Rabu, 27 April 2011

Coretan Rasa

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga hamba ini termasuk dalam golongan yang bersyukur. Selawat dan salam buat Imam seluruh Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, syukur ku padaNya kerna masih diberi peluang untuk menghirup udaraNya. Dalam kesibukan dengan jadual seharian, hati sering berdoa moga istiqomah dalam menulis. Mencari idea dan ilham untuk coretan seterusnya, alhamdulillah DIA izinkan lagi tangan ini menari-nari di atas keyboard laptop.

Petang semalam sewaktu sedang makan malam bersama sahabat seperjuangan, ana menyedari sesuatu. Hikmah yang DIA berikan membuatkan diri ini di muhasabah. Angin yang begitu kuat bertiup, manakala langit semakin gelap menandakan waktu sudah hampir senja dan bakal hujan pada bila-bila masa.

Ana memandang ke pohon-pohon yang mengikut rentak angin bertiup, ditambah pula dengan daun-daun yang gugur ke tanah dengan izin dariNya. Lalu ana pejamkan mata untuk seketika dan merasai bahawa alam sedang berzikir kepadaNya.

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucapkan tasbih kepada Allah, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
(Surah As-saff, ayat 1)

Terasa kedamaian hati. Sudah beberapa hari ana tidak merasai perasaan seperti itu, takkala melangkah keluar dari bilik menuju ke tempat kuliah, pejabat Pusat Islam, cafeteria dan seangkatan dengannya, ana tidak merasai semua itu kerna dalam fikiran ana begitu sibuk memikirkan bagaimana untuk menyatukan Islam di kampus.

Mungkin bagi sesetengah orang, alam persekitaran kita adalah benda biasa dalam hidup. Tetapi bagi ana tidak kerna flora & fauna, udara, hujan, matahari, dan sebagainya adalah makhluk Allah s.w.t. yang paling ikhlas berbanding manusia.

 Takkala ana merasai angin yang bertiup, ana akan pejamkan mata dan merasainya kerna angin tidak ada campur tangan dari manusia, ianya terus dari Allah s.w.t. Begitu juga dengan air hujan, ana akan letakkan tangan dan merasai hujan yang turun kerna ianya juga tidak ada campur tangan dari manusia. Tidakkah kita patut merasa dekat denganNya? Subhanallah…

Ana tidak merasai kehadiran “mereka” kerna ana begitu sibuk dengan urusan da’wah. Ini bermakna, ana tidak menghargai diri sendiri yang mahu dibelai dan dimanja.

Semalam, entah mengapa…ana begitu rindukan keluarga di rumah. Terima kasih kepada sahabat ana yang bersusah payah untuk bantu ana dapatkan tiket untuk pulang ke kampung hujung minggu nie. Risikonya cukup besar kerna peperiksaan akhir semakin hampir dan ana belum membuat persediaan yang cukup.

Hari-hari yang berlalu bagaikan sekejap cuma, penuh dengan pelbagai aktiviti...namun ku tetap merindui hari-hari bersama dengan family tercinta...moga mereka mengerti yang diri ini bukan milik mereka seorang tapi milik masyarakat.....

Namun, untuk memenuhi permintaan hati yang mahu melepaskan rindu dengan keluarga tersayang, ana tetap mahu pulang ke rumah untuk lima hari. Ana bakal mendapat seorang adik tidak lama lagi dan peristiwa ummi keguguran hampir 2 tahun yang lalu masih bermain-main di fikiran ana.

Terasa bersalah kepada ummi kerna ana tidak ada di sisinya. Ketika itu ana tidak pulang ke rumah walaupun ada cuti kerna menyertai operasi pencegahan maksiat. Ana mendapat tahu hal tersebut selepas lima hari. Sanggup ponteng kelas dan terus pulang ke rumah.

Kali ini ana kena memilih samaada keluarga atau da’wah kerna ana bakal ke Selangor untuk meneruskan kajian yang tergendala selama satu bulan dan ummi pula bakal melahirkan seorang lagi adik ana yang ke-10 dalm tempoh tersebut…insyaAllah.. Doakan moga Allah s.w.t. permudahkan…ameen..

Dengar suara abah dalm telefon semalam, terubat rindu untuk seketika. Meminta izin dari abah untuk mengikuti Lawatan Ilmiah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC anjuran Pusat Islam UUM pada hari Khamis dan Jumaat minggu nie. Jadi, sekiranya ada pembaca yang turut serta pada hari tersebut, boleh la kita jumpa dan ta’ruf ye…hehe…

Hatta sibuk memikirkan solusi untuk membantu orang lain dan menjalankan gerak kerja da’wah, ana juga perlukan waktu dan ruang untuk diri sendiri. Apa yang ana lakukan adalah sentiasa berikan “hadiah” dan “kejutan” untuk diri sendiri…(◕‿◕)…wassalam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus