu, kenapa kita kadang-kala lebih gemar mengagungkan masyarakat Barat berbanding Islam itu sendiri?

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam

Hanya dengan Islam kita akan selamat di dunia dan akhirat. Bukalah mata hati dan gilaplah kanta hikmah kalian supaya melihat bahawa Islam way of life. Islam akan naik semula satu masa nanti, ana yakin dengan janjiNya.

Adakah kita tidak mahu menjadi sebahagian dari golongan yang memperjuangkan kalimah Allah s.w.t.? Tepuk dada masing-masing dan tanya “siapa aku?”….wassalam…

Moga diri ini diberi keizinan dan restu untuk terus istiqomah...ameen...
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus