Masa
pendaftaran untuk kemasukkan sekolah menengah harian biasa di tingkatan 4, saya
daftar seminggu lewat sebab jatuh sakit. Jadi, agak lewat dari pelajar lain.
saya masuk ke pejabat untuk pendaftaran, ada seorang cikgu yang buat penilaian
dan uruskan untuk kemasukkan pelajar ke aliran yang mana, samaada sains atau
akaun.
Bila
cikgu tersebut tengok result PMR saya, beliau tanya pada saya.
"Nak
masuk kelas sains atau akaun ya? Kalau tengok dari result nie, dapat ambil
aliran sains pun mungkin kelas yang ke-4 iaitu kelas akhir sekali".
"
Saya nak ambil aliran akaun ".
Cikgu
tu terkejut dengar jawapan saya. Mungkin kebanyakkan ibu bapa atau pelajar
sendiri mahu sangat ambil aliran sains sebab kata mereka ada peluang cerah
untuk masa depan. Tapi saya sebaliknya. Saya tak minat sains dan gila dengan
angka.
Bila
selesai berbincang, cikgu tersebut letakkan saya di kelas pertama untuk aliran
akaun. Di sekolah tu, ada 3 aliran iaitu sains (4 kelas), akaun (2 kelas) dan
sastera (2 kelas). Jadi, kelas saya di belakang bangunan kelas pelajar yang
ambil aliran sains dan terpaksa bergaul dengan pelajar nakal yang merimaskan
para cikgu untuk masuk mengajar.
Ketika
saya berjalan masuk ke kelas baru, ramai mata yang memandang ke arah saya.
Yelah, pelik kot sebab saya bertudung labuh. Hari pertama berjalan seperti
biasa tapi bila tiba waktu rehat ada sesuatu yang berlaku dan terus mengubah
persepsi semua orang dalam kelas tu.
Masa
tu ada seorang lelaki duduk di sebelah saya, dia sekadar nak berkenalan dan
bergurau dengan saya. Tapi saya tak selesa sebab semasa di Maahad, kelas
diasingkan antara lelaki dan perempuan. Bukan itu saja, bangunan perpustakaan,
kantin, padang, kelas, dewan peperiksaan juga diasingkan dan saya jarang sekali
bertembung dengan pelajar lelaki.
Dia
tanya, saya diam. Lepas tu gelak-gelak mengusik saya. Hilang sabar, saya
berdiri dan tengking dia sekuat hati.
"
Kau pergi duduk tempat lain! Pergi duduk kat sana! Aku tak suka pelajar lelaki
duduk sebelah aku! Kau pergi sekarang! ".
Kelas
yang bising dengan gelak ketawa dia dan pelajar lain mengusik saya, terus jadi
sunyi sepi. Sejak dari hari tu, tiada seorang pun pelajar lelaki yang berani
duduk sebelah saya apatah lagi mengusik saya. Garang kan π
. Kelakar plak bila ingat balik. Hahahaha π.
Hari
seterusnya ada minggu orientasi untuk pelajar tingkatan 4 saja. Tujuan
orientasi tu untuk dedahkan kepada semua pelajar tentang silibus yang bakal
pelajar ambil mengikut aliran masing-masing dan juga peluang untuk melanjutkan
pelajaran samaada ambil STPM, ke Matrik atau Diploma di Universiti yang
terpilih.
Bila
tiba part untuk penerangan kod etika pakaian sekolah, saya terdiam bila ada
seorang cikgu mengatakan pihak sekolah tidak menggalakkan pelajar perempuan
bertudung labuh sebab nak seragamkan tudung semua pelajar. Masa nie, banyak
mata memandang ke arah saya, ada yang pandang dengan mata mengejek.
Sedih
sangat masa tu. Sudahlah saya tidak lagi dapat dengar ayat al-Quran, tafsir,
tasawuf, sirah dan banyak lagi meniti di bibir para ustaz dan ustazah kecuali
sewaktu subjek pendidikan Islam saja, pun tiada lagi sahabat yang akan tegur
dan nasihat saya ke arah lebih baik, kini tudung pula jadi isu yang satu-satunya
yang saya ada untuk jaga kehormatan diri. Allahu Allah π©.
Dunia
baru yang saya hadapi ketika itu seolah-olah melorong saya ke arah yang gelap.
Tiada siapa pun yang sanggup backup saya ketika itu. Tapi saya berkata pada
diri, hatta kena denda sekalipun asbab pakai tudung labuh, saya takkan sesekali
tukar tudung nie. InsyaAllah.
Bila
orientasi tamat, semua pelajar mulakan kelas mengikut silibus masing-masing
untuk mengejar SPM. Tapi kebanyakkan mentaliti pelajar ketika itu, tingkatan 4
la waktu nak enjoy selepas berhempas pulas berjuang untuk PMR. Nanti dah masuk
ke tingkatan 5, baru pulun habis habisan. Tapi saya tidak, SPM saja yang saya
ada untuk buktikan yang saya bukan bodoh!
Ketika
pelajar lain bermain-main dalam kelas dan tidak fokus dengan apa yang cikgu
ajar, saya dan pelajar yang masih ada minat nak belajar terus berjuang
tingkatkan ilmu dan penguasaan dalam subjek yang diajar. Masa ini, tiga budak
serangkai baru saja nak bercambah dan mula buat perangai.
Tiap
kali cikgu perempuan masuk mengajar, ketiganya akan duduk di belakang kelas dan
berborak sesama sendiri. Bila cikgu tegur, mereka mengejek cikgu tersebut. Tak
keterlaluan saya katakan, ada cikgu yang sudah tidak ada hati lagi nak masuk
mengajar di kelas saya asbab tiga budak nie.
Sering
ponteng kelas, kacau pelajar lain, tak hormat guru dan kadang-kala bergaduh
dengan pelajar junior. Allahu Allah, dunia apa yang saya hadapi ketika itu pun
saya tak tahu kerana di Maahad paling teruk masalah pun hanya couple saja,
tiada isu lain kerana pelajar masih boleh di didik dan dengar kata para ustaz
dan ustazah.
Balik
rumah, saya jadi murung dan banyak muhasabah diri. Bila saya sedar dan mahu
fokus belajar, seolah-olah ilmu itu sangat susah untuk dapat. Apakah ini
hukuman dan balasan yang Allah beri atas keangkuhan diri yang tidak hargai ilmu
dulu?
Allah Lebih Tahu π