Jumaat, 7 Januari 2011

Chef Cilik…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah s.w.t. untuk terus mencoret sesuatu dalam diari kesayanganku ini. Hanya perkongsian yang agak santai dari ana. Menghabiskan cuti yang masih berbaki bersama keluarga tercinta.

Semalam Tajudin tak pergi ke tadika, katanya “nak duduk rumah dengan kak ngah”. Entah apa angin dia pagi tu, tetiba je tak mau pergi tadika. Ana pun terkejut, baru minggu pertama sesi persekolahan di buka.

Umie ana bagitahu, “kalau kak ngah ada kerja, Aju pergi tadika ye…”

Dia mengangguk kepala sebagai tanda setuju. Tapi lepas ana bagitahu nak ke cyber café untuk update blog, dia terus nangis-nangis tak mau pergi tadika. Bertuah punya budak…hehe.. Layan jelah…(“,)

Lepas yang lain-lain pergi sekolah, ana mulakan kerja yang perlu dibereskan. Jadi suri rumah sementara…hehe… Sudah berapa hari keinginan untuk buat dadih tertangguh, hari tu barulah ada peluang untuk buat.

Ana pun keluarkan bekas-bekas kecil yang ada dalam almari untuk diisi dadih di dalamnya. Sedang sibuk menyusun bekas dalam loyang, Tajudin datang dekat ana.

“Kak ngah, nak buat juga….Aju pandai buat nie…”. Ana pun bagi dia buat. Bersungguh-sungguh dia susun bekas tu satu persatu dalam loyang.

Sedang menyusun bekas...(",)

Ana biarkan dia dengan kerjanya. Nak dijadikan cerita, satu bahan tak cukup untuk buat dadih iaitu susu cair. Sebelum tu dah tengok sekali imbas, ingatkan ada. Rupanya tak de…kesian plak dekat Tajudin. Penat dia susun bekas tu.


Ana pun cakap dekat dia. “Aju…tak boleh buat dadih la…tak cukup bahan, lain kali la kita buat ye…”

Dia diam je sambil tengok ana kemas semula bekas-bekas yang dah dia susun tu. Kesian pulak tengok dia. Sedang berkemas, ana dapat idea lain…hehe…

Tak nak kecewakan dia, ana ambil coklat dan masukkan sedikit bahan lain lalu panaskannya. Sambil tunggu coklat tersebut cair, ana sediakan bahan-bahan yang lain. Seperti biasa, si kecik nie duduk dekat ana. “Kak ngah, nak buat…Aju pandai buat nie”. Hurm…layan jelah…hehe

Dia dah ready siap-siap atas tikar. Menunggu coklat yang ana panaskan cair dengan sempurna. Ana pun keluarkan perhiasan yang mahu diletakkan nanti dalam pinggan kecil. Chef cilik nie dah tak sabar mulakan operasinya, maybe takut tak jadi “main” masak-masak macam tadi…hehe

antara bahan-bahannya...(",)
Setelah segala bahannya sudah tersedia. Ana mula meletakkan coklat cair di atas roti satu persatu. Chef cilik nie pun melakukannya kerjanya. Sekali sekali perhiasan yang mahu diletakkan di atas roti masuk dalam mulutnya…hurm…layan jelah…hehe..

hasil kerjanya...(",)
Walaupun agak tak berkenan dengan cara dia letakkan perhiasan tu yang kadang-kala terkurang dan terlebih letak, ana biarkan sahaja dia buat apa yang dia mahu. Sekurang-kurangnya dia buat yang terbaik dan dapat pengalaman baru. Menjadi chef yang tak bertauliah…hehe…

Khusyuknya...hehe

Ana biarkan dia menyiapkan hasil kerjanya yang masih berbaki sementara ana membuat kerja lain pula. Ana menambahkan lagi coklat untuk dipanaskan, ada satu lagi coklat yang mahu disediakan buatnya.

Ana ambil bekas nie dalam bilik kakak sulung ana…hehe…coklat yang terhasil nanti akan mengikut acuan yang sudah terukir. Inilah dia…cuma masukkan sahaja coklat yang sudah cair setelah dipanaskan ke dalam acuan ini.

Sedang diletakkan dalam acuan...(",)

Kak ngah…nanti kena letak dalam peti, baru cepat keras”, kata Tajudin. Ana hanya mengangguk.

Sementara menunggu roti coklat dan coklat huruf nie keras. Ana bersihkan peralatan yang digunakan tadi dan menyapu rumah serta membuat kerja lain. Setelah acuan pertama yang diletakkan tadi keras, ana letak pula acuan kedua dan begitulah yang ketiga.

Mahu peroleh huruf coklat yang ana mahukan. Ana buat dalam diam tau, kejutan buat chef cilik tu….hehe… Inilah hasilnya setelah siap.

Inilah hasilnya...(",)

Sebelum hidangkan dalam pinggan, ana buatkan kopi radix. Tajudin nie selalu berebut kopi radix dengan ana. Tak padan dengan kecik, tapi suka minum kopi. Abang Din dia plak, tak tahan bau kopi…pelik sungguh dua beradik nie…hehe..

Setelah itu, ana hidangkan kedua-dua coklat yang dibuat tadi dalam pinggan. Tajudin dah tersenyum lebar lepas nampak ana letak pinggan yang berisi coklat atas meja. Maklumlah, makanan kegemaran dia.

“Kak ngah, cepatlah…tak sabar nak makan dah nie…”

“Eh, sabar…baca doa makan dulu…” dia pun tadah tangan untuk baca doa.

Habis je baca doa, terus dia ambik coklat yang terukir namanya dan makan satu persatu sampai habis. Itulah sarapan kami pagi itu, sedap…(“,)

Sarapan kami...sedap...(^_^)

Ana puas dapat habiskan masa dengan budak kecik nie walaupun agak penat untuk melayan kerenahnya dan juga segala pertanyaan yang diajukan. Ada saja yang ingin dia cakap atau tanya.

Kejap-kejap, “kak ngah, kenapa kena buat tu?”

Kejap-kejap, “kak ngah, kenapa kena letak nie?”

Hurm…layan jelah, nama pun budak…hehe… Ana panggilnya chef kerna dia suka “menyibukkan” diri di dapur. Baiklah, takat itu sahaja coretan ana bersama chef cilik nie…

Moga kerinduan ana untuk mendengar celotehnya sedikit terubat dengan membaca kembali coretan ini setelah kembali ke kampus nanti…insyaAllah….(^_^)

blog comments powered by Disqus