Sabtu, 23 April 2011

Hati…♥♥♥

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk memperbaiki amalanku, moga hari ini lebih baik dari semalam. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang dirindui lagi dikasihi, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan buat Pemilik Isi Dunia & Akhirat kerna telah memberi ilham dan keizinan untuk terus istiqomah dalam menulis. Ana tercari-cari ilham untuk menulis dan DIA berikan ilham pagi tadi.

Sewaktu mahu keluar seperti kebiasaan pada pagi sabtu, menuju ke kereta. Ana terpandang sesuatu di belakang kereta yang bersebelahan dengan kereta yang kami sewa. Satu pelekat yang tertampal di cermin belakang kereta dan tertulis kata-kata ini.

“Kekuatan yang sebenar adalah terletak pada hati…”

Subhanallah…alhamdulillah…allahuakbar… Lantas hati mengalunkan pujian buatNya, terasa diri dimuhasabah kerna ku rasakan itu adalah “teguran” dariNya. Benar…semuanya terletak pada hati.

Seringkali kita mendengar ungkapan seperti ini, “hati adalah raja kepada “kerajaan tubuh badan”, baiknya hati…maka baiklah anggotanya. Begitulah sebaliknya”.

Diri yang diuji dengan pelbagai tomahan, kritikan, difitnah dan dituduh dengan pelbagai hal yang tidak ana lakukan. Bagi mereka yang bersangka buruk dengan ana, maka dia akan termakan hasutan tersebut. Bagi mereka yang bersangka baik dengan ana, dia akan berdepan dengan ana dan bertanya sendiri adakah hal tersebut betul atau tidak.

Kerajaan induk dan pusatnya adalah hati, hati mendorong kita untuk melakukan kebaikan, hati yang membuatkan kita berkasih sayang sesama Islam, hati yang menjuruskan kita untuk sanggup berkorban demi orang lain. Baiknya hati, maka baiklah dirinya. Maka, kesimpulannya bermula pada hati.

Kenapa ana katakan kata-kata itu adalah “teguran” dari DIA buat diri ini. Kerna saat diuji ana terasa marah, geram, kecewa dan banyak lagi hingga membuatkan kondisi kesihatan badan ini berada di aras yang cukup kritikal. Lalu terbitlah kata-kata ini buat nasihat diri sendiri.

“Jika hati kamu ikhlas kerna Allah s.w.t….usah takut dan gentar kerna pasti DIA akan menjaga kamu…”

Lantas kemarahan kembali reda, emosi menjadi stabil dan pemikiran kembali rasional. Apa sahaja yang terucap dari sesiapa pun, tidak kira samaada kritikan mahupun pujian. Hati ini berjaya dididik untuk tidak terkesan dengan semua itu. Maka, kesimpulannya…semuanya bermula daripada hati.

Ada sahabat yang sering meluahkan masalah kepada ana, masalah tentang pelajaran, sahabat seperjuangan, teman sebilik, teman sekuliah, masalah kewangan dan banyak lagi. Dan kadang-kala ana terlambat balas atau tidak sempat untuk respon kepadanya.

Dia meminta ana memberi kata-kata semangat kepadanya untuk melalui ujian yang sedang dia hadapi kini. Sayangnya ana terlupa untuk respon kembali mesejnya kerna agak sibuk dengan urusan lain. Mungkin itu juga untuk mendidik jiwanya.

Keesokan harinya takkala bertanya keadaan dirinya, dia sudah mampu untuk bertenang dan senyum, alhamdulillah…(^_^)…lalu ana katakan padanya,

“kamu tidak perlukan aku kerna kamu ada DIA yang sudah ada buatmu sebelum kamu lahir ke dunia lagi…”

Benar…bukan ana yang berikan ketenangan kepada kalian. bukan ana yang berikan semangat dan kekuatan kepada kalian untuk menghadapi ujian kehidupan…tetapi DIA… usah mengharapkan harapan dari manusia kerna kamu akan kecewa kelak.


Segala ketenangan, kekuatan, keyakinan, kesungguhan, dan seangkatan dengannya adalah dari DIA. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Adil, Yang Maha Pengampun….

Hebatnya kalian bilamana dihati hanya ada DIA. Letakkan segala keyakinan kita kepada DIA…insyaAllah akan ada sesuatu yang hadir tanpa kita duga… Maka, semuanya bermula dari hati…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus