Jumaat, 21 Januari 2011

Pilihan...

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga diri ini menjadi hamba yang bersyukur. Selawat dan salam buat Imam umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…diberi keizinan untuk terus istiqomah menulis setelah tertangguh beberapa kali. Jam di laptop menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Ana tidur awal, sekitar jam 9 malam. Jadi, selalunya ana akan terjaga sendiri di waktu begini. Bersunyi-sunyi dengan Allah s.w.t…(^_^)

Setelah itu, ana panaskan air untuk buat kopi radix. Mencari suasana dan mood untuk menulis. Siang hari, ana sibuk menguruskan jadual kuliah untuk semester ini dan kertas kerja program. Badan yang agak keletihan membuatkan mood untuk menulis hilang walaupun sudah berada di depan laptop…hehe

Alhamdulillah…ana memilih untuk tidur awal dan bangun pada waktu begini hatta teman sebilik begitu risaukan jadual kuliahnya yang tidak settle seperti ana. Kebanyakan kelas yang kami mahu sudah penuh. Sudah turun naik ke pejabat dekan dan kolej perniagaan tapi tetap tidak dapat.

Akhirnya ana tawakal dan berserah diri kepada Allah s.w.t. setelah berusaha. Hati sudah bermonolog sendiri,“mungkin rezeki orang lain dan bukan rezeki ku, tak mengapa…cuba yang lain pula…” memilih untuk menjadi positif person dan melalui hari-hari dengan tenang dan ceria…(^_^)

Sebentar tadi, ana mencuba sekali lagi. Sign in di Portal UUM, dan terus ke jadual waktu kuliah. Masih mengharap supaya subjek yang dipohon muncul di skrin, tapi ternyata tidak.
Lantas ana meninjau subjek yang lain, juga tidak ada. Yang ada kekosongan pula, bertindih dengan masa yang lain. Ana pun cuba melihat sekali lagi subjek yang dipohon, hati berbunga riang takkala masih ada 2 kekosongan.

Lalu add subjek tersebut tanpa melihat dengan detail. Yang ada dalam minda, hanya mahukan subjek itu. Bibir melafazkan syukur kepada Allah s.w.t…..alhamdulillah…

Kemudian, barulah ana melihat dengan detail maklumat yang terpapar di skrin. Hati bermonolog sendiri, “Subhanallah…ini subjek, kelas, masa dan dewan kuliah yang aku pohon. Maha Suci Mu Ya Allah, sebaik-baik pengatur….”

Ana masih tersenyum takkala menulis artikel ini. Kejadian itu baru sahaja berlaku sebentar tadi…(^_^)… DIA mendengar bisikan hati dikala orang lain lena dibuai mimpi…

XXXXXXXXXXXXXXX

Mesti sahabat-sahabat pembaca sekalian masih tertanya-tanya apa maksud disebalik tajuk artikel kali ini dan kisah benar yang ana ceritakan tadi. Ana mendapat satu motivasi setelah membaca kata-kata yang terpapar di cover depan majalah solusi (kalau tak silap, solusi yang ke-26).

“untuk bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup. Kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup ini dan membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi”

Apa tafsiran kalian takkala kali pertama membaca ayat tersebut? Pendapat ana, ia berkaitan matlamat, impian dan cita-cita seseorang. Arah tuju perjalanan seseorang yang mesti jelas dan tidak samar-samar. Dia tahu apa yang penting dalam mengatur hidupnya dan memilih untuk hidup dengan keputusan tersebut.

Seperti kisah yang ana kongsikan kepada kalian tadi. Subjek tersebut punya nilai dan amat penting kepada ana untuk melengkapkan jam kredit yang diambil serta syarat yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran univerisiti.

Jadi…apa-apa sahaja yang bakal berlaku selepas itu, ana akan menanggungnya. Tidak kira berapa sukar dan berapa banyak tugasan yang bakal disiapkan nanti, …ana kena cuba dan hadapinya. Kerna apa? Kerna ana sendiri mahukan dan ana memilihnya.

Cuba kita renung sejenak. Sudah berapa banyak keputusan yang kita buat dalam hidup. Keputusan itu, kita sendiri yang memilihnya setelah memikirkan sedalam-dalamnya. Namun, berapa ramai yang mengeluh dan merungut serta menyesal diatas pilihan yang dibuat?

Jadi…pastikan pilihan yang dibuat itu tidak menyalahi syariat Islam kerna ia pasti akan menimbulkan penyesalan pada diri kita di kemudian hari. Jika terlalu banyak pilihan, risik dan tanyalah pendapat DIA…(^_^)

Moga Allah s.w.t. permudahkan urusan ana dalam menuntut ilmu…amen ya robb…

XXXXXXXXXXXXXXX

Masih tergiang-giang kata-kata pensyarah ana semalam, “kalian yang memilih samaada untuk melalui kehidupan seharian dengan penuh keceriaan atau kemurungan”.
Beliau juga menceritakan sedikit sebanyak kehidupannya. Dan ana melihat pensyarah ana memilih untuk hidup dengan penuh keceriaan walaupun sedang berhadapan dengan ujian. Beliau nampak muda dari usianya. Rambutnya belum nampak keputihan di kepala walaupun sudah berumur 60 tahun.

Tipsnya…hadapilah apa sahaja yang datang dalam hidup dengan penuh ketenangan dan keceriaan…kerna ketenangan hati akan membuka ruang kepada akal untuk merasionalkan pemikiran…pilihan ditangan kalian.

“Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesukaranmu…besarkan nikmat kita pada Allah, kecilkan rasa ujian yang ditimpa ke atas kita.”

Jadi…senyum sokmo… (◕‿◕)




JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^_^)
blog comments powered by Disqus